Monday, September 10, 2012

i'm back with masakan kampung!


Lepas raya agak busy dengan kerja dan hal2 lain yang perlu diselesaikan segera. Langsung tak sempat nak menulis di blog. Sampaikan ada sahabat yang mungkin risau (?) akan kehilangan akak.. :)). Terima kasih tanda prihatin.

Badan pun tak berapa sihat sejak balik dari kursus baru2 ni. Thank God sebab bila kita sakit, ada hikmahnya. Tahun ni seingat akak, akak belum pernah diterjah demam atau selsema atau batuk. Bila dapat pakej ni, terus tersadai kat rumah. Tapi alhamdullillah SRK sporting dalam melayani karenah orang sakit macam ni. 

Selepas raya, sebelum akak pergi kursus, sebelum akak tak berapa sihat...sempat juga kami sekeluarga had fun makan sama2 kat rumah mak..ramai2...memang best.




Sebenarnya akak dah lama pencen makan sayur terung tapi kadang-kala teringin juga. Maka dibuat gulai terung campur dengan saki-baki ikan kering. Abah akak suka bangat gulai macam ni. Serai tu ambik sebelah rumah mak aje.




Ini pulak bukan ikan luar biasa tapi ikan biasa2 aje. Ikan selar kecik digoreng garing, tambah sedap bila ada ikan sepat goreng. Bertambah makan kalau ada ikat sepat ni. Anak2 pun suka goreng garing macam ni.




Rebus pulak jantung pisang, petik je kat sebelah rumah mak akak. Fresh gitu. Anak kecik akak memang suka makan jantung pisang rebus. Itu la salah satu ulam yang dia makan selain daripada timun.




Last but not least, sambal buah macang special sebab nak dapatkan buah macang ni, akak cuma pergi belakang rumah mak dan kutip mana yang dah gugur. Sambal ni memang pembuka selera. Tumbuk aje lada kecik dan sedikit garam, then cincang buah macang dan gaulkan sekali dengan lada. 

Seronok bila dapat kumpul adik-beradik, riuh-rendah rumah dibuatnya.

8 comments:

  1. Bukan risau kehilangan...cuma heran nape kaunter tak buka2 gak walau dah hampir sebulan beraya...hehehe...neway, miss u la kak...
    ;D

    ReplyDelete
  2. Sambal macang tu yg buat kakak tak boleh tahan intan. Kakak suka masakan macam ini tapi tak bolehlah buat selalu sebab dari sepinggan jadi dua pinggan mana boleh jadi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak...kita buat sambal tu 2 minggu sekali je..hehe

      Delete
  3. Aduh duh duhhhhh... sedapnya lauk pauk kampung tu... teringinnya kakcik! :)

    ReplyDelete
  4. jantung pisang rebus cicah air asam..... nyum nyum nyum sedapnyer, tapi bila buat sendiri kat KL ni x jadik plak, nak kena balik kampung jugak..... huhu

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...