Friday, May 6, 2016

workout for fitness








Since last week, akak masuk gym semula selepas beberapa minggu hari "stop" disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan, termasuk la banyak sangat vitamin M berkumpul dalam minda ni, langsung pengaruh vitamin M ni merebak ke otak dan memberi arahan negatif kepada otak supaya akak tak perlu buat workout. Kejam sangat vitamin M ni.

Setelah gym tu dah tak punya "instructor" yang boleh membimbing dan beri advise tentang workout yang kami buat, sekarang ni bimbingan dan advise tu cuma datang dari jauh tapi still boleh guna dan still boleh dipraktikkan. Tapi memang dia pengkritik paling hebat, mulut tak ada filter, sapa sentap, sila sentap. Tapi kalau rasa nak sihat, nak fit, nak ada muscle (lelaki) dan nak slim, sila kurangkan sentap :).






Well, lately akak terpaksa buat heavy workout sebab nakkan impak yang positif, impak yang seperti akak nak. Walaupun terpaksa tebalkan telinga dengar SRK dan anak2 cakap pasal body ummi yang gebus tak hengat ni tapi everything still under control. Tak sentap...tetap makan nasi macam biasa...tak pernah makan ubat nak kurus atau kempiskan perut.

Sharing about my workout activities.

Day 1  -   Fast walk + Jogging on threadmill (30 mins) / Cycling (20 mins) / Sit up (60 times)

Day 2  -   Fast walk + Jogging on threadmill (30 mins) / Cycling (20 mins) / Sit up (80 times)

Day 3  -   Fast walk + Jogging on threadmill (30 mins) / Cycling (20 mins) / Sit up (80 times)

Day 4  -   Fast walk + Jogging on threadmill (30 mins) / Cycling (20 mins) / Sit up (90 times)

Day 5  -   Fast walk + Jogging on threadmill (30 mins) / Cycling (20 mins) / Sit up (90 times)

Day 6  -   Fast walk + Jogging on threadmill (30 mins) / Cycling (20 mins) / Sit up (90 times)


Eh..baru masuk Day 7 rupanya...hehe. Okay, Day 7 ni akak perlu maintain time on threadmill tapi banyakkan jogging daripada fast walk. Cycling macam biasa tapi kalau boleh kayuh sampai 30 mins. Sit up tu depends pada kemampuan. Maybe cuba buat 100 tapi by set, bukan buat straight 100. Tak larat weh.

Okay, next...instructor cakap akak dah boleh mula kardio sebab badan akak dah semakin imun dengan workout, dah rasa lebih ringan untuk buat workout. Alamak...terbayang jap macamana akak buat kardio...buruk rupanya kot.

Ada sisters nak follow akak buat workout kat gym, it's ok, ada geng. Tak la akak sorang2 kat situ...I mean sorang2 pompuan. But lately I think orang2 lelaki quite busy kot sebab akak conquer gym tu sorang2 sampai pukul 6.45pm. Best betul.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...