Friday, December 30, 2016

bakar 100 kalori sehari


Salam Jumaat yang penuh barokah. Pagi ni agak busy dengan urusan persekolahan anak dara yang diam2 dah pun masuk form 3. Next year kena reduce sikit aktiviti kayak dia tu since bulan Mei dah ada evaluation for PT3. Akak yang nervous bila anak2 ada big exam macam ni. Normal la kan as a mom :)

Petang semalam sempat buat light workout (15 minutes cycling & 10 minutes jogging). Akak prefer cycling dulu sebelum jogging sebab badan rasa lebih ringan untuk berlari. But it's ok, depends on you. Depends on keselesaan uolls kalau nak exercise. Yang penting, jangan paksa diri untuk buat sesuatu exercise yang tak mampu. Contoh exercise yang tak mampu is plank. Normally orang buat plank selama 30 saat tapi kemampuan akak cuma 15 - 20 saat jek. It's ok.

Hari ni akak nak share beberapa kaedah macamana kita nak bakar 100 kalori sehari. Info ni pun akak dapat daripada coach Khalid kat IG. Beliau banyak share pasal pemakanan yang sihat dan exercise yang elok untuk kita. Cara mudah untuk bakar 100 kalori sehari ialah....


Berjalan pantas selama 15 minit
Lompat bintang selama 5 minit
Senamrobik selama 15 minit
Naik tangga selama 10 minit
Sapu sampah selama 25 minit
Basuh kereta selama 20 minit






Berjalan pantas atau fast walking ni memang paling mudah nak buat kan. Kalau datang ofic tu, just letak kereta jauh sikit daripada ofic, then boleh jalan pantas ke ofic. Ataupun during lunch hour ke, pada yang suka pergi window shopping macam akak, boleh buat fast walking during window shopping. Rasanya lebih 15 minit kita berjalan kan. Sambil2 tu boleh escape guna lif atau esculator sebaliknya guna tangga untuk naik ke tingkat atas. Believe me, exercise naik tangga ni memang menjadi untuk kesihatan kita.

Refer to foto kat atas tu, banyak benefits daripada aktiviti fast walking ni. Antaranya ialah mengurangkan osteporosis (sakit sendi tulang), menguatkan kaki dan mengurangkan risiko glaucoma (rabun mata).






Sapa2 yang suka melompat tu, boleh buat lompat bintang atau jumping jacks. Lunch hour boleh buat tapi becareful of your movements. Cari ruang yang sesuai dan selesa ye unless uolls memang surirumah, so tak ada problem nak buat. Anytime.

To tell you, buat jumping jacks ni agak meletihkan (bagi akak) sebab daripada duduk nak melompat. Kalau time muda2 dulu, okay la jugek kan nak melompat even boleh masuk olahraga lagi tapi bila umur dah masuk level midi ni, quite tough untuk buat berulang kali. So slow and steady.





Senamrobik atau aerobics ni memang favourite akak all the time sebab memang enjoy and have fun bila buat exercise ni. Tiada paksaan tapi tengok la apa benefit dia. Buang rasa malu dan buang jauh2 rasa nak kontrol cun tu. Bila ada rasa nak kontrol cun, tu maknanya you are not ready to do exercises. Mungkin saja suka2 atau matlamat belum clear :)

Set your mind dulu, untuk apa nak buat exercise atau workout ni. Then, put down your handphone during exercises, baru boleh focus.

Thank you to my instructor yang tak jemu2 guide akak untuk terus buat workout.




Wednesday, December 28, 2016

Rock Cafe







Ada satu kedai makan yang baru buka, dekat jek dengan rumah akak. Tapi kedai ni combine dengan Burgerbyte, maybe tauke yang sama tapi nak cuba market yang berbeza. Dah dua kali akak singgah makan kat situ, not bad presentationnya tapi banyak kepada western food.  Interior design nya agak menarik sebab dia cuba tampilkan tema rock dan klasik.

Rock sebab owner dah pilih nama kedai as "rock cafe". Forsure la owner minat rock kan dan nak menarik rockers datang ke situ. So ada la sikit2 decoration yang nak menunjukkan rock. Then, I think owner suka collect barang2 lama seperti TV lama yang "gemuk2" tu, dia susun banyak2 kat dalam kedai as props. Quite different la dengan konsep lain.






Food yang anak dara akak teringin sangat nak try is Megi Baldi. Why namanya macam tu? Sebab rupa2nya dia hidang megi ni dalam baldi comel tu. Menarik tapi disebabkan baldi tu agak tinggi, macam susah sikit nak ambik kuah megi. Anyway, rasa megi baldi ni okay. Sedap la kiranya, banyak sayur (that's why memenuhi citarasa akak). Makan dengan cili potong + kicap. In Shaa Allah boleh habiskan satu baldi ni =)

Sapa2 nak terjah ke kedai ni, nak rasa camna food dan service derang, boleh la cari Burgerbyte Dato Senu, Sentul. Dua2 kedai ni duk dalam building yang sama. Tak susah pun nak cari, tepi jalan.



Friday, December 16, 2016

fitcamp titiwangsa



Akak memang tergolong dalam kategori yang aktif berFB. Anak2 akak cakap FB ni untuk orang2 yang berumur jek, budak2, remaja dan belia 20an lebih suka guna Instagram dan WeChat untuk berkomunikasi dengan kawan2 dan masyarakat. Amboiii...cakap tak hengat! =)

Bila boring takde kerja, akak layan la FB kejap2. Nak jenguk FB lama2 pun bosan..kan kecuali kita buat bisnes, harus la jenguk FB all the time. Eh..akak pun ada IG tapi followers tak sampai 300 orang...kikikiki. Baru2 ni buka FB, ternampak satu promo tentang fitcamp. Ni macam offer untuk sapa2 yang nak buat workout or exercise waktu malam, kat tasik titiwangsa. Yang jadi interested sebab exercise tu start lepas Isyak, dalam sejam gitu jek. Tempat exercise pulak, tak jauh mana dari rumah...so interested to join.

Isi borang online dan lepas submit borang tu, ada la somebody @ coach yang akan call / whatsapp kita. Coach buat interview sikit samada kita serius nak join atau tak. Dan apa matlamat kita nak join. Eh..of course la matlamat akak join ialah untuk sihat dan fit. Kalau boleh kurangkan berat badan, tu bonus...






Jangan marahhh...90% peserta yang join adalah kaum perempuan, ok sebab perempuan ni senang nak gemuk (kot?)..sebab jarang dapat exercise. Am I right, readers? Sapa2 boleh join tapi mesti umur lebih 18 tahun, kalau budak2 tu, macam tak serius pulak kan. Makcik yang umur 50 ke atas pun ada. Cuma kalau nak bawak anak2, boleh jek as long budak2 kecik ni tak ganggu orang nak buat exercise.

Budak2 kolej memang ramai, orang kerja pun ramai. Yang obesiti, yang sedang2, yang tak gemuk...semua ada la. Pakaian should be sports wear la kan tapi akak tengok ada jugek yang pakai palazo. Huh.

Follow jek coach buat workout semampu yang boleh. Kalau tak mampu, jangan buat.






Kalau rasa datang nak exercise tapi malu nak buat itu...malu nak buat ini, baik jangan datang sebab nanti matlamat tak tercapai. Lagi satu, kalau datang exercise pakai baju macam nak pergi tengok wayang...dengan sandalnya bagai, fikir sendiri la tujuan kita sebenarnya ye. Sebabnya coaches memang muda2 remaja, walaupun ada juga coach yang dah 30an..40an dan 50an.

All the coaches ni actually pernah jadi obes tapi sekarang dengan jadual makan dan menu yang sihat / betul, derang berjaya jadi slim dan fit. Tak percaya? Kalau tak percaya, kena join la.






Lepas selesai workout, ada sesi "borak2" dengan coach. Yang kiri sekali tu la coach, muda kan. Borak2 sambil timbang berat badan. Yeay!! Badan akak memang boleh tahan berat sekarang ni...kikiki. Tak sesuai dengan tinggi. Kandungan air cuma 46%, kena tambah lagi 4% untuk balance. Kondisi tulang ok. Lemak pun balance dalam badan. Tapi BMI 26, sepatutnya 23. So sapa2 yang ada BMI lebih daripada 23, layak la join fitcamp ni.

Ok, camna nak kira BMI korang??

Tinggi x Tinggi
---------------
   Berat


Tinggi tu kira dalam meter, ok. Dapat la BMI. Then, akak found out metabolic age akak tapi segan nak share sebab macam kelako =). Metabolic age ni ialah umur dalaman badan kita. Contoh, kalau pyhsical age kita 30, kemungkinan metabolic age kita 40. Haaa...gitu. Pyhsical age ni ialah umur kita sekarang.

Well, got it? Yang paling penting workout on Friday night at 8.45 dan ia adalah FREE. 

Cuma bila sapa2 bersetuju nak join premium coaching, baru la kena bayar. Premium coaching ni special sebab ada banyak tips untuk dikongsi oleh coach dan ada menu sihat.

Ok, start to workout!











Wednesday, December 14, 2016

selfie contest by SOGO



Lama sangat stop memblog, since banyak kerja2 duniawi yang akak kena settlekan. Kerja duniawi memang macam tak pernah habis. Lepas satu kerja, satu kerja lagi. Tak pernah rasa give-up nak settlekan. Sekali-sekala fikir jugek pasal dunia akhirat, adakah kita biarkan lama tak settle atau cepat sangat rasa give-up nak settlekan. Ada masa free, cuba2 renungkan dalam2 tentang perjalanan kehidupan kita. Noktah.

2 weeks ago akak travel ke Dungun, hantar anak dara sambung belajar. Alhamdullillah, berkat kesabaran tunggu, akhirnya dapat jugek si kakak masuk universiti. Of coz so many things akak kena settlekan. Dengan barang2 dia, dengan akaun bank dia, dengan kena buat medical check-up, memang busy sangat. Sacrificed la beribu-ribu lemon telah habis digunakan untuk anak tersayang. No worries, ada jek rezeki lain nanti.

Then..busy jugek dengan hal2 rumahtangga..kononnya..hehe.

But today, I am back to share something interesting. Baru 3 hari lepas akak menerjah ke Sogo, mak aiii...memang sales giler2, korang bawak je cash atau debit card atau credit card. Balik...confirm bawak barang!

Actually ke Sogo untuk tengok + beli barang2 kat Floor 7, back to school sales. Banyak jugek la barang2 kat situ. Sales dah available since 01 Disember lagi tapi baru sekarang nak cari barang. 2 minggu lagi sekolah dah nak buka. Anak dara kecik ready nak jadi calon PT3.






Okay, sapa suka selfie atau swafoto? Boleh join contest yang Sogo buat ni. Jangan lupa ye!