Lama tak update blog akak ni, kebetulan 2-3 hal datang serentak. Tengah nak sibuk pasal hal kerja, waktu tu la juga nak pindah rumah. Waktu ni la juga anak nak menghadapi big exam, akak perlu bagi lebih perhatian pada anak. Kena bijak menguruskan masa.
Dah lama bercadang nak pindah rumah atas sebab2 yang tertentu tapi sekarang baru terlaksana. The whole week akak dan SRK bertungkus-lumus mengemas barang2 mana yang patut, we all buat aktiviti 5S kat rumah. Barang mana yang tak perlu ada dalam rumah, just let them go.
Ini bukan pertama kali pindah rumah tapi dah lebih tiga kali pindah. Memang satu kerja yang amat memenatkan. Mana2 barang yang boleh simpan dalam kotak, akak simpan la tapi ada juga akak main angkut macam tu je =)). Sementelah pulak lokasi rumah yang baru kami diami ni tak jauh daripada rumah lama. Tak sempat nak wrap elok2.
Tiap2 malam, habis kerja aje terus balik rumah dan kemas rumah. Tiap2 malam la juga tidur lewat, badan memang penat tak dapat nak cerita. Last weekend pulak kena datang ofis, kerja. Lagi la tak cukup rehat. Energy dah berkurangan ni.
Sumber foto : Mr.Google |
Bila memindah rumah, mula la mencari periuk belanga, pinggan mangkuk tak jumpa entah simpan dalam kotak mana kan. Alternatif terakhir goreng telur aje la, letak kicap dan sos cili. Makan dengan nasi panas. Kenyang juga you olls =)).
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...