Last week selepas 2 hari balik dari JB, me terbang ke Kota Kinabalu, langsung ke Kota Belud. Masih menyelesaikan perihal kerja me yang tak pernah habis. Biasanya me terbang naik MAS tapi oleh kerana ini zaman gomen "miskin", maka me terbang dengan penerbangan tambang murah je. Sama tapi tak serupa.
Kota Belud tak seindah Kota Kinabalu, hanya sebuah pekan koboi. Anjing merata tempat, buat me rasa agak tak selesa. Me sempat merasa mee hailam orang sana. Kuahnya agak kemerahan, tak hitam macam kat sini. Rasanya pula macam rasa mee udang. Dia orang blend udang agaknya. Bahan-bahan lain masih sama. Kesimpulannya, memang sedap :)
Nak bagitau, tauke kedai tu bukan orang Sabah pure tapi orang Johor yang merantau dan bermastautin kat sana. So, mungkin ada unsur-unsur jawa dalam masakan hehe.
hm..... dah rupa mee bandung ada gak..... harhar
ReplyDeletedah mcm mee bandung muor kannnsss .. :)
ReplyDelete