Monday, September 24, 2012

makan2 @ the mines


Dah lama akak tak menerjah ke The Mines, walaupun tak jauh sangat dari rumah kami. Tak ada masa yang sesuai untuk ke sana dan tak ada keperluan sangat. Tapi petang semalam, tetiba teringin nak melepak dengan adik akak...actually dah lama tak jumpa dia walaupun rumah dia tak jauh mana sangat pun...




Disebabkan akak masih "pencen" daripada minum ais (nak pencen lama nih...), so akak just minum hazelnut. Best tapi agak terlebih hazelnut nya, dah jadi pahit sikit.




Alahai, si kecik tu tengah tension makan mee kari, pedas katanya :)). 




Menu pilihan SRK dan anak kecik dia, mee kari Ipoh mali. Agak pedas tapi kata SRK, rasanya quite okay. Semua habis dimakan kecuali tauhu. Hmm...SRK tak minat makan tauhu.




Ini menu pilihan my brother. Ginger bread makan dengan ayam goreng. Ada french fries lagi gitu. Okay la kan tak heavy sangat.




Dan...ni yang akak makan setelah 2-3 kali buka buku menu dia. At last makan mee kenyal dengan telur separuh masak dan sosej. Kalau tak nak sosej, boleh digantikan dengan meatloaf. Nak elakkan makan oily food tapi tetiba SRK longgokkan 2 kerat tauhu dari mangkuk mee kari dia...huhu...tak tanya dulu...

Maka, akak longgok semula tauhu tu dalam mangkuk mee kari SRK...hehe...boleh gitu? :)))









king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...