Monday, June 11, 2012

makan sate kajang


....dekorasi dalam kedai...

Recently akak dan kengkawan pergi menerjah ke Restoran Sate Kajang  Hj. Samuri, dekat dengan Taman Melati, KL. Tetiba aje kan ada sorang kawan tu teringin nak makan sate time tengahari gitu. Selalunya kalau akak teringin nak makan sate, akak singgah kat RR Awan Besar aje.

Tak susah nak cari restoran ni sebab lokasinya kat tepi jalan besar.




Nampak menyelerakan sate yang dihidang panas2 lagi. Kami pesan 15 cucuk ayam dan 15 cucuk daging. Makan empat orang.....macam kebulur aje kan. Tapi habis you.... :))




Pesan juga nasi impit untuk dua orang makan dan of course la ada kuah kacang kan. Not bad la kuah kacang dia. Nasi impit pun habis licin kena makan dengan makcik2 ni :))




Sambal pun ada juga kalau suka letak dalam kuah kacang tapi nampak banyak biji lada kan...dan agak berminyak huhu. Sorang kawan akak pesan nasi ayam sebab tak kenyang makan sate :))

So no worries, kat situ pun ada nasi ayam, nasi goreng dan pelbagai menu berasaskan mee. Environment dalam kedai pun ok sebab tempat membakar sate bertutup dengan dinding cermin.


mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...