Thursday, December 20, 2012

year end sales


Lebih kurang 2 minggu lagi sekolah dah buka semula, semestinya mak2 dan ayah2 sibuk dengan persiapan anak2 ke sekolah. Sama macam akak ni...preparation untuk anak2 dara mula dibuat sebaik sahaja cuti sekolah bermula. Orang kata kalau buat sekaligus nanti, bimbang nampak laju sangat ongkos nya terbang =)).

Akak beli kain sekolah di Kamdar, akak beli kain meter dan tempah jahit baju sekolah. Sebabnya anak2 demand nak pakai baju sekolah kain licin. Tak nak pakai kain cotton, macam payah nak gosok. Sekarang ni Kamdar ada juga buat sales tapi mega sales dia orang dah tamat ye, tuan / puan :)

Kain baju sekolah boleh tahan mahalnya sekarang ni, kalah baju mak ayah. Akak baru aje beli kain pengawas sekolah rendah, yang ada susun belakang tu, harganya RM39.00 sehelai. Terkejut kejap. Tu belum masuk perihal tudung sekolah, nasib baik ada sekolah yang dah benarkan pemakaian tudung yang ada awning tu. Senang nak beli dan murah, lebih kurang RM12.00 untuk saiz S.

Meanwhile semalam akak menerjah ke Sogo. Lama betul tak pergi ke situ. Banyak juga items yang akak berkenan kat situ...tapi terus melekat kat floor yang jual set cadar, towel dsbnya tu.


Untuk peminat2 kusyen gini, memang ada sales sekarang, about 20% - 30% discount. Langsir pun ada sales sampai 50% discount, cantik2 you. Even tuala mandi pun ada sales hebat, tinggal lagi kita suka atau tak suka aje.





Sesiapa yang suka design ala2 haiwan liar ni, boleh la menerjah ke "born to be wild" corner. Cadar ala2 zebra tu pun menarik kan! Jangan setakat cadar, gelas pun ada corak gitu =)). Sempat la akak sambar bawa balik satu set cadar selepas "terpedaya" dengan harganya yang murah..hehe.


food court, Sogo

Tak sah kan kalau meronda-ronda tapi tak makan. Naik makan kat food court, orang ramai betul kat situ. Akak cuma makan kueteaw chicken soup dan beli popia. Popia big size ni harganya RM3.00 seketul. Boleh beli kat kiosk "Sister Crispy Popiah". 


Popiah big size, ada kacang, timun, carrot, sengkuang dll. 


Kueteaw chicken soup : RM5.00 only. Tuang kicap + cili kat dalam kuah, lagi yummy!!

Had fun of year end sales =)). Banyak lagi nak kena beli ni sebelum sekolah dibuka > beg sekolah, stationeries, stokin...tapi kasut sekolah pakai yang lama dulu. Dan jangan lupa reserve untuk bayar yuran sekolah.... Moga segalanya dipermudahkan. In Shaa Allah.






4 comments:

  1. Replies
    1. ..sbb tak abih mkn, so tak leh publish dlm blog hehe :D

      Delete
  2. pergh..... macam menggiurkan jerk sale kali ni, nak cari langsir, nak cari langsir..... haha

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...