Wednesday, May 8, 2013

kueteaw sup






Untuk peminat kueteaw macam akak dan anak2 akak, ini akak share kueteaw sup made in Temerloh. Sayangnya SRK tak gemar makan kueteaw tapi kalau akak paksa dia makan, harus juga dia makan 3-4 suap. Puashati dapat paksa SRK makan kueteaw =)).

Kueteaw ni ada beberapa jenis, ikut brand la. Ada yang macam berminyak sikit, ada yang macam kurang minyak, ada juga yang berbeza saiz dan ada juga yang agak keras. Kalau you olls terror buat kueteaw sendiri, lagi kelas. Yang paling penting, tak kira brand apa sekalipun, janji halal untuk dimakan.






Bahan-bahan nak buat sup:

Bawang merah, bawang putih dan halia (tumbuk) tapi halia jangan terlalu banyak.
Ayam atau udang (ikut citarasa)
Kiub pati ayam
Lada sulah
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sayur sawi, kobis dan lobak meraj
Cili merah & hijau (hiris)

Hiasan : daun sup, daun bawang dan bawang goreng tapi akak tak berapa minat bawang goreng...

Tumiskan kesemua bahan asas dan masukkan bahan2 lain. Sedia untuk dihidang.

Have fun with kueteaw!

*kalau kueteaw baru keluar peti sejuk, basuh dan gorengkan sekejap.



mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...