Monday, April 23, 2012

breaklunch pulut kuning




Dah lama akak tak masak pulut. Bilamana si kecik tu request nak makan pulut, baru la teringat semula bahawasanya tahun ni akak tak pernah masak pulut lagi..owh! Rasanya dah banyak kali makan pulut tapi rupanya makan kat rumah mak :)

So, akak masak la pulut kuning untuk sarapan pagi Sabtu lepas. Malam sebelum, teringat macamana mak masak kalau cucu2 dia request nak makan. Mesti mak rendam dulu beras pulut tu semalaman. Subuh gek lagi, mak dah start kukus beras pulut tu, then angkat nak gaul dengan santan pulak, then kukus lagi. Pendek kata memang cucu2 mak kena sabar banyak2 kalau nak sarapan pulut kuning. Paling cepat pukul 9 pagi baru boleh sarapan.. Hasilnya memang pulut yang mak masak, sedap bangat.


...bagi clear lagi gambo....banyaknya masak macam nak makan 6 orang...


Tapi kan, akak takde la serajin mak akak gitu. Akak rendam 20 minit je beras pulut tu dan terus basuh. Campurkan terus sedikit pati santan, air, garam, minyak masak dan serbuk kunyit. Then masukkan ke dalam rice cooker. Bila dah mendidih, kacaukan sikit dan bila dah 80% masak, bolehlah angkat dan transferkan beras pulut tu dalam pengukus. Biarkan kejap sampai beras pulut tu nampak dah masak dan sedap dimakan.




Sementara tu, akak dah masakkan sambal tumis ikan bilis dan goreng telur dadar. Dua2 lauk ni match dengan pulut kuning. Kalau ada ikan kering, lagi best nak makan. Pendek kata hari Sabtu tu, pulut kuning tu jadi menu breaklunch (breakfast + lunch) akak sekeluarga...hehe..

pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...