Friday, March 23, 2012

owh...cameron highland..

Lately, me busy. Agak busy. Campur dengan malas nak update blog. Malas nak memasak pun ada..hehe. Tapi during last school holiday, sempat lagi me paksa SRK bawa family jalan2 ke Cameron Highland.





Since ada highway baru dari Sungai Koyan, Raub ke Cameron ni, me tak risau dah anak2 mabuk atau muntah. Jalan baru ni memang puashati, agak lurus dan luas. Sekejap je dah sampai ke Ringlet. No worries.





On the way ke puncak bukit, we all stop kejap kat "Tea House". Orang ramai bagai nak rak, sesak. Semua nak merasa minum air teh segar dari ladang. Maklum la slogan derang, ANYTIME IS TEA TIME.




Sejuk mata memandang ladang teh yang hijau ni, baik untuk terapi mata. Me dan family sempat turun ke ladang, nak petik daun2 teh :).



Singgah di Strawberry Farm yang paling luas di Cameron. Seronok tengok strawberry dan salad yang segar2 kat situ. Semua benda nak buat mesti ada strawberry. Key-chain strawberry, beg strawberry...apatah lagi teh strawberry dan kek strawberry. 



Naik ke Strawberry Farm ni memang kena guna gear 1, hampir tegak bukitnya. Sampai kat atas hangit semua kereta2. Kalau tahap driver amatur, mahu terundur semula kereta. Nak turun bukit pun satu hal, curam betul. Naik Genting Highland pun tak macam ni...

Banyak lagi cerita kat sana tapi kamera me dah sampai ajal, banyak moment yang tak dapat dirakam.


2 comments:

  1. salam..
    sayangnya kemera pulak buat hal
    ambik guna hendpone je la weh ?

    ReplyDelete
  2. wslm bro...guna henpon cap cokia je la huhu

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...