Thursday, January 10, 2013

ikan selar masak pedas





.....berasap lagi u ollss....


Lagi aktiviti memasak yang simple2. Kali ini akak masak ikan selar masak pedas tapi tak terlalu pedas sebab nanti anak kecik tak nak makan pula. Ikan selar memang mahal betul sekarang ni, beli 3 ekor dekat RM10.00. So, kena makan sampai ke tulang2 nya =)).

Akak tumis dulu bawang putih dan bawang merah, masukkan cili boh dan lada hijau. Lada hijau ni yang memberi rasa pedasnya. Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan sedikit kiub ayam. Garam jangan lupa pula ye. Sebelum tu kena la goreng dulu ikan selar tu. Ni resepi orang bujang, mudah aje.

Kalau suka, masukkan sekali bawang besar dan daun bawang / sup, bagi wangi. Kemudian boleh la dihidangkan kepada keluarga. 

Ikan bawal masak pedas pun sedap!




iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...