Monday, February 6, 2017

DaripadaNya kita datang dan KepadaNya kita kembali





Hari ni masuk ofic selepas 9 hari cuti. Cuti CNY dan ditambah dengan cuti peristiwa kembalinya mak mertua ke Rahmatullah pada 1 Februari 2017. Agak tiba2 mendapat berita sedih tapi alhamdullillah SRK nampaknya tenang dan redha dengan pemergian mak tercinta.

Waktu tu tengah sibuk memasak gulai ikan patin kat rumah mak akak, tetiba kakak ipar bagitau yang mak mertua dah tak ada. Mungkin akak ada rasa ralat sikit sebab agak lama tak berjumpa dengan arwah mak mertua disebabkan sebelum ni arwah selalu ke rumah anak2nya kat JB dan Penang. Kadang2 "bermastautin" kat Batang Kali, masa ni la kami boleh jumpa sebab dekat dengan KL. Ralat macamana pun, kalau dah sampai waktunya, dia tetap pergi. Itu janji yang pasti. Masa kita, belum tau lagi bila, macamana dan bagaimana. Masa mak pergi, terlalu mudah sebab perginya dalam tidur, selepas minta kakak ipar belikan nasi kerabu. Biasanya arwah mak tak lalu makan.

Ralat jugek sebab agak lewat tiba di Jerteh. Itupun nasib baik family ambik keputusan untuk kebumikan jenazah selepas solat isyak di Masjid Hadhari, Jerteh. Adik2 ipar yang bergegas balik dari JB dan Penang sayangnya tak sempat nak menatap wajah arwah mak buat kali terakhir. Kami cuba yang terbaik, tambah lagi pada hari tu, hari orang2 Kelantan balik semula ke KL. Keadaan kat jalan Bentong - Gua Musang agak sesak dengan kenderaan, melambatkan lagi perjalanan kami. Walaupun kami melawan arah tapi still effect kepada kelancaran perjalanan. Mujur SRK sangat cool memandu kereta, cuma stopped kat Gua Musang untuk mengisi minyak, selebihnya makan pun tidak. Cuma beli stok jajan untuk anak2, boleh makan dalam kereta je. Ikat perut kejap sebab kami kejar masa.

Alhamdullillah, sampai kat Jerteh dah pukul 8.15pm dan sempatlah kami menatap wajah arwah mak buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa ke Masjid Hadhari Jerteh untuk disolatkan selepas solat isyak. Mengambil pesan arwah mak, kalau ditakdirkan dia meninggal dunia kat Jerteh, maka kebumi la kat Jerteh je. Tak perlu bawa balik ke Setiu. Lagipun segala urusan kematian dibuat oleh kakak ipar dan family kat Jerteh. Segala urusan telah dipermudahkan, jenazah selamat dikebumikan kat Tanah Perkuburan berdekatan dengan masjid.

Berakhirnya perjalanan mak kat dunia ni. Perjalanan yang pasti bagi setiap insan.

Innalillahiwainnahirajiun.






No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...