Thursday, April 25, 2013

cendol pulut @ jo cendul, otw to changlun






Dalam perjalanan ke Changlun, akak singgah makan cendul kat kedai Jo Cendul. Besar kedai ni dan banyak pilihan makanan. Kalau nak makan nasi putih dengan lauk2 masak, ada disediakan. Kedai terletak kat tepi jalan besar aje, tak susah nak cari. Bersebelahan dengan kedai ni, turut disediakan homestay.





Masakan panas pun ada disediakan walaupun waktu siang2 gitu. Akak pesan mee hailam, nak tengok macamana rupa mee hailam kat kedai Jo Cendul ni. 

Haaa...gitu la rupanya mee hailam versi Jo Cendul. Kuahnya sangat pekat, mungkin terlebih bubuh tepung jagung kot. Ada ayam, sotong, sayuran dan tak sangka rasanya pedas bangat. Sekali hirup kuahnya berair mata akak ni. Tumis bahan sekali dengan cili api gamaknya. Apapun rasanya quite okay.

Selain daripada masakan panas ni, ada juga dijual kuih goreng-gorengan, ada cucur udang, ada pisang goreng dan ubi goreng. Sedap dimakan masa panas2 lagi.





Ini la sebahagian daripada rupa kedai Jo Cendul ni. Nampak tulis tu, gulai ayam kampung dan itik pun ada. Jangan lupas singgah kalau hangpa nak pi Bukit Kayu Hitam =)).



ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...