Thursday, May 31, 2012

makan2 @ bandar baru baron, langkawi



Makan nasi goreng tomyam, pedas giler...macam nak terkeluar lidah. Memang tukang masak tu bubuh lada kecik banyak2. Boleh sakit perut dibuatnya. Tapi habis juga akhirnya. Nasib ada ayam goreng sekali.



Makan ayam masak halia tapi hirisan ayamnya boleh bilang. Bawang besar aje yang banyak. Kesian kita orang terpaksa catu makan ayam :)



Ikan siakap masak stim limau. Ikannya kecik aje, tak cukup untuk enam orang makan. Katanya dah takde ikan besar. Quite good tapi terlalu banyak air....



Kerabu sotong versi Langkawi, not bad. Rasanya lebih kurang sama dengan kerabu sotong versi KL, cuma mungkin ada pengaruh Siam sikit.



Sup cendawan...hmm....yang ni bukan akak nak mengata tapi rasanya macam masak cendawan celup dalam air panas aje... Mungkin dia tak biasa buat tapi bila orang order, dia nak buat juga. Something wrong somewhere dengan sup ni.



mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...