Monday, October 17, 2016

beauty expo @ KL convention centre







Sabtu lepas, separuh hari habiskan masa kat KL Convention Centre dan Bukit Bintang. Follow kawan pergi International Beauty Exhibition. Nak masuk situ bukannya free, kena bayar RM15 sorang kalau register tanpa name card. Name card pulak mesti yang related dengan beauty. So akak guna name card kawan =)

Nak kena isi form bagai, macam kita nak masuk ke Mood Republik tu. Bila krew tu tanya apa designation, rasa nak gelak pulak bila sebut "beautician". Apa taknya, beautician lain dressing dan make-up bukan main lagi tapi akak? Sempoi giler.







First time menerjah ke expo yang macam ni tapi produk2 kecantikan memang banyak offer kat expo ni. Sapa2 yang ada salon atau buat part time facial ke apa, memang boleh borong produk2 kat situ. Murah sesangat. Boleh beli hair dryer 3 unit @ RM100. Bukan hair dryer yang kokak2 tu tapi hair dryer yang selalu beautician guna kat salon tu.

Argan oil boleh beli dengan harga RM30 per unit, compare dengan harga sebenar kalau tengok kat online website atau IG, 3x ganda mahalnya. For those yang kurang tau fungsi Argan Oil ni, minyak ni elok untuk kurangkan keguguran rambut. So far berkesan. So, rugi tak beli.







Anak dara posing merata...hehe. Kelengkapan rambut dan muka such as sikat, sikat gulung, sikat untuk tepek inai kat rambut, face brush etc, memang jual murah2 semua. Harga mampu milik sangat, siapkan duit jek. Macam2 produk local dan international ada jual kat situ. Memang event ni untuk target pemilik2 salon dan seumpamanya.






Okay, ni bukan pelakon Korea tapi agent produk Atomy, pure dari Korea. Atomy ni lebih kurang macam Cosway dan Amway la tapi still new in Malaysia. Akak terjebak sekejap dengan Mr.Chris dari Korea ni sebab macam best pulak tengok produk2 dia yang organik dan tak ada chemical. So, jadi member dengan Atomy for no charge. Pic ni as a prove, that's all.








Derang ni ada buat program on stage tapi tak sempat nak tengok. Lagipun majority of the participants are Chinese. Yup, kat situ memang susah nak tengok orang Melayu, ada jumpa tapi boleh bilang la. Ramai Chinese dan foreigners.  








Anak2 menyamar jadi beautician dan trainee, baru la dapat masuk free. Dua2 terlebih excited sebab dapat follow pergi exhibition macam ni. Anak2 perempuan memang macam ni, pantang dengar pasal barang2 kecantikan.







Live practical kat salon kawan akak. Saja belajar2 camna nak keringkan rambut customers. Lama2 pandai la tu.

Sempat lagi sapa2 yang nak pergi ke expo ni tapi kena cepat sebab hari ni last day!







Friday, October 14, 2016

lunch @ gloria jeans



Cerita tengahari semalam, ada kawan belanja makan. Puas discuss nak makan kat mana, kalau nak pergi KLCC just untuk makan, macam tak berbaloi dengan bayar parking lagi, dengan kena berjalan jauh lagi. Padahal banyak jek tempat makan kat KLCC tu. Nak pergi Ampang Park, awal2 lagi dah terbayang kedai2 makan situ sentiasa sesak dengan manusia kalau lunch hour. Limited choice. Nak pergi Great Eastern Mall tapi macam malas pulak nak redah jem kat Jalan Ampang tu kan.








Nak pergi Intermark, macam best tapi selain daripada food court dia, akak cuma terfikir kat DOME jek..hehe. Fikir punya fikir, we all pilih Gloria Jeans's. Actually my friend yang prefer nak belanja makan kat situ. Ada something yang dia suka. Maybe about the food or the environment.

Well...kat mana pulak Gloria Jean's terdekat dengan ofic ni? 

Penat jugek pikir pasal hal makan ni, entah apa2 kan. Macam cerewet pulak nafsu makan akak bila ada kawan nak belanja! At last, rather than pergi Gloria Jean's kat KPJ Tawakal, baik pergi kat IJN tu. Makkk...first time akak masuk ke IJN dan purpose nak masuk tu untuk makan, bukannya nak melawat orang sakit atau nak buat rawatan. Rasa macam kelako la pulak.

Cabaran lagi, parking full! 4-5 kali tawaf baru dapat.







Akak rasa macam tak berbaloi nak makan benda2 ni selepas "penat" pikir nak makan apa dan "penat" cari parking. Akak tertarik dengan mushroom puff, memang sedap. Match pulak dengan iced coffee latte. Terbaik. Makan sampai licin pinggan. 

Member pulak makan chicken pie, patut la...favourite dia rupanya. Aisshhh! Match dengan american coffee. 

Ce jawab dengan jujur, makan benda2 ni jek, kita kena bayar sampai RM34.00 termasuk GST. Adeh...ni harga kalau makan nasi 4 orang, kan. Berbaloi ke tak? Tapi sebab ada orang belanja, akak tak bantah...hehe. Murah rezeki.

;)

malindo year end big saver








Salam Jumaat yang penuh barokah. Semoga kita sentiasa berubah ke arah kebaikan. In Shaa Allah.

Ni akak nak share offer daripada Malindo. Info ni sampai kat inbox akak semalam. Kot2 ada yang bercadang nak pergi vacation kat mana2 seperti Bangkok, Taipei, Perth, Medan, Hanoi dan mana2 destinasi lain, Malindo buat Year End Big Saver. Harga tiket return flight + hotel + tax serendah RM199/per pax. Bukan selalu ada offer macam ni kan. Apa lagi kita tunggu, tempah cepat2. 

Pergi Hanoi tu macam best jek. Medan...akak dah terjah. Bangkok? Macam tak interested lagi. Perth ok jugek kan. Tapi tengah tunggu tiket murah ke Changdu, China. Kot2 ada tiket murah, boleh fly pergi sana. Accomodation dah free sebab ada kawan yang kerja kat sana. Cuma makan minum agak susah kat Changdu sebab susah nak dapat food halal. Tapi boleh tengok panda! Wow...quite interesting. Berangan dulu sebab berangan tu free jek! =)

Jangan lupa booking period offer ni sehingga 19 Oktober 2016 ni jek...dah tak lama. Travel period sehingga 31 Mac 2017. Jom tengok2 kan...mana tau ada rezeki yang kena dengan citarasa kita.



Thursday, October 13, 2016

back to the gym







Petang semalam, since SRK jemput akak lepas maghrib, so akak gagahkan diri untuk buat exercise kat gym. Heaven bila exercise sorang2, takde gangguan dan takde jelingan2 nakal..hehe. Boleh fokus 100% pada workout. Tak buat banyak, cuma fast walking dan jogging atas treadmill for 30 mins dan buat 3 set sit-up. Done.

Dekat nak tidur, mula rasa badan sakit2 sebab urat tengah stress, lama tak buat exercise kan.








Ingat lama sangat ke 30 minit tu? Tengok distance, tak sampai 2KM. Tu pun dah macam nak semput dan dah berjurai peluh keluar. Then, tengok total calories baru 109..tak padan dengan nafsu makan roti canai telur masa breakfast. Tapi puashati bila dan lepas exercise. Rasa lega walaupun liat sangat bila time nak mula.

Tips untuk fokus :

1) Jangan pedulikan cakap2 orang lain. Kalau ada headphone, lagi baik. Pakai headphone dan buat exercise sambil dengar lagu2.

2) Kena ada aim kenapa kita exercise.

But, believe me, exercise ni boleh release kan rasa stress.

Tuesday, October 4, 2016

tumit pecah @ herbal blend




Sumber Foto:  Mr.Google


Atas ajakan emak saudara, akak jadi independent distributor produk2 shaklee. Jenuh nak khatam pasal fungsi2 produk ni, makan tahun nak faham =)

So far, testimoni boleh la share pasal mak dan abah yang mengamalkan makan supplement shaklee ni sejak bertahun2 yang lalu. Asalnya mak makan supplement ni sebab sakit lutut. Bila sakit lutut ni, payah nak berdiri especially time mak nak solat, terasa sakit tu. Then, sistem penghadaman mak yang kurang cantik. Atas cadangan emak saudara, mak mula makan alfalfa. Alfalfa ni pil dia warna hijau lumut dan saiz sederhana jek, so senang makan. Itu pun mak hancurkan dulu pil (rendam dalam air), baru makan. Hasilnya positif, energy lebih bila buat kerja. Sakit lutut pun dah kurang.

Abah pulak mula makan multi-vitamin shaklee sejak dikesan ada masalah jantung. Selain daripada multi-vitamin, ada lagi beberapa jenis vitamin yang abah makan. Alhamdullillah dengan izinNya, daripada berat badan abah mendadak turun, sikit2 berat dah naik dan dah jadi normal semula. So, sampai sekarang abah makan supplement ni.

Then nak share pulak pasal masalah tumit kaki pecah ni, mesti ramai yang mengalami masalah ni kan. Kadang2 tengok sensitiviti atau tahap alergik seseorang tu yang menyebabkan tumit kaki pecah. Macam akak sendiri, alergik la tumit kalau selalu sangat pijak lantai simen. Kulit tak tahan. Pakai barang kemas bukan emas pun alergik. So baru2 ni ada seorang sahabat yang mintak akak carikan solution untuk tumit kaki dia yang dah agak teruk pecah2. Memang teruk jugek la kalau kita tengok. Tak pasti punca tapi maybe akibat terlalu lama pakai kasut bertutup atau kuat bersukan ataupun alergik pada bahan2 tertentu. Ataupun jarang "membelai" tumit...

So spontan jek akak cadangkan dia guna herbal blend shaklee ni sebab dah ramai jugek yang ada masalah yang sama dan bila guna krim ni, masalah beransur hilang. Harga krim ni tak lebih daripada RM30, harga mampu milik kan. Tak mahal pun. Mahal lagi bedak kompak kita kan. Stokis shaklee kat KL ni, kat Sri Rampai.

Boleh la try, akak share info jek :)

# nanti nak share hasil makan vitamin C dan Omega Guard.