Monday, September 26, 2016

kayak @ anugerah tokoh kokurikulum



Salam semua, jumpa lagi di alam maya.

Good news, my little anak dara tercalon untuk anugerah tokoh kokurikulum bagi tahun 2016 ni, peringkat sekolah dia. Tercalon tu sebab dia aktif berkayak la. So, few days ago, gigih anak dara ni siapkan folio untuk diserahkan kepada cikgu. Dah macam budak universiti kan, kena buat folio. Actually yang gigihnya, ummi =)

Throw back aktiviti-aktiviti kayak dia setakat ni...just for sharing and inspiring anak2 yang berminat dengan sukan kayak dan polo air ni...no worries kalau tak reti swimming, semua tu akan diajar satu persatu. Just give the supports.



Bila dah terer berkayak, feeling bagus dan feeling proud,
walaupun berkali-kali kayak terbalik dalam tasik. That's normal.


Bila dah ramai2 macam ni, kena pandai nak kontrol kayak. Kalau tak, ada yang "accident"
dan terlingkup dalam air. Safety jacket sangat penting dalam sukan kayak.


Apa yang penting? Of coz la teamwork. Wonderpet!!


One of the photos yang akak paling suka tengok.
Program ni mendapat liputan media massa. Proud of my girl.



Pengalaman main polo air, skill memang kena ada. Macamana nak asah skill?
Of coz la dengan menghadiri banyak latihan. Lama2 pandai la.








Just sharing medal2 yang pernah diterima oleh anak dara, dah banyak koleksi nampaknya. Ni yang bagi semangat lagi pada dia. Lately, tengah "in" dengan branded sports wear. Ummi topup sikit je, yang lain tu semua guna duit hasil menang main kayak. Alhamdullillah.
















Wednesday, September 7, 2016

dinner @ thai food








Baru2 ni tetiba SRK ajak dinner dengan kawan2 dia. Pucuk di cita, ulam mendatang kan. Rezeki jangan ditolak macam tu jek. Akak setuju tanpa prejudis...hehe. Tapi tempat nak makannya berdekatan water front Ampang nun. Nak pergi pulak time orang tengah balik dari tempat kerja, sahih memang sesak la. Benci betul nak hadap jem. Apapun gerak jugek slow2. Akak jadi tabah sebab SRK yang drive! =)

Tak ingat la nama tempat makan ni tapi ada satu kawasan tempat makan, depan tu macam ada rumah2 teres. Banyak kedai2 makan kat situ. Ada sorang kawan SRK ni dah falling in love dengan sambal petai + udang yang ada kat situ. Alahai.







Kat meja kami jek ada bunga dalam kole tu tau. Sebab akak tengok kat meja lain tak ada pun kole berbunga tu. Kira special la kononnya tapi at last terpaksa alihkan kole bunga tu sebab tak muat nak letak lauk-pauk dah.

Sori, teh ais dia tak berapa kaw sebab agak cair. 






Niat semua nak makan nasi tapi ada pulak yang nafsu makan terlebih sudah, order jugek satay. Ni bukan makan dah namanya tapi melantak. Ada tomyam merah, sup daging, kerabu sotong, telur dadar. Ikan siakap masam manis, sambal petai dan kailan ikan masin tak sampai lagi time ni. Bila ikan siakap sampai jek, tak sempat nak snap gambo, kejap jek dah tinggal separuh.

Makan lauk banyak macam ni, kenyang sampai ke pagi! Alhamdullillah.



Tuesday, September 6, 2016

ulam daun selom







Lately anak2 memang kuat makan, budak2 tengah membesar kan. Kejap2 nak makan, kejap2 masuk dapur cari food. Kejap2 buka peti ais cari food. Pendek kata sekarang ni kerja budak2 ni...makan tidur makan tidur jek. Tapi akak dan SRK suka tengok anak2 kuat makan. Seronok!

Satu perangai anak2 ni, kalau masing2 dah lapar...laju jek derang tolong ummi memasak kat dapur. Kalau tak lapar, derang buat dek jek.

Sesekali ajak SRK pergi pasar sebab nak cari ulam-ulaman. Memang banyak ulam, pilih jek yang mana suka makan. This time terasa nak makan ulam daun selom. Sesetengah orang panggil "daun ceylon"..hehe. Makan ulam ni cicah dengan sambal tempoyak. Terangkat uolls.

Memenuhi permintaan anak2 dara, masak la sambal sotong. Harga sotong sekarang ni rasanya dah turun sikit (kot?). Sambal sotong ni favourite semua orang kat rumah. SRK pun suka. Satu lagi masak gulai ayam masak lemak cili padi. Bubuh cili padi 4-5 biji dah bersiul anak2 makan..hehe. Tak pedas tak kick. Gulai ni pun semua orang suka, masing2 bertambah nasi.

Syok jugek sesekali makan food yang pedas2.





Monday, September 5, 2016

throwback @ merdeka day



Lama akak tak update blog akak ni, mood busy + vitamin M melanda secara tiba2. Banyak jugek cerita nak tulis tapi tak tertulis2, berlalu bagai angin lalu =).

Tapi nak throwback sikit pasal hari kemerdekaan yang lepas. Once in a life time, bawak anak2 pergi Dataran Merdeka untuk tengok sendiri macamana perarakan merdeka dibuat. Selama ni anak2 tengok kat tv jek, tu pun tengok separuh sebab lambat bangun tidur..





Pukul 6 dah kejutkan anak2, lepas solat subuh dah kena gerak ke stesen LRT, tu pun dah kira lambat kan. Orang lain solat subuh kat masjid jamek kot. Nasib baik tak liat nak bangun sebab masing2 tidur lewat. Pukul 6.40am baru naik tren, orang dah ramai kat stesen tren. Semangat memasing. Seronok tengok. Sampai kat masjid jamek, boleh katakan cuaca gelap lagi. Tambah pulak baru lepas hujan. Tapi seat dah penuh.






Tengok la penuh ke tak seat tu, masing2 datang awal sebab nak kan tempat duduk, kalau tidak jenuh la berdiri 2-3 jam. Ada yang bawak anak2 kecik lagi. Paling tak tahan tengok orang bawak baby. Kalau akak, tak sanggup nak bawak baby. Bukan sebab apa, satunya sebab environment sesak macam tu tak sesuai untuk baby. Keduanya, kesian kat baby sebab kat situ bila dah terlalu ramai manusia, oksigen pun macam 50-50. Belum campur dengan hujan renyai2 yang turun kejap2 pagi tu. So, tak sesuai la bawak baby.






Bila dah cerah sikit, makin ramai manusia. Segala jenis manusia ada, tahan atau tak tahan jek duduk kat situ tapi sebab nak tengok live perarakan merdeka tu, anak2 akak sanggup redah lautan manusia. Nasib baik ada SRK jadi bodyguard kami. SRK redah, kami ikut belakang :)

Redah punya redah dah sampai dekat2 dengan seat VIP dah. Sempat la tertengok our PM lalu naik kereta, bukak cermin tingkap dan lambai2 kat orang ramai (as usual).






Budak2 excited tengok benda2 ni kan, termasuk la anak2 akak. Walaupun anak2 dah besar tapi tetap terkesan dengan watak2 ni. Semua bersorak!







Well, malam sebelumnya, anak dara akak ambik bahagian untuk turut sama mendengar amanat YAB PM kita kat PWTC. Budak2 ni pergi atas tiket group pengakap laut sekolah derang. Semua excited nak pergi PWTC...ye la...nak attend majlis besar dengan PM. Lagi excited bila reporters buat interview.








At the same time, bukan hanya masuk dalam tweeter Bernama tapi muka derang masuk jugek dalam paper Harian Metro. Tambah excited lagi budak2 ni, happy tak terkata. Berbaloi la pergi dengar amanat.

:)