Friday, May 11, 2012

sweet sour squid & mushroom


...fried mushroom....

Menu malam tadi, cendawan tumis. Dah kehabisan stok dalam ice box, ditambah pula kehabisan idea nak masak + virus malas. So, akak masak cendawan putih aje la. Nak masak cendawan ni sangat mudah, cuma guna bawang putih, bawang besar dan sos tiram aje. Kalau suka campurkan dengan capsicum. Orang kata kalau tak nak mabuk bila makan cendawan, masak la pada kadar yang lama sedikit.


..doyak aka sotong masam manis..

Then masak sotong sikit. Kalau masak sotong kicap, kebarangkalian SRK tak nak makan. Tak kena dengan selera dia kalau masak kuah kicap gitu. So, masak la sotong masam manis. Macam masak cendawan tadi, kaedahnya mudah you. Macamana kita masak ikan masam manis, lebih2 kurang itu la juga bahan2nya. Kita yang masak kan, so..guna la kreativiti sendiri :)

Have fun.



iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...