Wednesday, August 8, 2012

kueteaw seafood halia






Akak dan anak2 dara memang suka makan kueteaw tapi SRK tak minat makan kueteaw. So, selalunya akak masak kueteaw time SRK ke luar daerah atau tak makan kat rumah. Baru ada feel nak makan kan. Makan kueteaw ni memang mengenyangkan, tak perlu nak makan nasi dah.




Sori maaa...kueteaw nya nampak dah nak hancur...hehe. Kaedah nak masak kueteaw seafood halia ni mudah aje >>>> tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, masukkan hirisan ayam dan goreng hingga ayam nampak setengah masak. Masukkan satu sudu kecil serbuk perencah sup Adabi dan kacau. Masukkan udang, fish ball dan fish cake. Tuangkan air untuk dijadikan kuah. Bila dah mendidih, masukkan sayur sawi, satu sudu besar sos tiram dan sedikit garam. 

Bila dah masak, tuangkan kuah ke dalam mangkuk yang berisi kueteaw. Sebelum itu, kueteaw hendaklah digoreng dengan sedikit minyak terlebih dahulu.

Kalau ada isi ketam atau sotong, boleh la dimasak sekali dalam menu ini. Lagi best.

Siap untuk dihidang...

Karnival WOW

Karnival WOW baru2 ni macam tak wow sangat, biasa2 jek. Yang happening sebab ada live programme by TV3. So ramai ler orang kerumun kat sit...