Thursday, March 30, 2017

jeruk salad








Lama tak share pasal makan. Lately makan ikut suka hati, tak ada apa yang menarik. Sama jek. Tak de nya nak makan kambing masak rasberry ke apa. Tak jugek nak masak kerabu ikan yu ke. Lagi bahagia makan ikan kering goreng atau gulai ikan kering, match dengan ulam2an. Kalau tidak, separuh hari merungut kat SRK pasal harga ikan yang mahal. Ikan kembung RM3.00 seekor. Udang putih tu RM35.00 sekilo. Lagi bahagia duk kat kampung, kat tepi kuala, tunggu orang naik dari laut. Boleh beli ikan2 yang fresh, yang harganya jauh lebih murah daripada kat pasar. Heaven kan. Balik rumah, petik jek ulam2an kat keliling rumah. Nak makan buah2an, ambik jek kat kebun belakang rumah. Nak serai, lada, lengkuas, daun kunyit, petik jek kat tepi rumah. Best kan. Orang kata angan2 tu free =).

SRK suka buat salad versi dia. Kobis ungu, timun, kalau ada sayur2 lain yang sesuai untuk dimakan mentah2, buah tomato, lada kecik, bawang besar, cuka, garam dan gula. Kalau sebetulnya, kita sebut salad jeruk sebab ada cuka. Ni memang favourite SRK all the time. Anak2 pun suka makan. Kalau tengok channel AFC, orang putih buat jeruk salad lagi senang. Salad tu campur dengan sayur2 lain, garlic, wine, garam dan gula. Derang tak guna cuka tapi guna wine. Cuma kaedah nak buat tu, sama jek. I wonder kenapa anak2 orang putih suka makan sayur / salad.






Yang ni citrus salad. Simple jek bahan2 nya kan. Tak sampai 10 minit nak buat. Nampak sedap jugek salad ni, guna buah2an. Tabur black pepper. Kalau suka, boleh campur dengan mayonis. Simple sangat, elok untuk kesihatan.

Cakap pasal kesihatan, kalau ada sesiapa yang ada petua atau tips untuk betulkan sistem penghadaman, mohon share dengan akak kat ruang komen ye. Akak sangat2 hargai kalau ada info berkaitannya. Sebab apa? Kalau sistem penghadaman tak betul, badan pun susah nak maintain. Berat badan susah nak turun dan yang paling bimbang, penyakit2 pun mudah hinggap. 

Thanx for reading, appreciated.





Tuesday, March 28, 2017

no more Teh Tarik Place








Yup, I am one of the teh tarik fans tapi lately sedang cuba kurangkan minum teh tarik. Lebihkan minum air lemon atau barli suam. Tapi kadang2 memang perlu pekena teh tarik sebab teh tarik ni ada aura, macam sinonim dengan aktiviti lepak2 dengan family dan kawan2. Betul tak? That is why kita panggil kawan2 pergi "ngeteh". Sebab nak minum air teh la kan.

Recently, after we just arrived from my hometown. terus nak cari kedai makan sebab masing2 belum lunch lagi. Tekak macam nak makan masakan panas jek dan minum teh tarik. Bila sebut teh tarik, my mind terus teringat Teh Tarik Place. So, terus jek drive ke Jalan Pahang walaupun tau ada Teh Tarik Place kat Setapak Sentral. Dah biasa ngeteh kat Jalan Pahang. Tapi..rupa2nya Teh Tarik Place, Jalan Pahang dah bertukar kepada kedai makan D'Nenas. No more Teh Tarik Place! D'Nenas namanya tapi akak tak sure kenapa taukeh kedai namakan kedai dia tu, D'Nenas...since akak tak nampak pun nenas kat mana2 =)

Actually kedai D'Nenas ni similar to kedai2 mamak yang famous kat KL ni, e.g. Insaf, Ali Maju dan seumpamanya. Interior kedai masih mengekalkan Teh Tarik Place yang dulu, cuma menunya berbeza, banyak. Melayu ramai makan kat situ. Pekerja campur2. But mood dah down sikit sebab aim nak makan kat Teh Tarik Place.





Well, akak mula buat spekulasi kenapa Teh Tarik Place, Jalan Pahang tak continue bisnes derang. Maybe tak boleh nak bersaing dengan Teh Tarik Place, Setapak Sentral yang boleh dikatakan every weekend panggil artis2 popular perform kat situ. Kat Setapak tu memang happening all the time, macam2 aktiviti derang buat. Even derang akan sambut 1st. anniversary, ada persembahan best2 dan ada buat lucky draw. So, boleh la uolls menerjah ke situ. Mana tau, pergi minum teh tarik tapi bawa balik barang elektrik kan.

Have fun!







Monday, March 27, 2017

cermin mata harga bajet








Lately selalu dengar orang cakap akak sombong, tak nak senyum, muka serius jek. Macam2 la jugek hadap dengan cakap2 orang tapi sebenarnya akak rabun jauh =). Macamana akak nak senyum kalau dari jauh just nampak samar2 jek muka orang tu, sehingga la orang tu berada dekat dengan akak, baru la sure siapa gerangannya. Bimbang tersalah senyum, nanti akak dikatakan sewel pulak kan.

Actually dah banyak kali plan nak tukar cermin mata sebab akak tau yang power mata akak dah semakin meningkat. Memang betul pun sebab bila pergi check, naik 100. Tinggi dah tahap kerabunan akak ni. Faktor umur kot dan jugek faktor keturunan. Tapi bukan pasal ni yang akak nak share. Akak nak share pasal kedai cermin mata ni, Eye Smart Vision.

Kedai ni kat 070, Ground Floor, Sungei Wang Plaza Mall, Bukit Bintang. Akak dapat info pasal kedai ni daripada seorang kawan. Katanya sesiapa nak dapatkan (beli) cermin mata dengan harga yang berpatutan, boleh la terjah kedai cina ni. So, akak pun ajak SRK temankan untuk tengok2, mana tau ada yang sesuai dengan bajet akak. Mula2 sampai kat kedai tu, memang dah ada 5-6 orang customer. Lama2 makin ramai, ramai sungguh! Yang jadi ramai tu sebab...family members yang ikut tu...ramai sangat..hehe.

Ok, serius. Memang ramai orang datang beli cermin mata kat kedai ni. Frem hanya berharga RM65, yang tu paling murah rasanya. So, akak tawaf beberapa kali dan akhirnya akak dibantu oleh salesman untuk mencari cermin mata yang sesuai. Sesuai tu meaning tak nampak macam headmaster bila pakai, tak nampak tua sangat bila pakai (walaupun memang dah tua pun!), harga yang berpatutan dan selesa dipakai. At last jumpa la satu yang dirasakan sesuai. Terus pergi check power mata, buat eyes test (rabun sungguh!) dan founded that power silau + jauh dah naik 100. No wonder nampak blur dengan cermin mata lama. Tambah untuk hadap PC dan transition. Done.

So akak recommend pada sesiapa yang nak beli cermin mata dengan harga bajet, boleh la terjah ke kedai ni.




Wednesday, March 22, 2017

count your calories!








By the time post ni di publish, maybe akak dah pun on the way balik kampung. Lama tak balik kampung. Excited nak balik kampung since last week lagi. Dah plan a few activities nak buat masa kat kampung. Nak makan ikan patin banyak2. Nak lepak2 dengan kawan2 lama kalau ada kesempatan. Nak round my hometown, window shopping kat kedai2 yang rare jual barang2 yang susah nak dapat kat KL ni. Nak ngeteh kat tepi Sungai Pahang. Banyak la lagi aktiviti yang terlintas kat mind akak ni.

Tapi..tapi..tapi..cuti2 gini kena beringat. Bukan masa untuk tambah berat badan ye. Bukan masa untuk makan apa saja yang terlintas kat hati. Nope. Kena beringat sokmo. Just kira sendiri berapa kalori kalau hari2 kita minum Coke atau air dalam tin yang manis2 tu. Sapa yang suka makan biskut Oreo tu, tengok la sendiri berapa kalori kita kumpul, hanya dengan makan 2 keping biskut Oreo. Alamak...macamana plan akak nak buat Cheesekut Oreo kat kampung nanti... =)

Siapa yang suka makan tortilla chips? Tengok ye kat pic atas tu, berapa kalori kita collect bila makan tortilla chips. Sedap memang la sedap kan tapi rupa2nya sedap yang bagi impak negatif pada diri kita bila makan terlalu banyak. Kena kontrol okay.

Akak share benda2 ni semua untuk bagi peringatan pada diri akak sendiri terutamanya dan pada kawan2 yang masih ada hati untuk jaga pemakanan dan kesihatan diri. Sebab bila dah sakit nanti, nak gostan memang susah. So paling senang ialah exercise jalan2. Kalau ada masa boleh la pergi cycling atau join mana2 group zumba. Kat Tasik Titiwangsa tu setiap weekend ada orang buat senamrobik / aerobic, maybe boleh join.

See you next week!


Tuesday, March 21, 2017

Syukur Alhamdullillah





Tak sedar lama tinggalkan blog ni. Busy dengan kerja2 duniawi yang tak pernah habis. Bukan tak pernah ingat akhirat tapi kerja2 rutin sebagai isteri, ibu, anak dan orang gaji kerajaan tak pernah putus. Alhamdullillah Tuhan masih bagi kesihatan yang baik pada akak, bagi rezeki yang tak pernah putus. Syukur sangat2. Masalah sikit2 tu, normal la. Mana ada kehidupan yang perfect.







Recently, sekali lagi my princess pergi berjuang untuk sukan kayak dia tu. Memang sekarang ni walaupun tersangat busy dengan homework dan tuition PT3 tapi kayak tak boleh tinggal macam tu jek. Weekend mesti pergi training tanpa jemu. Sebagai ummi, doakan yang baik2 untuk anak. Next month ada pulak Perak River Endurance 2017, katanya macam nak join. Last year dah join dan dah pun membuktikan yang dia mampu berkayak sejauh lebih daripada 40KM. I cannot imagine.





Her sister, diam tak diam dah nak habis semester 1. Kejap sangat rasanya. Dalam sibuk2 asyik nak balik kampung tu, habis jugek satu semester. Next monday dah start final exam untuk paper English. Ummi cuma mampu doakan semoga kakak berjaya, dapat result yang baik. Selebihnya usaha sendiri nak capai kejayaan. At least CGPA lebih sikit daripada apa yang ummi dapat dulu. Woha! In Shaa Allah.







Sejak ada budak cute ni, rumah mak dan abah memang tak sunyi la kalau budak ni balik. Our new family member, Uzma. Sekarang ni berat dia dah cecah 5kg ++ dan dah nak masuk 4 bulan. Rezeki mak dan abah, cucu2 semuanya perempuan. Tak keluar lagi hero :)







Adeh...bab ni yang malas nak tulis sebab punya la lama break daripada masuk gym. Punya la busy (?) sampai tak sempat nak masuk gym. Bukan nak tunjuk lagak atau apa tapi tu maknanya punya la lama akak tak buat exercise. Bila dah lama break, terasa badan macam berat dan lemau, naik tangga siap termengah-mengah. Jalan2 sikit pun rasa nak duduk. Macam dah tua sangat badan ni. Sebab apa? Sebab kurang exercise. Alhamdullillah akak dah mula balik buat light workout. Tak dapat buat kat gym ofic, akak buat kat rumah. Buat light exercise.

Cuma...agak jealous dengan ex-instructor sebab now dia dah start conduct satu group yang memang berminat untuk buat workout....dan akak tak dapat nak join sebab lokasi agak jauh.

Uolls...jom start buat exercise walaupun exercise ringan. Benefits nya pada diri kita sendiri, bukan orang lain. Sambil2 tu kurangkan portion makan dan kunyah makanan lama2 supaya sistem penghadaman jadi baik dan berat badan mudah turun. Akak share info jek...hehe.