Thursday, May 2, 2013

sales @ popular


Baru2 ini kedai buku Popular ada buat sales gila2 la juga. Kebetulan akak layan anak2 kat Star Mall, Mentakab, Popular tengah buat sales sampai 50%. Memang tak sempat nak cakap apa2, anak2 terus menerjah ke situ. Si adik tak tau nak pilih buku apa, si kakak pulak sibuk nak cari novel kegemaran dia. Maknya? Of coz la duk tengok buku2 resepi... =)).


...pilihan si kecik...manakala si kakak tak jumpa novel yang berkenan...


Dulu akak memang ada member card yang warna merah tu tapi bila dah expired, salesgirl kat popular tu suggested akak tukar pada kad warna hijau. Hijau lebih untung sebab kad untuk student, so akak bubuh nama anak akak. Bila kita beli banyak2 buku sekolah ke apa kat situ, memang boleh dapat diskaun banyak juga. Berbaloi. Biasanya bila cuti sekolah dan nak naik sekolah, popular memang sesak!





Dan...buku ni yang akak beli. Dah lama tengok buku ni kat Popular tapi sebab harganya boleh tahan mahal, macam tak berbaloi nak beli sebab akak bukannya macam mak2 lain yang rajin sangat memasak. Bila tengok ada diskaun hampir 50%, tak fikir panjang dah, terus ambil dan bayar. 

Best la buku ni, setiap hari ada satu resepi disediakan. Macam2 jenis resepi ada, daripada resepi ikan, ayam, daging, sayur, even kuih-muih yang sebenarnya agak mudah untuk dibuat. Buku macam ni boleh la dijadikan panduan untuk orang2 yang macam akak ni kan, yang tak berapa nak expert memasak walaupun dah 16 tahun kawen =)).

Satu lagi kan, kita boleh modified sesuatu menu tu ikut citarasa kita.



throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...