Tuesday, March 27, 2012

layan daughter



Budak kecik ni walaupun dah masuk darjah empat tapi me still panggil baby. Anak bongsu memang manjanya lebih daripada biasa. Sabtu lepas, me bawa dia jenjalan...layan budak kecik ni memang best. Macam2 dia nak buat.



Dia teringin nak canting dan kaler batik, so me bawa ke tempat yang sesuai untuk dia buat. Simple. Hanya RM5.00 je, budak kecik dah seronok dengan benda ni. Dia pilih butterfly untuk diwarnakan.



Me tak tau la budak2 zaman sekarang, kalau nak posing depan kamera, mesti nak buat "peace". Zaman me kecik dulu, takde pulak macam ni. 



Dah penat kaler batik, ralik pulak tengok Imad buat kaligrafi Arab. Sepuluh minit budak kecik ni macam tak berkelip tengok Imad tulis kaligrafi. Imad caj agak mahal untuk satu kaligrafi nama....tapi hasilnya memang cantik.

Had fun.

king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...