Thursday, June 7, 2012

jalan2 cari makan : langkawi


...gelagat anak dara di Pantai Cenang...

Susulan cerita pasal makan2 di bandar baru Baron (BBB), at last akak dan family selamat mendarat di Langkawi jam 1.50 pm. Tiba di airport, Avanza yang kami sewa dah readyFyi, kami dikenakan sewa sebanyak RM340 untuk penggunaan selama 48 jam. Not really hard untuk kami meround sendiri di Langkawi tanpa tourist guide. Redah aje, janji sampai ke destinasi. Day 1, kami cuma sempat ke Pantai Cenang...lepak2 kat situ dan survey barang2 nak shopping kat Pekan Kuah.

...suasana di Pantai Cenang pada petang Ahad...

Agak ramai pengunjung kat Pantai Cenang ni, maklum la ada macam2 aktiviti kat situ. Boleh berkayak, main jet-ski, swimming, naik banana boat dsbnya lagi. Quite fun. Tapi we all just jalan2 tepi pantai aje. Ombak agak besar waktu ini.



...ramai betul tengah beratur nak naik cable car..

..view from atas gunung Mat Cincang...

Day 2, pagi2 lagi kami menerjah ke tempat cable car. Agak jauh juga driving dari Pekan Kuah ke situ. Sebelum tu my friend dah pesan, kena pergi pagi2 sebab ramai orang. Apa tidaknya, beratur bukan main panjang lagi, mahu dekat sejam lebih beratur baru dapat naik cable car.

...Cik Qasrina tak gayat pun naik cable car...

Fortunately, akak ada "orang dalam" yang membolehkan kami naik cable car melalui express lane. So within 10 mins, kami dah dapat naik. Alhamdullillah. Bukan mudah nak guna express lane sebab ia khusus untuk VIP dan suku sakat VIP katanya. Dan kami kena pakai badge hijau ni, tak perlu dikembalikan. Boleh buat kenangan. Dah jimat banyak ratus.




Dialog Cik Qasrina setibanya di tempat beras terbakar.."Umi, kita datang sini semata-mata nak tengok beras dalam mangkuk ni ke? Buat penat adik aje.."

Next destination, kami ke tempat beras terbakar...tak jauh daripada cable car. Akak still imagine yang kita boleh tengok beras terbakar ni penuh kat atas rumput/padang tapi sekarang ni dah takde macam tu. Mungkin dah banyak sangat kena kutip sampai kena buat pagar keliling tempat ni. Protected.


...ada penceritaannya kepada sesiapa yang blur....

Sempat juga kami singgah ke kawasan makam Mahsuri. Anak kecik akak cakap, kalau nak melawat kubur, kat kampung pun ada :)

Budak kecik ni memang banyak cakap, laser sikit. Dia masih tak memahami sentimental sejarah di negara kita ni. Lambat-laun nanti moga2 dia akan faham.


....mungkinkah ini Mahsuri?....

...beberapa ketika dulu ada kan cerita pasal gadis ni....

Singgah juga di look out point, on the way to airport. Kat sini kita boleh tengok pemandangan luas ke airport tapi tempatnya biasa2 aje. Lebih2 kurang look out point kat Bukit Belacan, Ampang la kan.


...nama tempat ni "pemandangan indah"

Selebihnya kami shopping kat area Pekan Kuah, shopping sampai puas hati. Paling banyak beli, of course la coklat dan t-shirt untuk kenangan. Nipis la juga wallet SRK kan...ada akak kisah? Last but not least, kami menerjah ke Dataran Lang, dekat aje dengan hotel penginapan kami di BBB. 5 minit driving.


...the real "helang"  at Dataran Lang...

Moga entri boleh bagi tips atau info pada kawan2 yang baru nak menjejak kaki ke Langkawi. Pilih hotel di lokasi yang strategik supaya mudah untuk mencari makan dan shopping. Maybe next time ke Langkawi, akak dan SRK nak cuba aktiviti2 lasak pulak such as naik bot ke Tasik Dayang Bunting, masuk gua dll.


...sempat lagi posing kans....





12 comments:

  1. uih, jenuh gak beratur nak naik cable car tu yerk..... berapa dia charge kalu naik x guna xpress lane tu yerk kak?...
    dulu2 pi time meeting n jaga promosi, x pernah lak bercuti kat sini so x dpt jenjalan... huhu

    ReplyDelete
  2. Betul juga kata adik sebab beras terbakar tak atas tanah macam dulu. Kubur pun sama mana-mana pun ada kubur hihi... lawaklah adik.

    Dulu beras terbakar ni memang atas pasir dan tanah... sekarang dah kena kepunglah sebab nak jadikan tempat pelancungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...klu tak tourists kutip smp habis..hehe :))

      Delete
  3. Salam Yong,
    gi masa cuti sekolah ni ke? Tak ramai ke orang?
    Pantai di Langkawi memang cantik2. Tapi akak mrasa pulau ni overdeveloped. Harap2 penjagaan alam sekitar dititikberatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...yup..sy gi time mula cuti sekolah. Ramai org, kak....

      Delete
  4. salam kenal.

    seronok ye jenjalan ke Langkawi.. Mmg best kalau ke sana just guna flight. naik keta ni memenatkan badan sikit lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...salam jg..naik kereta agak leceh...jauh nak travel..
      thanx singgah sini... :))

      Delete
  5. Assalamualaikum...

    Belum pernah lagi kaki ni berpijak di Pulau tu...teringin juga rasanya
    Insya Allah suatu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...wasalam...luangkan la masa tuan utk ke sana :)

      Delete
  6. gambar anak dara yg paling atas tuu memang de sweet.. ehheee

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...