Tuesday, January 22, 2013

jalan2 & makan2 @ mydin USJ


Akak mencari katil super-single pull-out untuk anak kecik akak yang sorang tu. Dan at last ternampak satu galeri perabot yang baru dibuka, berdekatan dengan tol Puchong Utara (ye kot..). Bersebelahan dengan pusat servis Nissan. Quite ok perabot kat situ, yang penting masih dalam harga promo lagi.

Alkisahnya bukan katil pull-out yang dibeli tapi benda lain =)). Dah penat cuci mata kat situ, terus aje menerjah ke USJ, menerjah ke Mydin hyper market. Dah lama tak pergi ke situ, dah banyak perubahan rupanya. Ketinggalan betul akak ni. Yang bestnya, tempat letak kereta berbumbung sedang dibina kat situ. So, you all jangan bimbang nak ke Mydin USJ kalau waktu hujan.








Singgah makan kat Restoran Ayam Penyet, Indonesia Taste. Aiskrim tu masuk sekali dalam pakej menu Kiddy Meal. Selain daripada aiskrim, ada nugget dan kentang yang dimakan dengan mayonis. Harga pakej menu ni, RM9.90 aje.






SRK teringin makan itik, maka dia order la "Bebek Bengil". Adeh..nama menu itik ni bukan main seksi lagi bunyinya =)). Ada itik, tempe goreng, tauhu goreng, kangkung celur dan sambal, makan dengan nasi putih. Harga nasi putih RM1.50 semangkuk, SRK makan dua mangkuk. Laju aje dia makan walaupun tak ada kuah.






Akak makan mee bakso, ada bebola daging, of course. Tapi tak sangka rasanya terlalu rasa Indonesia sangat, so selera akak macam menurun... Walau camnapun habis juga. Mee bakso ni cuma RM5.50.

Dah banyak pilihan tempat makan kat situ tapi buat masa sekarang banyak kedai tengah renovate.



king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...