Tuesday, August 16, 2011

doyak masak merah



Masa anak sulung me kecik-kecik dulu, me belikan meja ABC. Untung juga beli meja ABC ni sebab hari-hari anak boleh baca apa yang tertulis kat meja tu. Ada juga gambar sotong tapi tak tulis sotong.

Dari kecik hingga anak me dah form one sekarang, kalau dia nak makan sotong, mesti dia cakap "nak makan doyak"  :)

Ada insiden, SRK sendiri blur bila anak dara dia minta belikan doyak. Yang si anak ni pula, tak reti nak cari sinonim pada doyak. Ni semua gara-gara meja ABC.

Well, doyak masak merah ni memang favourite anak-anak me. Blend je semua bahan >> bawang putih, bawang besar, cili kering dan tumis sampai naik minyak. Masukkan doyak, air asam jawa, garam, gula, sos cili dan sos tomato (kalau suka) dan tabur daun sup.

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...