Friday, June 28, 2013

makan2 @ kilim, langkawi


Tak habis lagi cerita tentang Langkawi, nak cerita tentang makan2 kat restoran terapung pulak. Mula2 akak bayangkan restoran terapung ni kat atas laut tapi rupanya kat atas sungai =).




Nak pergi ke Kilim dari Frangipani Resort & Spa agak jauh juga, menghala ke Gunung Raya kot. Jemu jugalah akak duk dalam kereta tu. Sampai kat jeti, kami naik bot yang muat 10 orang tu. Jangan lupa pakai life jacket ye tapi kalau rasa dah terror berenang, abaikan la pesanan ni. Naik bot kurang dari lima minit, sampai la ke restoran terapung tu.





Kebetulan bila sampai kat restoran terapung tu, hujan pun turun. Tapi akak redah aje nak tengok ikan2, udang yang derang bela dalam sangkar sebelah restoran tu. Macam2 ikan ada, ikan yu pun ada.





Ramai pelancong yang asyik tengok sangkar2 ni, ketam pun ada. Jalan2 lagi, boleh tengok ikan pari yang pelbagai saiz tapi kena berhati2 sebab kalau jatuh dalam sangkar ni, ada yang jadi lauk kot...huhu. Kalau sesiapa yang tak pernah tengok belangkas, pun ada dibela kat situ.





Satu restoran ni kami booked, so tauke restoran dah ready lauk2 kat setiap meja. Best juga dapat makan macam ni ramai2.





Antara lauk2 yang telah ditempah ialah ikan siakap bakar tapi dia bakar sampai terlalu kering, jadi bila makan dah kurang rasa manis ikan tu. Ada sotong goreng tepung, yang ni sedap....habis ratah gitu aje....atau mungkin waktu tu kami tengah lapar... =). Ada udang masak berlada tapi udangnya kecik2 gitu, tak puas nak makan.





Selain daripada ulam timun dan sambal belacan, derang buat tomyam kobis. Actually pada mulanya akak ingatkan tomyam campur, puas la mencedok kuah nak cari ayam, sotong atau udang. Rupanya tomyam kobis aje. Kobis pun kobis la kan. Rezeki.

Well, untuk hidangan yang agak simple macam ni pun dah RM35.00 satu kepala. Mungkin  harga dah jadi tinggi sikit sebab campur kos lokasi restoran ni yang istimewa... Kalau you olls cadang nak pergi, bawa la duit lebih sikit kan =)).














Karnival WOW

Karnival WOW baru2 ni macam tak wow sangat, biasa2 jek. Yang happening sebab ada live programme by TV3. So ramai ler orang kerumun kat sit...