Posts

Showing posts from May, 2011

curry laksa @ teh tarik place

Image
Sabtu lepas, me & SRK menunaikan janji untuk bawa anak kecik menonton wayang. Tiba di GSC IOI Mall, terpaksa beratur panjang untuk dapatkan tiket. Memang ramai betul manusia nak tengok wayang, tengok pada skrin, rasanya memang takde harapan nak tengok wayang.

Betul la, tiket hari Sabtu sold out. Hari Ahad baru dapat tengok wayang. Memang ramai betul family datang tengok cerita Kungfu Panda 2 ni.

Meanwhile, pekena lunch di Teh Tarik Place. Hubby & anak kecik makan nasi kerabu ayam percik. Sedap. Me just makan curry laksa. I thot laksa tapi rupanya mee kari. Down terus selera..

Apapun, Teh Tarik Place memang tempat makan yang menarik. Kedai ni ada anjung yang mengadap tasik, cantik. Interior banyak guna wood material, nice. Lokasi strategik, sebelah GSC.

coconut candy

Image
Now tengah banyak promosi perkahwinan kat KL ni, even kat Putrajaya pun rasanya. Berbondon-bondon la anak2 dara dan jejaka2 datang untuk pilih yang berkenan di hati. Ikutkan hati, semua nak hebat dan gah tapi tengok bajet ye.

Sempat juga merayau-rayau...bukan sebab teringin nak kawin sekali lagi tapi just suka tengok benda2 cantik ni... dan akhirnya terjumpa la one of my favourites jajan. Share dengan kawan beli sekotak coconut and milk candy. Kotak kecik je dan potongan candy cuma 10 keping 1" x 1" tapi harganya rm20 sekotak. Nak cover harga kotak agaknya .. :)

Apapun, layan je la. Nak makan punya pasal kan..

roti jala feat serawa durian

Image
Recently ada buat farewell party yang tak seberapa, we all ordered roti jala yang dimakan dengan serawa durian. Kita bawa kelainan sikit daripada kuah kari atau kuzi.

Bagi peminat serawa durian atau roti jala, pasti kena cuba.
:)

kacang botol pedas

Image
Kalau direbus dan makan cicah dengan sambal belacan atau budu, memang best tapi this time me goreng pedas dengan isi ayam. Sedap juga kot kalau digoreng dengan udang segar. Kadang-kala kita kena guna kreativiti sendiri untuk mempelbagaikan hidangan kat rumah.

Selamat mencuba (walaupun tau mesti ramai dah buat..) :)