Tuesday, May 15, 2012

si kecik dan kuih keria


Si kecik kat rumah akak tu lately terpikat dengan kuih keria. Masa kecik2 dulu, akak panggil kuih keria ni, kuih gelang. Si kecik ni pulak bila nak describe kuih keria, dia sebut kuih yang bulat, kecik sikit daripada donut, ada gula...dan boleh teropong kat tengah.

Atas inisiatif SRK nak bawa akak ke pasar malam last weekend, boleh la akak beli keledek. Tak banyak beli, cuma tiga ketul. Itupun tak sampai RM2.00 harganya. Tapi kenapa ye harga kuih keria di pasaran boleh tahan mahalnya? Bahannya tak banyak, nak buat pun tak susah mana. Tapi jual 50 sen sebiji.


...Cik Qasrina menunjukkan bakat dia...

Ini kuih keria yang si kecik tu uli dan bentukkan sendiri. Dia tak nak sesiapa tolong dia buat. Akak cuma tolong rebus keledeknya, goreng dan sira dengan gula aje. Dapat la buat 12 biji, 6 biji untuk dia dan selebihnya dia cakap ummi dan abah boleh makan. Banyak jugek budak kecik ni makan...tak padan dengan body.



Hasilnya....hmm...sebab apa bentuk kuih sebelum dan selepas tak berapa nak sama? Sebabnya bila dah siap semua, tak hengat nak snap gambar....so pinjam gambar kat mr.google aje la kan.. :)

Have fun.

4 comments:

  1. Replies
    1. ...punya la usaha ummi dia cari keledek huhu..

      Delete
  2. Pandailah dia buat. Kalau kakak belum tentu boleh macam tu.

    Kakak dulu panggil kuih tayar..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...si kecik mmg lain sket attitude dia... :)

      Delete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...