Tuesday, December 11, 2012

santai-santai @ i-city water park


Adik dan kakak bersedia untuk bersantai-santai sementara tunggu ayahnya beli tiket.
Harga tiket time weekend : RM35.00 dewasa & RM30.00 kanak2

Weekend adalah sesi untuk "menghabiskan" ongkos SRK.. =))  dan kali ni seperti yang dah lama dijanjikan dengan anak2, kami menerjah ke  i-city water park, Shah Alam. Pagi2 lagi akak dah bangun buat breakfast tapi SRK jual mahal tak nak makan kueteaw, so jam 9.30 pagi, dah belasah roti canai + teh tarik kat kedai berdekatan dengan jalan masuk i-city tu. Dekat je dari rumah, dalam 20 minit kot dah sampai.

Agak poyo kan sebab jam 10.30am dah beratur nak beli tiket masuk water park. Tapi...tapi..tapi..bila turun ke kaunter beli tiket, rupa2nya dah ramai yang sama2 poyo nak beli tiket :P




Sebelum masuk tertengok derang punya dress code. Yang perempuan cuma boleh pakai bikini dan lelaki pula boleh la pakai swimming trunk aka spender. Tak kuasa kan, takkan orang2 Muslim nak pakai macam tu. Ini kan Malaysia, kena la ada sensitiviti sikit.





Nampak tak snow white & 7 dwarfs tu? Derang memang tunggu budak2 datang mandi kat situ sepanjang masa hehe. Kolam untuk budak2 ni pun quite happening, ada ala2 Gambang water park gitu tapi entah kenapa airnya lebih sejuk daripada kolam2 lain. Anak kecik akak paling suka tunggu air dalam baldi atas tu mencurah ke bawah. 





Ini ala2 sungai gitu, tiga kaki dalam airnya. Siap pusing keliling adalah dalam 7-10 minit kot, tak sampai. Sorang satu pelampung tapi kena jaga anak2 juga bila main kat situ sebab kadang2 ada aje si polan si polan yang buat "sibuk" dalam air. Mungkin bila terkena kat pelampung anak kita, pelampung boleh terbalik. Dua2 anak akak layan aje time ni.





Had fun time ni tapi si kakak agak gementar sebab sebelum tu pelampung yang dia naik dengan SRK terbalik masa menggelungsur....si kakak terpaksa "menyelam" untuk beberapa saat sebelum SRK tarik dia naik ke atas. Akak dah risau sebab si kakak ni cepat panik sikit. So, after that, kena duduk dekat dia all the time. 




Adik maintain ceria dari awal masuk hingga la time nak balik. Gaya tak nak balik pun ada tapi biasa la bila petang aje, langit dah mendung. Bila dah hujan lebat, susah la sikit nak keluar dari situ.




Tak lengkap rasanya kalau tak naik tornado ni kan....kan...rugi la bayar mahal2 kalau tak naik benda ni. Tapi akak tak tergamak ler nak naik, tak cukup semangat nak naik =)).  SRK nak naik tapi tak ada geng pulak. Naik tornado ni memang menguji kecekalan dan keberanian kita.

Lain2, disebabkan tempat ni masih baru, maybe perlu ada penelitian semula oleh management. Contohnya kat dalam bilik persalinan pakaian, tidak disediakan langsung rak2 untuk kita meletak beg2. Agak sukar kita nak letak beg melainkan di atas sinki. Tempat masuk dan exit agak berjauhan, bila nak exit, kita kena daki tangga dan bila sampai atas, kena turun semula untuk pulangkan "gelang ajaib". Kalau "gelang ajaib" tak dipulangkan, hangus pulak duit kita RM50.00 sebab derang dah ambil deposit awal2 lagi.

Makan? Of coz lapar dan haus you bila dah bermandi-manda gitu. Topup token dan boleh beli food kat A&W kat dalam tu. Maybe in future perlu dibanyakkan food store sebab orang tersangat la ramainya.

Pandai je akak komplen kan..... komplen membina! =))







king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...