Tuesday, February 14, 2012

buncis bukan buncit :) & sotong



My huby jenis yang tak berapa suka makan sayur, tak taulah kenapa kan. Kalau ada pun sayur yang dia makan cuma sawi Jepun, tauge (tu pun cicah budu) dan kangkung. Kalau sayur terung dan kobis tu, memang dia reject terus. Patutlah kulit dia cerah sikit je daripada Sivaji.

Ada saki-baki kacang buncis, udang dan fish ball, me belasah goreng semua dan jadi la sayur goreng buncis dengan udang. Anak kecik me makan juga walaupun sebenarnya dia sibuk nak mengutip fish ball je letak dalam pinggan dia. Me rasa resepi ni semua orang tahu nak buat kan :)




Meanwhile, me masak doyak aka sotong. Mahal betul harga sotong sekarang ni. Beli 4-5 ekor pun dah dekat 10 ringgit. Sotong pun dah demand kan. Tapi kena beli juga sebab sotong ni salah satu favourite menu anak kecik me. Kalau la anak dara me yang kat asrama tu ada kat rumah, rasanya sotong ni tak sempat nak hidang. Dua-dua "hantu sotong".

Sesetengah orang especially pengalaman me bekerja di New Castle dulu, orang sana kalau masak sotong tak buang pun kulit luarnya. Mak me pulak memang sejak dulu lagi ajar me buang dulu kulit luar sotong sebelum memasak sotong tu. Apatah lagi dakwat sotong, wajib kena buang.

p/s : nanti cerita pasal nasi air pulak. best.

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...