Friday, April 28, 2017

kawad formasi




Salam Jumaat yang penuh barokah.




Semalam sehari suntuk anak dara berkawad formasi kat UM, PJ. Dah 2-3 minggu jugek budak2 ni buat training untuk join pertandingan kawad formasi peringkat negeri. Muka tu memang dah sunburn tahap gaban, sampai kan dah ramai kawan2, seniors dan kerabat keluarga tegur sebab gelap sangat. Kesian budak ni tapi semangat dia memang tak pernah luntur. Pasal semangat dan usaha ni, akak memang puji la sebab this girl memang ada semangat yang kental. Tak mudah sentap, friendly. Cuma manja tak hengat kalau kat rumah =).

Best friend berkayak pun terpilih untuk masuk pertandingan kawad formasi ni. Bagus!

Sir Yeoh (orang yang bertanggungjawab melatih group kawad ni) pesan, pukul 5am mesti dah ada kat sekolah. Mak aiii...kalah orang nak pergi perbarisan Hari Kebangsaan kan. Arguments mula keluar dari mulut akak, here and there sebab tak pernah lagi dengar arahan macam tu. Lain la kalau nak naik flight, mesti awal. Okay, I forgot that Sir Yeoh tu polis. Polis yang real tu, bukan Polis Bantuan. Dia buat budak2 ni macam dia latih polis2 jugek (kot?). Dia apply rules yang lebih kurang sama but it's good untuk budak2 ni la. So that tak ada la yang sambil lewa. But I can't accept "pukul 5am dah kena ada kat sekolah"...hehe.





Kebetulan semalam akak puasa, kunci jam nak bangun sahur pukul 5am. Bangun2 tengok budak ni dah tengah gosok baju. Punya la semangat...kan, entah pukul berapa dia bangun. Bekalkan roti untuk dia, buat alas perut sebelum dapat breakfast. Pukul 5.30am baru la SRK pergi hantar kat sekolah. Tu pun kawan2 dia ramai yang dah sampai. Semangat betul budak2 ni. Tetiba Sir Yeoh informed, sapa2 yang lambat, petang nanti kena denda! I feel guilty jap :(





Sampai kat UM, semua dah tak ingat kecuali nak perform kawad yang terbaik. Ada berbelas-belas buah sekolah yang masuk, ikut kategori. Budak ni teruja kejap tengok kawasan UM yang besar. Memang ler besar banding dengan sekolah dia :). Semua bangga dapat perform kat UM. Walaupun cuma dapat Top Ten tapi experience tu yang penting. One thing, groups yang menang tu dah training berbulan-bulan kot, baru la dapat best performance. Budak2 ni just training for 2-3 weeks jek. 





Masam pulak muka anak dara dalam gambar ni, panas kot. Owhhh...rupa2nya tak sempat nak lunch, perut tu cuma ada roti pagi tadinya jek. Sekolah provided mee hoon for breakfast tapi waktu dia pergi ambik air, mee hoon dia "hilang". Kesian betul budak ni. Then bila lunch hour, duk ralik pulak tengok groups lain perform...sampai tak sempat nak lunch. Sad story, adik.

Anyhow, ummi bangga sangat dengan adik.







Thursday, April 27, 2017

man's cooking (1)







I have to say that I am lucky sebab my hubby memang suka memasak, tanpa paksaan. SRK memang suka memasak especially masak kari dan gulai2 lemak ni. Memang syukur sangat2 sebab SRK dah ringankan beban akak untuk memasak. My mom said, "sebab aok masak tak sedap, sebab tu la abang aok yang masak!". (Please read dalam loghat Temerloh, okay). Owh...tak la, mak. Memang SRK suka memasak lauk2. Tapi SRK tak pernah masak kueh-mueh, mee dan pasta, failed. Anyhow, mana nak cari suami yang sukarela nak masak, jarang2 jumpa kan. But we have to understand yang suami ni ada banyak types. Ada yang pandai masak tapi malas masak. Ada yang pandai masak dan rajin ke dapur. Ada yang memang tak reti masak tapi tak reti2 jugek nak tolong hal2 lain. Ada jugek yang memang harapkan wife 100% untuk sediakan makanan harian. Yang paling worst, dah la tak pandai masak, bila wife OT, sanggup tunggu wife balik...baru nak fikir pasal makan. Padahal boleh jek tapaw kat kedai, kan =).

Alhamdullillah SRK rajin masak, tak payah suruh. Dan masakan dia tu sedap kat tekak akak dan anak2. Walaupun selepas dia masak, dapur macam tongkang pecah but at least, akak dah boleh terus makan. Woha! Syukur.





Last Sunday, akak request nak makan nasi lemak. Nak nasi lemak yang SRK masak. Without prejudice, pagi2 SRK dah bangun masak nasi lemak. I don't care la kalau rupa nasi lemak dan sambal tumis yang SRK masak tak macam chef2 lelaki yang kat luar tu. Janji rasanya enak kat tekak kami. Set nasi lemak complete dah tu, sambal bilis, telur goreng, ikan bilis goreng (request by anak dara) dan ulam timun. Done. Kenyang sampai tengahari.

Just to share, my father dan my younger brother tak reti masak2 macam ni. Derang cuma reti masak air, masak nasi dan masak maggi. But my older brother terror masak jugek, sama macam SRK. Sometimes, life experience tu yang buat lelaki pandai dan nak masak. 

Walaupun suami tak pandai masak tapi syukur la dengan kelebihan2 dia yang lain. Have fun! 






Wednesday, April 12, 2017

lazada's birthday






Lebih kurang 2 weeks ago, Lazada celebrated their birthday. So banyak la offer produk2 dengan harga yang memang best. Harga memang banyak diskaun dan diskaun tu bukan sikit2. Kebetulan time tu akak tengah bercuti dan lepak kat kampung halaman jek. So ada banyak masa nak tengok + belek web Lazada. Anak dara akak pun dah pandai, login Lazada guna password akak dan bila akak login jek, tengok2 dah ada dalam shopping chart. Haiiissshhh...!! Actually quite lama akak stop buat online shopping, since SRK dapat detect tabiat bini yang suka shopping online ni...maka aktiviti dikurangkan sikit. Forsure kalau check dalam inbox, Lazada, Zalora and others dah rindu2an kat akak =). Macam2 discount code sampai kat inbox tapi akak sabar jek.

Tapi bila Lazada buat sales giler2 sempena birthday derang, mood nak shopping tu membuak2, tak boleh nak tahan. Kalau ikutkan nak penuhkan shopping chart dengan pelbagai jenis produk tapi bila memikirkan hal2 pembaziran, kontrol semula mood tu. Dalam2 kontrol tu, tercampak jugek dua barang kat shopping chart sebab offer dia memang berbaloi. Satunya sport watch, ni anak dara akak yang nak sebab dah lama dia idam nak sport watch. Sport watch ni dari oversea so lambat sikit la delivery period dia. Kena sabar.




Satu lagi barang yang tercampak dalam shopping chart is wedges akak. Dah lama survey wedges ni, baik kat online shops mahupun kat outlet tapi tak jumpa2 yang berkenan di hati, yang suit dengan bajet. At last, terjumpa jugek kat Lazada. Kiranya yang ini 90% la memenuhi kehendak akak. Kasut ni dihantar dari negeri Kedah. I thought somewhere here in KL jek. Oleh kerana dari Kedah, so tak dapat la terima barang within 24 hours but its okay, no big problem. As long kasut sampai dengan elok kan.

Why akak suka online shopping? Sebab bila duk kat KL ni, nak pergi satu2 shopping mall tu kena hadap jem, kena bayar parking yang mahal, kena ambik masa yang agak lama untuk ke satu2 tempat...wasting time. Dan normally harga kat online shops is cheaper, you can get the best price. Trust me.

Happy shopping!


Wednesday, April 5, 2017

hidangan berbuka puasa







Kelmarin dan semalam akak berpuasa. Tujuan berpuasa ni selain daripada puasa ganti, akak nak membetulkan sistem penghadaman. Betul, kalau kita rasa badan kita macam something wrong, elok la berpuasa. Bila berpuasa tu, badan akan jadi lebih ringan dan membetulkan semula sistem penghadaman. Akak suka berpuasa sebab tak payah nak pikir nak makan apa, boleh jimat duit. Yang paling ketara, akak jadi lebih innocent! =). Kalau berpuasa sorang2, tak susah nak pikir hidangan berbuka puasa sebab nak isi perut kita sorang jek kan. So, masak roti telur. Bakar roti, masak telur kat atas ceper, then sapu sos cili kat kedua belah telur dan makan la macam makan sandwich. Malas nak buat dessert, order sagu santan gula melaka daripada @sweet kueh. Boleh tengok IG @sweet kueh ni kalau nak order dessert dan food yang lain. Macam2 ada. 





Petang semalam, masak mee goreng versi sempoi. Sempoi sebab tak letak ayam tak letak daging or fish ball bagai. Hanya ada tauhu dan telur rebus. Rasa still okay sebab yang efek kepada rasa adalah bahan2 asas nak menggoreng kan. Sayur pun tak letak sebab stok sayur dah abih dalam ice box. On the way back from ofic, singgah pasar malam sebab tetiba rasa nak makan kuih peneram. Hmm...terasa kuih peneram ni terlebih gula, heavy nak makan. Terbeli jugek keropok lekor sebab teringin jugek nak makan. Aiihhhhhh...kalau berpuasa, nafsu nak makan memang lain daripada biasa kan. Kus semangat.

Monday, April 3, 2017

MyTown









Last Friday, akak dan kawan2 menerjah ke MyTown, shopping mall yang baru buka sebelah IKEA Cheras tu. Kalau jalan tak sesak, dari ofic akak...10 minit dah sampai ke tempat tu. Kalau jalan sesak, tak payah la nak kira berapa minit. Lagi haru bila malas nak drive sendiri tapi guna khidmat Grab Car dan tambah haru bila driver Grab Car tak tau jalan, harapkan waze nak tolong =). This is true story maaa...driver Grab Car tersilap jalan dan bawak kami makan angin ke Bukit Jalil, dengan hujan lebat dan jalan sesaknya bagai. Just imagine, kesian driver Grab Car yang hanya dapat RM6.00 tapi tersalah jalan terus masuk highway Mex dan kena bayar tol! Nasib baik kami baik hati bayar lebih. Kesian punya pasal. Nak bagitau jalan... dah terlambat, cepat sangat dia pusing stereng.

MyTown memang cantik, especially tempat makan. Banyak pilihan dengan interior yang moden. Memang tak bosan la makan kat situ, pilih je nak makan apa. Harga makanan lebih kurang sama dengan harga makanan kat shopping malls yang lain. Nak western, ada. Nak nasi campur pun ada. Tak nak makan nasi, nak makan benda lain pun ada. Teringin nak makan nasi ayam penyet, pun ada. Tekak nak makan kueh-mueh pun ada. 





Dan akak as usual tengahari feeling macam malas nak makan nasi kalau breakfast dah makan nasi sebab dinner nanti nak temankan SRK dan anak dara makan nasi pulak. So pilih punya pilih, makan Lo Mee, mee yang besar2 tu. Kenyang makan Lo Mee ni. Nasib baik sedap orang tu masak, makan dengan cili potong + kicap. Match pulak dengan air kopi panas. Tengah pantang minum ais ni. Harga Lo Mee ni cuma RM7.90 jek.





Some of the stalls yang jual makanan. Ada kebab, pelbagai jenis sandwich dan dessert. Menarik kan. Lunch hour memang ramai makan kat sini. So, kalau nak ubah2 angin tu, boleh la try makan kat MyTown. Lepas makan, boleh singgah Daiso dan Kaison, dekat jek dengan tempat makan. Bawak duit lebih, boleh la beli barang lebih...hehe. Akak kena cuti kalau nak pergi IKEA dan MyTown ni serentak. Sebelah pagi pergi IKEA, petang pergi MyTown. Pengsan! Nak shopping kat Parkson pun boleh. 








Untuk sportmen dan sportwomen, kedai2 jual barangan sukan banyak kat situ, macam kat KLCC jugek. Satu floor tu banyak kedai2 ni. Boleh la nak survey2 apa yang patut. Playground untuk budak2 pun ada. So parents just no worries nak bawak anak2 ke situ. Kalau anak2 dah bosan, singgah je kat playground dan parents boleh layan whatsapp, FB or IG. Ok tak? Ngeeee...