Lokasi : Temerloh
Cerita pasca banjir.
Last two weeks dah balik kampung sebab nak uruskan pendaftaran penggal baru persekolahan anak dara. Sekejap jek rasanya, anak dara dah form 5, dah remaja gitu. So, urusan pendaftaran tak susah dan remeh mana sebab anak dara dah jadi senior. Semua boleh buat sendiri. Alhamdullillah.
Sabtu lepas, akak balik kampung lagi. Temerloh masih dengan situasi "sibuk" selepas banjir. Memang teruk banjir baru2 ni tapi nasib baik rumah mak akak tak kena banjir, tapi terkepung dek banjir. Sana-sini orang lelong barang2 kedai sebab mostly kedai kat town dan kedai sepanjang ke town terlibat dalam banjir. Setakat sabun mandi, shower cream, ubat gigi....banyak kedai yang buat jualan murah giler. Ubat gigi yang mahal dah turun harga kepada RM3.00 - RM5.00. Ada juga kedai yang buat lelongan barang secara besar-besaran. Orang ramai macam berpesta kat situ sebab nak ambik kesempatan untuk borong barang yang murah. Pandai2 ler pilih mana yang elok. Daripada trafik clear, jadi sesak sebab penuh dengan manusia.
Harga lauk-pauk dan sayur2an pun boleh tahan mahalnya. Beli sotong 3-4 ekor dah cecah RM8.00. Ni la penangan harga barang selepas banjir.
Baik masak sayur yang ada kat keliling rumah je kan, contohnya jantung pisang. Memang terbaik bila mak akak masak lemak cili api jantung pisang. Pekena pulak dengan ikan kering, terangkat you ols bila makan. Menambah nasi, terkubur kejap misi nak turunkan berat badan.. =)).
Tak jauh dari rumah mak, ada stall orang jual ikan2 sungai. Ikan patin, talapia, baung dan sebagainya. Memang senang betul nak membeli, jalan kaki jek.
So, dah beli seekor ikan talapia merah, bakar jek dalam magic pan. Malangnya tak sempat nak snap pic...dah tinggal separuh.. Ikan talapia bakar cicah dengan sambal kicap. Kalau SRK buat sambal kicap, dia letak bawang putih sikit. Terangkat.
Jangan lupa kudapannya. Kebetulan my bro baru balik duty dari Cameron Highlands, so dia bawa balik strawberry, makan dengan sos coklat. Memang best. Ada juga kawan yang cadangkan makan strawberry dengan garam. Tapi akak macam tak minat.
So...layan aje la :)
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...