Posts

Showing posts from January, 2017

my other girl

Image
Ini kakak kepada anak dara yang suka berkayak tu. Orang kata dalam ramai2 anak, mesti perangai berbeza2. Walaupun akak cuma ada tiga orang anak (sorang dah simpan) tapi macam jaga dua belas orang anak. Patut la Tuhan kurniakan anak seramai ni je. Anak dara yang ini selepas jadi penganggur terhormat kurang lebih setahun, kurang lebih setahun duk ternak body, at last dapat jugek menjejaki kaki ke menara gading. Itu pun selepas "berhempas-pulas" umminya apply sana sini dengan pelbagai pilihan course yang dirasakan menepati kehendak market masa kini. Ewah.

Untung budak2 zaman sekarang ni, nak masuk U, parents yang tolong apply, parents yang tolong mintak cop, parents yang fikirkan course mana yang nak ambik. Berbanding dengan zaman akak dulu, dah la tak ada internet, tak ada media sosial macam sekarang, nak berhubung dengan kawan2 tu cuma guna telefon rumah yang besar gedabak tu ataupun guna public phone yang kadang2 rosak jek memanjang. Nak apply masuk U cuma guna borang manua…

Malaysia Canoe Polo Selection

Image
Last weekend, my daughter ke Muar untuk pemilihan atlit canoe polo peringkat kebangsaan. 3-4 hari sebelum hari pemilihan, budak ni dah nervous lain macam + dengan perasaan yang teramat excited sebab berada dalam senarai pendek atlit2 kayak yang layak untuk dibuat pemilihan mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Kalau dia teramat excited, akak teramat bangga dengan pencapaian dia setakat ni. Berbaloi la usaha dan komitmen yang dia berikan selama ni..kan.  Lagipun, she is only 15 years old.

1st selection buat kat Muar selama 2 hari, termasuk fitness test. Fitness test ni ialah larian pantas dalam jarak dan masa yang ditetapkan. Untuk 1st. selection yang ini, alhamdullillah dapat ranking ke-4 daripada 12 atlit. Nanti dalam bulan April akan ada second selection untuk pilih the best 10 atlit yang boleh mewakili Malaysia. Hopefully nama dia ada dalam senarai yang layak.

Meanwhile, six month before the competition, dah tak boleh makan supplements. Actually akak bagi makan vit C untuk an…

gulai lemak ikan kering

Image
What you expect untuk makan makanan yang sihat, tidak berminyak dan tidak berlemak tapi dalam masa yang sama your husband request nak makan gulai lemak ikan kering dan udang goreng? 
Jawapan:  Makan je la gulai lemak ikan kering tu, bersama2 dengan husband supaya husband rasa happy =) 
Actually akak ada option, boleh masak gulai lemak ikan kering ni tapi tak payah makan, makan food lain yang tidak berlemak. Tapi akak bukan rajin sangat nak masak banyak2 tapi yang nak makannya cuma tiga orang...hehe. Baik la akak makan sekali kan. Untung2 tak boleh kontrol nafsu makan, boleh tambah nasi! Lebur diet akak tau. SRK ni kalau bab makan, dia memang kurang support sebab dia nak makan lauk sedap2.. =)
So, masak la gulai lemak ikan kering (campur dengan serbuk kari ikan sikit), goreng udang kecik2 dan rebus brokoli. Brokoli tu memang akak rebus plain gitu je, bila dah masak dan toskan air, tabur black pepper dan garam sikit. Dah sedap. Ni makanan sihat namanya. Eh...udang kecik2 ni apa ke naman…

now everyone can be beautiful

Image
Salam Jumaat yang penuh barokah.
Pernah dengar atau tengok iklan produk Nurraysa ni? Ataupun memang uolls pengguna produk Nurraysa? Kalau tak pernah, boleh cuba pakai produk2 Nurraysa ni sebab produk2 ni adalah produk2 yang mesra wuduk dan solat. Maknanya boleh dibawa solat, so kita tak perlu ragu2 lagi nak pakai. Tak perlu nak was2 samada produk ni halal ataupun tidak.
Produk2 lain, ada sabun untuk jeragat, lipstick, loose powder, eyeliner dan ada macam2 lagi produk yang perlu kita cuba. Ni bukan segmen tajaan Nurraysa tapi akak suka nak share produk2 buatan Melayu yang kita boleh cuba tanpa was2. Kena sokong produk tempatan walaupun ada diantara kita memang suka pakai produk2 branded yang datang dari luar negara.






Shining mineral blusher ni berbaloi beli sebab tahan lama, boleh la cuba. Sapa2 yang suka pipi nampak bling2 dan shining tu, boleh terus beli.
Pada yang berminat nak beli produk2 Nurraysa, boleh contact Kak Ijot - 0199290625. Kak Ijot ni based dia kat Kuantan. So orang Kua…

gulai lemak cili api ikan lampam

Image
Lama tak belanja gambo food kan. Since akak or SRK masak yang biasa2 jek, tak ada apa nak share. But recently SRK bawak balik ikan lampam. Mana entah dia beli ikan lampam ni, teringin sangat nak makan katanya. Mula2 SRK nak masak asam pedas...hmm...macam tak best jek nak makan asam pedas ikan lampam. Actually dah terbayang gulai lemak cili apinya...sebab tu asam pedas jadi tak best =)
Ada la beberapa minit "berdialog" dengan SRK samada nak masak asam pedas atau masak lemak cili api. Lawak betul, nak decide nak masak apa pun susah. At last akak "menang" kan. SRK kena la bagi muka. So, masak la gulai lemak cili api ni. Memang menyengat bila makan, bubuh cili api banyak sikit. Bila masak gulai macam ni, teringat kat masakan mak...paling sedap!
Makan ikan lampan ni kena fokus, tulang banyak sangat. Lebih kurang ikan terubok la tapi disebabkan ikan2 ni sedap, so kita makan jugek kan. 
Menurut info, ikan lampam ni paling senang didapati selepas ikan talapia. Baik ikan l…

pelapis atlit kayak

Image
SALAM JUMAAT YANG PENUH BAROKAH




Seniors dalam Kelab Kayak KL ni panggil budak2 ni pelapis junior. Ye la aktif kayak bermula daripada umur 13 tahun lagi. Kalau parents yang "ada2" sikit, boleh la beli kayak dan pedal sendiri tapi akak tak mampu lagi nak beli kan. Lagipun..ada keperluan lain yang lebih penting. As long boleh guna kayak yang ada kat stor derang tu, alhamdullillah.
Tu aksi2 masa anak dara training polo air. One reason kenapa anak dara ni tak bagi ummi dia tengok dia main kayak atau polo air is...bimbang ummi nya "menjerit-jerit' sorang, takut anak jatuh dalam tasik! =)





Of coz perasaan bimbang tu sentiasa ada , even tengok pics macam ni pun...hati dah berdebar, risau. SRK kata akak kena ada rasa confident dengan anak sebab..anak tu dah lama training. Keduanya keliling dia ada orang2 lain yang sentiasa bersedia sekiranya berlaku apa2. Mohon dijauhkan daripada semua tu..
Tu akak tak tengok masa ada game sebenar lagi. Kat tasik tu berserabut dengan atlit2 …

kayaking only during weekend

Image
Walaupun tahun ni tahun yang penting untuk anak kecik akak ni sebab ada PT3 tapi tak semudah tu dia nak lupakan hobi dia untuk berkayak. Pada sapa2 yang belum tahu, Taman Tasik Titiwangsa akan ditutup kepada public buat sementara waktu (I think very soon) bagi memberi laluan kepada kerja2 renovation sempena Sukan Sea. So maybe banyak aktiviti yang tak dapat dijalankan kat situ, kena cari tempat lain.
Weekdays tak boleh pergi main kayak sebab nanti malam sampai kat rumah, badan dah letih tapi kerja sekolah melambak tak settle lagi. Almost everyday cikgu bagi kerja sekolah yang banyak sebab dengar kata by July ni, syllabus pembelajaran kena abih. Bila badan dah letih, macamana nak buat kerja sekolah, apatah lagi nak buat revision. Memang tak la kan..mesti tersadai letih atas sofa. Biasanya macam tu la.
Tu gambo yang latest, last saturday. Senyum sampai ke telinga kalau dapat main kayak. Tak reti nak letih. Muka tu dah sunburn sangat.





Ada second circuit yang budak ni aim, tu yang still …

workout at Rizy Gym @ chicken wrap

Image
Pic kat atas tu just hiasan tapi itu memang keadaan sebenar dalam gym Rizy.

Malam tadi berubah angin kejap, janji dengan instructor untuk buat workout dalam sejam setengah kat Rizy Gym. Bayar lima ringgit je sekali masuk tapi disebabkan instructor baik hati, dia sponsored. Perlukan equipments kat Rizy Gym sebab equipments tu tak ada kat gym ofic. Sesekali kena buat advance workout untuk dapatkan kesan yang lebih.

Lepas settle solat isyak dsb, baru la akak menerjah ke gym, tak jauh dari rumah. 95% lelaki yang buat workout dan ada tiga orang je perempuan termasuk akak. Petua nak buat workout ni, kena tebalkan muka supaya tak rasa segan dengan orang2 lelaki yang ada kat situ. Actually they all tak pandang pun apa yang orang perempuan buat sebab masing2 tengah fokus dengan workout. Lagipun sapa pulak yang nak pandang perempuan macam makcik ni =)

Started with heavy cyling for 15 minutes. Memang heavy sebab kayuhannya berbeza dengan bicycle yang ada kat gym ofic. Then continue dengan threa…

skin care lotion

Image
Nak share sikit pasal kebaikan aloe vera. Kot akak dah share, yang ni kira repeat la ye :)

Tapi ni pasal skin care lotion. Akak memang dah terbiasa guna lotion setiap kali lepas mandi, rasa best gitu sebab efek kat kulit memang owesome. Anak2 akak pun dibiasakan macam tu tapi parent (especially moms) kena sacrifice duit la sikit untuk beli lotion. Walaupun kena sacrifice tapi berbaloi sebab kita bukan beli lotion tiap2 minggu, sebotol boleh guna sampai berminggu2 atau berbulan. So tak rugi nak beli.

Dulu ada share pasal efek aloe vera kepada kulit yang sunburn. Memang berkesan untuk sunburn, kalau tak nak sapu aloe vera je, boleh campur dengan yogurt dan pati timun. Boleh bantu kurangkan kesan sunburn. Even akak pun suka beli masker aloe vera dan pakai waktu perlu.

Yang ni lotion aloe vera untuk kulit yang kering. Aloe vera ni memang bagus sebab ia bahan natural. Kalau kecik2 dulu memang selalu "curi" daun aloe vera kat halaman rumah mak tu dan gonyoh kat muka. Konon2 nak l…

happy new year & menu diet atkin

Image
Alhamdullillah kita dah masuk ke tahun baharu, 2017. Actually tak ada apa yang berubah pun, still ada kehidupan yang sama. Cuma kena ada usaha untuk terus berubah ke arah kebaikan. Tak ada orang yang nak berubah ke arah keburukan kan. 1st day school, diam tak diam my 1st daughter dah masuk U dan adiknya dah melangkah jadi calon PT3 tahun ni. Fuh...walaupun akak cuma ada dua anak tapi cabaran tetap ada. Moga segalanya berjalan dengan baik.
Apa azam uolls awal2 tahun ni? Akak nak jaga tahap kesihatan elok2, jaga pemakanan dan tingkatkan ilmu kerohanian, In Shaa Allah. Kena buat post mortem sikit sebab apa guna kita berdoa untuk panjangkan umur kita tapi kita cuma bazirkan masa dengan umur yang dipanjangkan. Terkesan jugek ayat ni pada akak.
Okay, buat yang terbaik ye!
Meanwhile, sesiapa yang nak try diet Atkin, boleh follow menu kat atas tu untuk tempoh 7 hari dan repeat. Tak semua orang mampu dan sanggup nak buat diet Atkin ni, even akak sendiri. So, akak tak bercadang nak buat diet A…