Tuesday, March 21, 2017

Syukur Alhamdullillah





Tak sedar lama tinggalkan blog ni. Busy dengan kerja2 duniawi yang tak pernah habis. Bukan tak pernah ingat akhirat tapi kerja2 rutin sebagai isteri, ibu, anak dan orang gaji kerajaan tak pernah putus. Alhamdullillah Tuhan masih bagi kesihatan yang baik pada akak, bagi rezeki yang tak pernah putus. Syukur sangat2. Masalah sikit2 tu, normal la. Mana ada kehidupan yang perfect.







Recently, sekali lagi my princess pergi berjuang untuk sukan kayak dia tu. Memang sekarang ni walaupun tersangat busy dengan homework dan tuition PT3 tapi kayak tak boleh tinggal macam tu jek. Weekend mesti pergi training tanpa jemu. Sebagai ummi, doakan yang baik2 untuk anak. Next month ada pulak Perak River Endurance 2017, katanya macam nak join. Last year dah join dan dah pun membuktikan yang dia mampu berkayak sejauh lebih daripada 40KM. I cannot imagine.





Her sister, diam tak diam dah nak habis semester 1. Kejap sangat rasanya. Dalam sibuk2 asyik nak balik kampung tu, habis jugek satu semester. Next monday dah start final exam untuk paper English. Ummi cuma mampu doakan semoga kakak berjaya, dapat result yang baik. Selebihnya usaha sendiri nak capai kejayaan. At least CGPA lebih sikit daripada apa yang ummi dapat dulu. Woha! In Shaa Allah.







Sejak ada budak cute ni, rumah mak dan abah memang tak sunyi la kalau budak ni balik. Our new family member, Uzma. Sekarang ni berat dia dah cecah 5kg ++ dan dah nak masuk 4 bulan. Rezeki mak dan abah, cucu2 semuanya perempuan. Tak keluar lagi hero :)







Adeh...bab ni yang malas nak tulis sebab punya la lama break daripada masuk gym. Punya la busy (?) sampai tak sempat nak masuk gym. Bukan nak tunjuk lagak atau apa tapi tu maknanya punya la lama akak tak buat exercise. Bila dah lama break, terasa badan macam berat dan lemau, naik tangga siap termengah-mengah. Jalan2 sikit pun rasa nak duduk. Macam dah tua sangat badan ni. Sebab apa? Sebab kurang exercise. Alhamdullillah akak dah mula balik buat light workout. Tak dapat buat kat gym ofic, akak buat kat rumah. Buat light exercise.

Cuma...agak jealous dengan ex-instructor sebab now dia dah start conduct satu group yang memang berminat untuk buat workout....dan akak tak dapat nak join sebab lokasi agak jauh.

Uolls...jom start buat exercise walaupun exercise ringan. Benefits nya pada diri kita sendiri, bukan orang lain. Sambil2 tu kurangkan portion makan dan kunyah makanan lama2 supaya sistem penghadaman jadi baik dan berat badan mudah turun. Akak share info jek...hehe. 



pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...