Tuesday, May 21, 2013

rosdet tomyam, kampung baru


Balik dari hutan lipur sungai tua hari tu, perut masing2 dah berbunyi. Jadi SRK terus aje drive ke kampung baru, nak dinner kat situ. Teringin nak makan nasi air tapi ......




Dahaga you olls balik dari hutan lipur tu, terus pesan air...tak nyempat2 dah. Nampak sedap air asam jawa tu kan. Pilihan si kecik.





Ewah...budak kecik pantang suruh posing, ada aje dia punya peace tu. 





Nasi goreng paprik pilihan si kecik tapi dia makan nasi dengan ayam aje. Sotong dan sayuran semuanya dia pindahkan kat pinggan akak. Bertuahnya anak =)).




Inilah favourite SRK, ikan siakap masak stim limau. Pesan ikan yang saiz sederhana tapi yang datang ke meja, ikan saiz sederhana yang besar. Rasanya agak pedas sebab tukang masak dah potong2 cili padi tu. 




Kailan ikan masin pun menu wajib kalau kami makan kat kedai. Kalau guna baby kailan pun best masak macam ni, akak suka. 

Dua tiga jenis makanan ni, tambah lagi sambal belacan, semua sekali RM54.00. Not bad la kan. Lokasi restoran ni, berhampiran dengan KL International Hotel.









king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...