Monday, May 21, 2012

makan-makan @ awana genting highlands


Last weekend satu department akak mendaki ke genting highlands untuk bersuka-ria ..erkkk actually untuk selaraskan satu workshop yang berkaitan dengan entrepreneurs. Tak sampai ke puncak bukit pun, kami hanya menginap di Awana Genting Highlands. Quite nice tempatnya tapi hotel ni antara hotel yang dah lama dibina, kalau tak silap akak masih kat sekolah menengah lagi.

Aktiviti wajib, of course la aktiviti makan kan. Cuma menu nya banyak yang sama tak kira siang dan malam, quite bored.



Ambik nasi sikit aje, takut gemuk...takut tak habis. Ambik udang dan daging sikit. Ni masakan yang selalu jumpa tapi makan juga.




Kek ni ada dua ketul aje yang ada kat situ dan kawan akak ambik seketul, macam mampu nak habis kan. Ingat cheese cake tapi rupanya yang kaler putih kat lapisan atas tu cuma cream. Haru perut ni kalau makan cream aje. Tapi at last, habis juga....nasib ada empat mulut yang nak habiskan.




Dah nama makan free kan, ambik pulak beberapa jenis kek / kuih. Tamak betul. Makan sampai tak terkata, semua nak rasa. Kek blueberry tu sedap.




Tak puas hati lagi, ambik pulak puding roti. Nak compare rasanya dengan puding roti yang akak buat hehe. Pandai komen sebab puding yang chef ni buat terlebih rasa telur...tak boleh makan banyak2 tapi at last, habis juga masuk dalam perut kami.




Last but not least, juice guava dan mango jadi pilihan. Dah namanya makan free kan. Lepas makan terus masuk bilik dan baru terasa perut masing2 dah sendat :))


























10 comments:

  1. bila nak tunjuk makan ikan patin masak lomak tuu.. ehhhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..erkk...tak terror la masak ikan patin ... hehe

      Delete
  2. Makan free ye intan tu yg dok semua kalau boleh nak merasa.
    Blueberry kek memang sedap - kakak pun suka:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...time utk ternak body kak sbb sume free :))

      Delete
  3. Salam..
    ermm..makanan orang kaya nih..
    kenyang ke makan gitu..?
    kalau koi prefer nasi juga..
    he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..eh...ada ambik nasi tuh tp sikit aje... :D

      Delete
  4. Erm.. telan air liur sat.. nmpak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...sedap tp tak leh makan byk2...tak elok utk kesihatan :P

      Delete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...