Wednesday, August 1, 2012

mee sup last minute




Ini adalah schedule entry sebab by the time this entry is being published, akak dah pun landed di New Castle (baca: Kota Bharu). Serba-salah bila diarah untuk ke luar daerah waktu bulan puasa macam ni. Kesian kat "rakyat" kat rumah tu, entah macamana nak prepare sahur. Lebih2 lagi si kecik tu pulak agak memilih makan bila bersahur. 

Yang paling tak dapat dibayangkan bila SRK tak terbangun untuk prepare sahur. Macamana tu? Tapi, dek kerana arahan tugas, terpaksa akur la juga. Harap2 semuanya berjalan dengan baik.

Kelmarin, akak cuma masak mee sup untuk juadah berbuka puasa. Lauk-pauk cuma beli aje sikit2 di bazar Ramadhan berdekatan. Jam 7.00pm baru mula nak memasak mee sup ni. Makan panas2 lagi best kan.

Mee sup versi akak ni mudah aje nak buat, tumiskan bawang putih dan sedikit halia....jangan banyak2 halia. Masukkan serbuk perencah sup dalam satu sudu besar dan tumiskan lagi. Masukkan ayam atau daging, udang, bebola ikan atau bebola daging. Ikut selera masing2. Tumiskan lagi dan masukkan air secukupnya, tunggu hingga mendidih. Baru la masukkan sayur sawi atau kobis panjang serta mee kuning. Rasa la garamnya.

Sedia untuk dihidang, masak ni tak sampai 20 minit.

4 comments:

  1. simpel pon x per kak, janji sedap.....

    ReplyDelete
  2. New Castle tuu.. ganass makk.. ehhhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...erkk...hehe...sorry, dah tak boleh nk msuk blog you..blocked!

      Delete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...