Friday, June 8, 2012

makan2 @ Langkawi airport with red theme




Sementara akak tunggu nak masuk ke balai menunggu di Langkawi Airport, kami naik ke Anjung Serai untuk minum2. Entah macamana, walaupun takde siapa yang merancang nak pakai baju merah tapi anak2 dan mak akak pakai baju merah sedondong. Kebetulan, Anjung Serai pun guna tema merah. Nampak cantik.




Kami minum teh tarik dan milo ais serta makan sandwich. Mulanya akak nak makan spageti, waiter tu bagitau dah habis. Nak makan mee kari, dah habis juga. Nak...bla...bla...semua dah habis. Tinggal sandwich aje. Intai2 juga kot2 ada tiramisu, takde juga.




Tempat ni bersih, dekorasinya cantik. Akak suka. Cuma mungkin kena banyakkan menu ringan yang boleh pelanggan nikmati sementara menunggu flight. Harga makanan / minuman kat sini standard la harga food kat airport. Of course lebih daripada biasa.




iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...