Thursday, July 28, 2016

mini gathering @ KUEH, shah alam







Sabtu lepas, akak join mini gathering dengan kawan2 lama...kawan2 masa kat kampus ceruk tu..dulu. Semua dah over 40....oppsss...tapi perangai masing2 still maintain tak hengat. Padahal anak2 ada yang dah masuk universiti tapi ada lagi yang beranak kecik. Woha! 

Plan nak jumpa pun dah last minute. so hentam jek la pilih lokasi. At last, plan jumpa kat Restoran Kueh kat Seksyen 13, Shah Alam. Oleh kerana akak ni "expert" sangat dengan jalan2 kat Shah Alam tu, makanya akak tumpang kawan jek la...hehe. Kalau pergi sendiri, bimbang sampai malam tak jumpa2 restoran ni...huhu. Rupanya tak la susah sangat nak cari kalau ikut highway NKVE.






Okay...yang ni akak suka. Owner restoran siap gantung benda ni, nak maklum kat pelanggan yang restoran ni tak ada wifi. Good. At least tak ada la sapa2 yang nak guna wifi...then duk hadap handset jek walaupun kawan2 ada kat depan mata. Kalau bawak anak2 kat situ, forsure derang tak suka..hehe.







Okay...ni menu minuman derang, not bad. Kalau tak silap, restoran ni dah masuk JJCM TV3 kan. Kalau sapa2 yang "hantu nasi", ni memang bukan lokasi pilihan la. Boleh makan nasi lemak kat restoran sebelah. Cuma kalau minat minum coffee, In Shaa Allah ada pilihan.







Jom tengok interior design dia. Akak memang minat betul kalau restoran guna meja dan bangku kayu gitu. Menarik sangat, nampak rugged. Kaunter order dan bayaran pun unik.







Ada mural tulisan KUEH kat dinding tu, sekali pandang macam tulisan tamil. Dua kali pandang, memang tulisan tamil pun =). Ada kelainan. Ada bunga kat atas meja...simple tapi cantik dan santai.







Kalau dah nama Restoran Kueh kan, mesti la banyak kuih. Sederet tu semua kuih2, korang pilih jek mana yang berkenan. Ada kuih moden dan tradisional. Seronok tengok kuih banyak2 gitu...rambang mata akak!








Okay...oleh kerana akak dah lama tak makan kuih tepung gomak, maka akak pun layan la tepung gomak. Sedap rasanya, macam tepung gomak yang akak selalu beli kalau balik kampung. Original lagi rasanya. Boleh bagi 4 bintang. Kuih2 lain tu ambik juga sebijik2, nak feel rasa camna. Kalau okay, boleh rekomen kat member2.







Owh...pavlova pun ada, so peminat pavlova jangan lepas peluang. Tapi akak tak makan sebab bila jamah sikit, rasa manis sangat. Akak out la kalau manis2 sangat ni, takutttt.... :)

Cantik kan pavlova dia, menarik dan tertarik gitu. Strawberry tu kena fresh.







Belek punya belek menu dia, akak pilih makan soto sebab macam best jek. Memang best pun, makan separuh dah kenyang, tak larat nak habiskan nasi impit tu. 







Anyway, kepada yang memang minat makan nasi, ada tiga jenis nasi dalam menu. Pic atas tu set nasi hujan panas. Kalau tak silap, cuma RM12 gitu. Ada ayam masak merah, papadom, kuah kari dan acar comel. Tak larat akak nak makan nasi hujan panas ni, sebab sebelum tu dah breakfast nasi lemak.








Untuk peminat2 coffee, memang ada pelbagai jenis coffee. Yang ni we all order for the second round, lepas siap makan soto, nasi dan kuih bagai tu. Order coffee pulak sebab tak habis2 lagi menyembang, banyak sangat benda nak share, nak tanya, nak bincang. Maklum la backgorund kerja masing2 berbeza-beza....macam2 nak share.

Well done mini gathering untuk wakil daripada TM, remisier, IT expert, cikgu, Alam Flora, PLUS and few private companies. Owh...just realized yang kawan2 ramai kerja dengan private company. Income lagi berbaloi...kot.. 
















Wednesday, July 27, 2016

jamuan raya @ ofic









Okay, nak update majlis jamuan raya ofic, semalam. Firstly, my personal opinion, majlis ni sepatutnya bermula pada jam 11.00 am, so that lepas ucapan big bos..etc, sedang elok perut lapar dan boleh terus makan. Baru feel. Tapi I dont know macamana boleh decided buat pukul 2.00pm..dimana time tu actually orang dah lunch. By the way, it was okay tapi macam kurang sesuai.

Pic atas tu, department kitaorang punya stall. We all served cendol, abc, rojak buah dan char kuew teaw. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar, even we all sediakan mesin ice crusher untuk staff buat abc derang sendiri. DIY la kiranya. Ada yang macam seronok guna mesin tu...kikiki.






Bila perut dah lama kosong, mula la tekak rasa lain macam. Tak tau nak makan apa + malas nak meronda cari makan. So, makan rojak buah dulu. Sedap kuah rojak brand Mak Bee ni, rasa nak tambah lagi dan lagi! TQ frens yang sediakan rojak buah ni. Uolls memang awesome.







Then, tumpang member makan satay dua cucuk je. Satay ok tapi rasanya dalam dua minggu ni banyak sangat dah makan satay. Rasa macam heavy pulak.

So, makan rojak lagi. Kali ni rojak campur pulak...pun sedap! Perut lapar kot, itu sebab semuanya rasa sedap =)

Ambik aiskrim karamel + strawberry untuk melengkapkan rasa. Cewah. Kuih-muih raya tu, ambik sikit2 untuk rasa, colourful gitu.







Then ada lucky draw. Hadiah lucky draw ni sumbangan daripada big2 bosses dan each department. TQ sangat cadangan akak masa meeting hari tu, untuk adakan lucky draw ni...diterima oleh committee. Akak cadangkan buat lucky draw ni untuk eratkan silatulrahim, untuk have fun together, untuk buatkan staff2 stay sampai abih majlis... =)

Cuma, kalau bagi hadiah tu, biar la ikhlas sikit kan. Jangan la ambik barang hiasan mana2 then bagi kat orang. Itu namanya jangan kan tidak, asalkan bagi. Why not kita collect sikit sorang dan beli hadiah yang baharu...sure orang yang terima hadiah tu menghargainya walaupun tak mahal.

Peace :)














Tuesday, July 19, 2016

mural @ muar bandar maharani







Muar: Lukisan mural di bangunan empat tingkat di Jalan Bulatan Bakri di sini, diiktiraf sebagai lukisan mural terbesar oleh Malaysia Book of Record, hari ini.
Lukisan bertema kasih sayang antara dua beradik itu dilukis pelukis Russia, Julia Volchkova di dinding setinggi 11.8 meter dan selebar 9.45 meter.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siow Kiong berkata, kejayaan itu hasil kerjasama komuniti setempat yang membawa enam artis ke daerah ini.
Menurutnya, ia membuktikan pemuafakatan antara rakyat dan kerajaan negeri bagi membangunkan daerah ini.
"Muar yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai produk bersejarah dan makanan enak, kini mempunyai produk baru dari segi kreatif dan inovatif," katanya.



Terbaca cerita pasal mural yang diiktiraf sebagai mural terbesar kat negara kita ni. Mural ni boleh dilihat di Muar, Johor. Cantik lukisan mural ni, boleh menggambarkan keakraban adik-beradik dan boleh jugek dilihat dari aspek kasih-sayang dan keikhlasan hidup. Teringin gak nak pergi tengok.

Teringat pulak mural yang dilukis oleh pelukis hebat, kat sekolah anak akak. Cantik lukisan2nya dan antaranya ada lukisan mural pemain gendang. Tetiba anak akak cakap sejak ada mural ni, keadaan kat sekolah pada waktu malam dah jadi lain. Kadang2 ada orang ternampak watak2 dalam mural ni bergerak, terutamanya watak yang bermain gendang tu. Watak bermain gendang betul2!

Maka ada la beberapa student yang cuba nak skodeng mural ni pada waktu malam, nak sahihkan cakap2 orang tapi belum ada yang berani. Akak pun rasa nak skodeng jugek, nak tau betul ke atau auta orang jek.

Jom kita skodeng kat Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul.





popia goreng : back to school







Alhamdullillah, Allah SWT izinkan akak berpuasa bersempena bulan Syawal ni, bersempena jugek Hari Putih iaitu 13, 14 dan 15 Syawal. 

Semalam memang tak sempat nak memasak sedap2 dan banyak2 sebab anak dara kecik dah pun kembali berlatih main kayak. By 7.00pm dah kena keluar ambik dia kat tasik dan of course seperti yang dijangka, akak berbuka kat dalam kereta jek. Balik kerja sempat siapkan bahan2 untuk masak yee mee sup dan popia goreng. Nak buat benda2 tu saja, dah dekat pukul 7.00pm.

So, letak serunding atas roti dan bawak bekal dalam kereta. Confirm kena berbuka dalam kereta. Memang betul sangat, sampai kat tasik dah dekat maghrib.

Meanwhile minta tolong anak dara sorang lagi siapkan popia. Budak yang sorang ni, dah lepas sekolah baru la rajin nak berjinak dengan dapur. Sebelum ni memang payah sikit. Makan tidur jek kerjanya. Lega bila sampai rumah, tengok2 popia semua dah siap.

Nak share inti popia yang akak buat semalam, ni versi ikut suka hati akak =).

Tumis bawang besar, bawang putih, telur dadar dan sosej, dengan planta / margerin. Then bubuh black pepper powder dan garam. Tumis la sampai masak. Done.

Why popia back to school? Sebab pic ni anak2 yang snap kat atas meja belajar derang masa kecik. Boleh simpan lagi meja ni. Woha!

:)

Monday, July 18, 2016

mee goreng sedap @ peria katak







Kelmarin keluar dating dengan kawan sekolah rendah, lama tak jumpa dia padahal kampung dekat2 jek. Bila dah umur macam ni, terbatas sikit la kita nak dating2. Tapi kelmarin macam tergerak hati dan terfree pulak nak jumpa. Jumpa kat domino's wangsa maju. Sama2 dekat nak terjah.

Omputeh sangat, lunch pizza jek uolls. Tapi abis dua set pizza dan tapaw bawak balik lasagna. Akak sebenarnya jarang makan kat domino's ni, lawak pulak bila tunggu turn macam kat klinik. Panggil nama bagai =).






Ni lasagna yang akak tapaw, kawan yang belanja. Rezeki anak2. Dalam gambar macam besar jek saiznya tapi sebenarnya kecik jek lasagna ni, kena catu nak makan...baru semua merasa.

Okay, malam tadi feeling nak makan mee goreng sedap. Nak makan ala2 hispter gitu, akak goreng peria katak dengan cili hijau dan bawang merah. Goreng garing sikit, then tabur atas mee goreng sedap tu. Done. Buat air horlick segelas.

Peria katak banyak khasiatnya kan, antaranya ubat cegah kencing manis. 

Anak2 pulak...biar derang makan nasi.


Thursday, July 14, 2016

lunch @ andalus







I am back! Lama cuti raya, sekali sekala jek. Itu pun follow tempoh cuti bos :).

Biasa la kalau lepas cuti raya, sure cafe ofis ni tutup. Derang pun nak rehat dan nak bersantai-santai dengan famili kan. So, we all terpaksa cari makan kat luar. Pada yang rajin, boleh la masak2 sebelum pergi kerja dan bawak bekal. Pada yang terlebih rajin macam akak ni, boleh la cari makan kat luar jek..hehe.

Well, semalam dah terjah makan nasi arab dengan pak arab kawan. Tak plan pun, tiba2 jek lunch kat luar. Rezeki kan. Kalau tak keluar makan dengan kawan, mungkin akak belasah makan maggi jek.

Okay...hari ni pun nampaknya rezeki makan nasi arab jugek. Entah sejak bila akak semakin kerap makan nasi arab ni...sebab ni bukan favourite akak. Akak prefer makan mee. Kalau ada noodle station, memang kena la dengan selera akak.






Tu dia, akak makan fish beriyani. Dah muak nak makan ayam dan semalam pulak dah makan lamb. Takkan hari2 nak makan lamb...kot. Mau double lemak perut ni. Makan fish actually lagi feel sebab akak memang suka makan fish. 

Luckily, harga set makan kat Andalus ni macam tak berubah daripada dulu, still RM13.80/set. Boleh pilih air sprite atau coke atau boleh request arabic tea. Ikut suka korang nak minum apa. Boleh makan aiskrim untuk cuci mulut tapi bayar la extra...kan.

Quite okay la kalau terasa nak makan nasi arab tu. Portion nasi pun banyak...tak abis pun nak makan.

Rezeki lepas raya =)