Tuesday, December 4, 2012

makan2 @ weekend : ioi mall & midvalley




Year end sales by smart master, siap ada persembahan tarian daripada 2 kumpulan budak2 cina untuk halwa mata dan telinga pengunjung2 yang datang ke IOI Mall, Puchong

Last weekend, akak melayan anak2 aje....kesian tengok budak2 ni sebab kalau weekday, akak dan SRK sibuk dengan kerja. So, time weekend aje la yang ada. Walaupun kami tak pergi jauh tapi anak2 had fun. Sabtu, we all "melepak" kat IOI Mall sampai 4 jam lebih. Memang ramai orang kat mall, maklum la dah awal bulan. Poket masing2 penuh. Tapi akak just singgah Kamdar aje, beli kain untuk buat baju sekolah anak2.




Bila dah masuk JJ, sahih SRK kena "paw" dengan anak2 kat games centre. Macam2 games yang sempat anak2 main. Janji happy kan. Bila syok main tu, tak hengat perut lapar ler.





Bila dah langsai berjuta rupiah ongkos bapaknya, baru la anak2 ingat nak makan. Perut dah keroncong. Si adik nak makan kat tempat favourite dia la. Apa lagi kalau bukan Teh Tarik Place (TTP). Akak makan nasi goreng ayam dan SRK makan nasi kerabu. 




Ini laksa TTP yang adik suka. Istimewanya laksa ni sebab siap ada ikan seekor kat dalam kuah tu. Haaa...kenyang la kan makan ikan + laksa. Akak suka juga laksa ni tapi rasa kuahnya agak masam daripada laksa kat tempat2 lain. 





You know, this anak dara akak, kalau kita sampai kat satu area yang ada wifi, mesti tak hengat nak makan, tak hengat nak minum, even kadang2 tak dengar pun apa yang orang lain borakkan kat sebelah dia. Apatah lagi if akak or SRK cakap dengan dia, macam telinga dah kena tutup dengan kapas banyak2.....satu hal pun dia tak ambil peduli. That is why akak tak bagi dia guna broadband.

*******

Day 2 on Sunday, we all ke Cheras untuk melepak kat rumah my bro. Then we moved on to Midvalley. Punya la koman kan, sebenarnya akak belum pernah menerjah lagi ke Midvalley since akak had being transfered ke kota ni. Koman sesangat =)). 

Nak ramaikan rombongan, my bro calling2 our cousin untuk join sekali. Bila dah ramai sikit, baru best kan nak "melepak". Lecehnya nak pergi Midvalley ni ye, jem tak hengat. Jalan kaki lagi cepat sampai kot. Car park full. At last, dapat tempat letak kereta kat The Gardens. Masa akak sampai, ada lagi 420 tempat tapi by the time we crossed the bridge from The Gardens to Midvalley mall, dah tinggal 110. Punya la cepat dan ramainya orang nak ke situ!

I was getting bored kat Midvalley sebab terlalu ramai manusia. Just sempat singgah mengempiskan purse kat Carrefour. Excited kejap tengok pinggan-mangkuk yang berwarna-warni...haha.




Masa untuk mengisi perut dan we all singgah di Nandos. Ambil menu untuk 4-5 orang, makan seekor ayam, nasi dan roti. Anak2 komplen makan kat Nandos sebab tak reti nak order apa =)).




This girl masih dengan handset dia, forsure ada wifi kat situ tapi unfortunately line kat situ tak stabil so that dia boleh fokus pada makan.




Maybe kita boleh namakan ayam ni, ayam percik kan walaupun dalam menu, namanya lain. Sekejap aje ayam ni dah tak kelihatan di atas pinggan.




Akak nak jaga body kan, so makan aje la ginger bread. Padahal kalau orang tu bagi satu set lagi ginger bread pun takpe...hehe..




Si adik tiba2 macam terkejut tengok nasi yang dia pesan agak "cute"...hehe. Maklum la jarang2 makan kat Nandos. Biasanya menerjah kat tempat2 masakan panas dan kedai fast food yang lain aje. Beserta dengan food ni, we all minum ice lemon tea yang boleh di topup.


Christmas exhibition @ midvalley mall


Kat mana2 sekarang ni dah boleh tengok pokok krismas, lebih hebat sambutannya daripada raya gayanya. Jalan punya jalan, tiba lagi masa untuk makan! Kus semangat kan.






After 4 hours makan kat Nandos, we all masuk Pizza Hut pulak. Asyik makan aje kan. Kat Pizza Hut baru la anak2 puashati. Lagipun dah lama tak makan pizza. Si adik laju aje memesan menu kegemaran dia. 




Akak cuma mampu makan dua potong pizza aje dan satu mangkuk mushroom soup. Selebihnya dah tak larat, semua anak2 yang habiskan. Berbaloi kalau bayar banyak, anak2 pun makan banyak.

Rasanya lepas ni kena fikir banyak kali kalau nak melepak di Midvalley time weekend. Serabut dengan manusia yang sangat ramai dan tempat letak kereta yang full house memanjang. Tapi ada alternatifnya, kita boleh naik tren dari terminal BTS dan terus ke Midvalley. Lebih jimat kot.





















king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...