Friday, January 29, 2016

hidangan simple (2)






Tengah sibuk pindah rumah, lagi. Lima tahun duduk kat KL ni, dah tiga kali pindah. Kalau ikutkan memang rugi dari sesetengah aspek tapi keadaan tak menyebelahi kami. Lepas ni kena usaha beli rumah sebijik kat KL ni, susah jugek duduk kat rumah orang, macam2 hal. Nasib kita la kalau dapat owner yang baik dan boleh bertimbang-rasa. So far, tiga rumah, sorang owner cina, sorang india dan sorang melayu.

Paling okay takat ni, owner cina tu. Rumah baru dengan harga yang berpatutan, ada garaj kereta lagi. Rumah agak besar dan selesa dan privasi gitu. Yang rumah owner india tu, jap2 owner nak check rumah. Rumah apartmen biasa jek, ground floor. Komuniti campur termasuk foreigners. Jap2 owner call, nak remind bayar sewa. Rimas jugek.

Yang owner melayu ni pulak ada perangai lain. Rumah tak proper tapi tak bagi tenant repair, bimbang tenant main harga agaknya tapi owner tak repair2 jugek. Kadang2 owner wasap cakap we all bayar sewa tak cukup. Bila dah send slip bank, baru la minta maaf. Sesekali tu tak pe la, tapi kalau dah banyak kali, faktor umo kot. Umo 30an memang tempoh mencabar. Woha!

*******

Well, bila nak pindah rumah, kena la cuba untuk abihkan stok lauk dalam ice box. Masak hingga stok abih, tak kira la masak apa. Janji SRK dan anak2 boleh makan. Tapi dah banyak hari dapur tak berasap, pinggan mangkuk dan kuali duk dalam kotak lagi. Mana nak cari senduk dan sudu. 

=) peace.

Wednesday, January 20, 2016

hidangan simple








Lama tak belanja pic masak2 kat rumah kan. Sebabnya lately ni banyak masak main2 jek, tak sampai hati nak share :)

Setiap kali balik kampung, forsure tak lupa bawa balik bekal ikan patin fresh. Kalau beli kat KL ni, ikan macam tak fresh, tak tau import dari kawasan mana.  Kali ni share masak2 yang main2 jugek, tak macam chef2 lain yang masak special gitu. Ni untuk makan anak-beranak jek, masak apa yang SRK dan anak2 suka makan.

Ada udang sikit, goreng dengan bunga kobis, my favourite ni. Ikan patin tu akak goreng jek sebab tak sempat nak beli bunga kantan lagi nak buat gulai. Akak selalu compare harga bunga kantan ni, mahal uolls. Kalau uolls ada laman kecik2 depan rumah tu, tanam la bunga kantan. Berbaloi daripada beli kat kedai. Masak daging sikit untuk anak2 dan kari ayam untuk my lovely SRK.

Done!

Tuesday, January 19, 2016

the zone, jalan ampang



Masih akak ingat lagi berkampung kat The Zone, Jalan Ampang pada bulan November tahun lepas. Last 2 weeks sekali lagi berkampung kat situ. Macam tak ada tempat lain kan :)

One thing yang akak noticed, menu kat situ macam sama dengan few months ago. I thot setiap hotel perlu ada perubahan dalam hidangan so that pelanggan tak jemu. Perabot pun paling tidak setahun sekali kena tukar..kan.




Kuih-muih ni macam sama je dengan dulu2, maybe kena pelbagaikan jenis kuih supaya orang tak bosan dengan hidangan kuih yang sama. Tapi akak ngapppp sampai abih jugek :)






Muffin dia cantik tapi sandwichnya sama jugek dengan zaman dulu2. Tak dinafikan chef2 kat situ terer masak roti dan muffin. Ni hidangan during our tea-break.





Okay, yang ini macam lain sikit. Nak kata tomyam, bukan. Nak kata sup pun bukan. Entah apa ke namanya, makan cicah dengan roti bun. Quite okay tapi not my taste.

Apa pun, yang penting dapat makan free tapi bila dah free tu, ingat2 la nak makan. Jangan makan ikut nafsu kan.




Friday, January 15, 2016

classic hotel by agoda



Akak memang suka tempah hotel guna service agoda. So far tak ada masalah lagi, malah memang memudahkan kerja akak. Kalau tak silap, family trip pergi Langkawi dulu, akak tempah hotel guna agoda jek. Lepas tu bawa anak2 jenjalan ke Legoland, tempah hotel kat JB pun guna agoda. Ada sekali tu bawa anak2 pergi Melaka, pun tempah hotel guna agoda.

Apa yang akak dapat kalau guna agoda ni? Satunya, tak payah nak pikir banyak nak cari hotel bila dah sampai kat destinasi. Keduanya, tak payah sibuk2 nak call hotel sana sini, just untuk cari hotel yang sesuai dengan kehendak kita. Ketiganya, kita boleh pilih kategori hotel yang kita suka.

Biasanya akak cari hotel yang ada katil muat untuk 4 beranak. Kalau kita tempah macam biasa, bilik yang macam ni maybe agak  mahal. Tapi guna agoda, memang dapat best price. Tak payah nak tido berhimpit-himpit anak-beranak.



sumber : mr.google


Ni bukan hotel 5 stars tapi hotel ni memang bersih dan sesuai untuk bawa family. Lokasinya berdepan dengan Jalan Besar, Kuantan. Wifi ada 24 hours, sesuai la kan untuk anak2 yang suka melepak kat alam maya. Good for me also sebab senang nak search apa2 kat internet.





Restoran kat hotel ni memang comel tapi akak boleh bagi bintang2 dari aspek kebersihan. Menu not bad. Since we all dapat bilik yang included breakfast, so bersarapan la pagi tu dengan pulut kuning + sambal tumis bilis dan rendang ayam. Ada mee goreng, ada roti canai dan kuih-muih. Ada jugek nasi dagang. Ok kan...lebih kurang Hotel Seri Malaysia jugek kan :)



sumber : mr.google


Ini bilik twin single, yang akak booked ialah bilik family dengan dua double bed. So muat la 4 beranak kan. Bilik yang luas, standard ada almari baju dan fridge kecik. Lain sikit paten cadarnya tapi bilik memang selesa, selesa untuk bersolat.



sumber : mr.google


Bilik air memang luas, lebih daripada selesa dah. Memang berbaloi bayar RM160.00 untuk satu family. Biasanya agoda guna credit card untuk payment tapi sekarang dah boleh guna cash, bayar terus kat hotel semasa kita check-in. Cuma, jangan lupa bawa baucer tempahan yang dihantar oleh agoda ke inbox kita.










Thursday, January 14, 2016

muzium Pekan




Lama tak bersiaran, sebab sibuk settlekan hal-hal duniawi. :(

Dah 3 minggu berturut-turut berulang-alik ke bandar bauksit, untuk settlekan hal rumah kami yang dah dirosakkan oleh penyewa dulu. Kali ketiga pergi sana, anak2 dah malas nak "masuk campur", nak buat hal sendiri.

Dalam banyak2 tempat, Muzium Pekan jadi sasaran budak2 ni. Entah sapa punya idea la tapi nampak interesting.





Bersiar-siar dengan ditemani 2 orang mak sedara derang, syok jugak kot visit Muzium Pekan ni. Untuk makluman pada yang tak tau, Pekan adalah Bandar DiRaja Pahang, okay. 

Akak pun tak pernah menerjah ke situ :)





Ini replika syiling lama, katanya. Syiling tahun berapa pun akak tak pasti sebab yang cerita pasal syiling ni, anak dara yang pakai tudung merah tu.





Ini la rupa kereta bomba lama, kot?

Kakaknya malu2 nak posing atas kereta ni, so adik je yang selamba. Budak ni memang jenis selamba sikit. 





Muzium Pekan atau Muzium Sultan Abu Bakar ni katanya dalam sejarah, antara bangunan lama yang ada sejarahnya tersendiri. Bangunan asalnya ialah bangunan kayu 2 tingkat yang dibina oleh orang Inggeris pada tahun 1888. 





Pada tahun 1970 (akak belum lahir lagi...), PM pada ketika itu yang merupakan ayah kepada PM sekarang, telah membuat perjumpaan dengan penduduk dan mengusulkan supaya diwujudkan muzium untuk pameran sejarah negeri Pahang. Pembukaan rasmi muzium adalah pada Oktober 1976. 






Budak2 ni kalau suruh berposing, makan pun tak hengat kan. Tapi suruh pergi buat audition photo shoot, tak nak pulak. Mana tau kan sesuai jadi model iklan tudung ke....iklan ubat gigi ke... :)





Ada mitos mengatakan, muzium ni berhantu tapi tak ada fakta sahih. Cuma kalau cakap pasal hantu kat rumah rehat Pekan tu, akak ada la pengalaman. Bercakap dengan fakta, rumah rehat tu memang ada penghuni lain. Allahualam.





Ada satu rumah lama Pahang yang dipamerkan kat muzium ni, dibawa khas dari kampung akak. Tak pasti masih wujud atau tidak tapi memang rumah ori, tak diubah apa2 pun.





Sekali-sekala menerjah ke tempat bersejarah macam ni, okay jugek untuk anak2. Sekurang2nya boleh proud dengan negeri sendiri, kan.