Posts

Showing posts from August, 2016

potluck lagi

Image
Baru2 ni buat potluck lagi, rezeki memang murah pada hari Jumaat. Tapi akak dah buntu nak masak apa untuk kawan2. Yang dulu, akak masak murtabak maggi, cincai2 jek buat. This time jenuh google nak cari idea, padahal banyak jek benda yang boleh masak.
Cari idea tu sebab nak cari food yang mudah dan cepat dimasak, tak guna banyak bahan, bahan senang dibeli...haa...gitu. At last masak puding roti jek la. Buat puding roti ni memang tak banyak hal, bahan pun mudah cari. Akak kukus jek puding roti ni. Done!





Wow..roti jala makan dengan serawa durian. Memang marbeles gitu, makan pun ada feel sebab memang sedap serawa durian yang kawan masak ni. Musim durian tak abih lagi kan...so terhidang la serawa durian.






Nasi lemak tak boleh miss sebab banyak request, especially request daripada staf2 lelaki, bimbang tak cukup kenyang nak makan roti jala dan puding. Alahai...so nasi lemak ni, beli jek.





Okay..yang sebelah kiri tu pun kawan akak beli jek, menu yang sesuai untuk orang2 yang tengah jaga diet.…

giler pokemon @ pokemon giler

Image
Okay, bukan akak mengada-adakan cerita ye. Boleh tengok sendiri macamana rakyat KL begitu terpengaruh dengan game pokemon-go. Katanya tempat ni memang port pokemon, that is why ramai sangat players yang sanggup duduk macam tu selama berjam-jam.
Selama akak tunggu anak dara selesai training kayak, akak boleh nampak yang paling ramai ialah melayu. Cina ada la 3-4 orang. India pulak...macam tak nampak. Macam ada pelbagai peringkat umur, daripada budak sekolah sampai la orang2 yang dah bekerja. Cuma tak nampak lagi warga veteran berlonggok kat situ nak cari pokemon.
Ini fenomena biasa, almost everyday kat tasik titiwangsa. Boleh tengok keadaan macam ni sampai matahari dah nak terbenam (maghrib), they all still kat situ.
Hebat pokemon-go ni kan! 
Why not PDRM wujudkan aplikasi untuk detect di mana penjahat?? Boleh bubuh nama game, PENJAHAT-GO. Eh...akak gurau jek.
=)

daging paprik

Image
Kadang2 mood nak menulis blog dah hala ke laut =)
Lately banyak sikit makan daging sebab dah jemu makan ayam tapi kalau tanya anak2, tak pernah jemu makan ayam. Favourite food all the time. Akak pulak sampai dah tak tau nak masak ayam apa. Buku 365 jenis resepi pun dah malas nak tengok. Cuma ayam goreng berempah jek yang macam still boleh terima. Lain2 tu kira macam boleh2 gitu jek.
Last week dah masak singgang daging, versi mak mertua. Mak mertua ni asal keluarganya dari Siam, so ada la jugek masakan dia yang ada elemen2 Siam tapi tak banyak. Sempat la jugek belajar resepi2 kampung daripada dia. Sup daging pun dah masak, khas untuk SRK sebab dia suka makan lauk2 yang berkuah. Daging goreng tu jangan cakap la, dah selalu sangat masak.
This time masak daging paprik pulak. Kebetulan ada bawak balik dari kampung, daun limau purut, serai, limau kasturi...so tetiba idea nak masak daging paprik tu pun datang. Anak2 memang suka makan ayam / daging paprik.
Resepi paprik akak mudah jek. Kita …

pokemon exercise kat tasik titiwangsa

Image
Since gym kat ofis tu dah sesak dengan orang dan akak kena tunggu turn lama untuk membolehkan akak guna threadmill dan bicycle, so akak moved ke tasik titiwangsa untuk exercise. Kebetulan pulak anak dara yang besar ni nak join jugek pergi tasik. Ambik dia dulu kat rumah then baru ke tasik.
Sambil2 tunggu adik dia training kayak, sempat la we all kayuh basikal. Salah satu aktiviti yang famous kat tasik ialah berbasikal. Bersimpang-siur orang berbasikal, macam2 jenis basikal. Jangan bimbang kalau bawak anak2 sebab kemudahan berbasikal untuk parents yang bawak anak pun ada. 
Pay RM10 for single dan RM20 for double. Akak dan anak dara sewa basikal single, masing2 punya hal nak speed camna...nak drift ke...kan. Kalau excident pun...sorang2 =)







Masa ni dah parked basikal kat tepi tempat main waterball, tunggu anak dara sorang lagi selesai training. Rezeki di petang hari, dapat 2 bekas air free sebab bro yang jual air tu dah nak balik, so dia sedekahkan air kat orang2 sekeliling. Alhamdullil…

throw back sunday @ batu caves

Image
Throw back aktiviti akak dan anak2 on last sunday. Actually pergi beli barang2 dapur kat Giant Batu Caves, then tiba2 anak2 dara mengajak abahnya ke gua Batu Caves sebab tak pernah tengok gua tu. Akak on jek sebab nak tengok jugek rupa gua tu dan nak tengok dari jarak dekat apakah betul2 emas patung tu??
But actually akak setuju nak pergi sebab boleh exercise naik dan turun tangga, boleh la keluarkan peluh sikit. Entrance fee is RM2.00 untuk apa jua jenis kenderaan. Nak naik ke gua, free of charge. Berapa kali korang nak turun naik pun takde hal.





Jakun sekejap sebab selama ni memang tak pernah sampai ke situ, tak pernah cuba untuk naik tangga yang tinggi dan curam ni. Untuk info, jumlah anak tangga yang perlu didaki ialah sebanyak 272 anak tangga. Alangkan tangga ofis yang baru ada 20-30 anak tangga, dah macam nak mengah, tak tau la macamana nak naik kat Batu Caves ni.
Tapi semangat kena kuat, lagipun SRK cakap..."kata dah buat straight workout seminggu..". Ewah...sempat la…

cantonese mee hoon @ nelly's

Image
Hujung minggu biasanya bawak anak2 makan kat luar. Sebab hari2 kerja dah masak kat rumah, menu pulak macam lebih kurang sama jek..hehe. Ingat anak2 tak boring ke? =). Padahal boleh je nak masak macam2 tapi masa tak mengizinkan. Almost everyday sampai rumah pukul 8pm, so masak simple2 jek. Janji anak2 kenyang.

Okay, biasanya jarang bawak anak2 makan kat area jauh2 sebab malas nak lama2 on the road. Lagipun masuk jam 10pm, mata ummi dah semakin layu. So, area dekat2 rumah memang banyak jugek tempat makan. Ada burgerbyte (favourite anak2), ada bistro, ada kedai2 masakan panas. Semua dekat2 jek, so pilih jek yang mana berkenan dan apa menu yang berselera nak makan.

This time, akak bawak anak2 ke Nelly's, only 5 minutes dari rumah. Each of us ordered food yang berbeza so that masing2 boleh rasa food orang lain...nak rasa sedap ke tak. SRK memang confirmed makan nasi sebab dia lidah oghe Kelate. Akak makan kueteaw kantonis, ada kuah. Sedap. Si kakak makan mee hoon tomyam. Sedap jugek s…

kayak lagi

Image
Fourth day workout selepas raya ni, tetiba tak boleh nak masuk gym sebab ramai sangat nak exercise! Pelik sekejap sebab berminggu2 tak ada orang nak buat exercise, tetiba sangat ramai. Rasanya ramai manusia daripada peralatan gym. Woha!

Tetiba ramai pulak yang ada semangat membara nak exercise, maybe sebab terperasan yang badan masing2 dah tak ubah macam belon kembung tapi bila tekan, lembik. Sampai tak maksud akak ni? =)

Okay..hopefully semangat membara tu bukan hangat2 dan suam2 kuku jek.






Bila dah penuh sangat gym tu, tak sesuai la untuk akak nak exercise macam biasa. Bukan setakat nak kena tunggu turn tapi serabut dengan sesetengah pengguna yang borak je lebih tapi exercisenya entah ke mana. Well, akak moved to tasik titiwangsa. Kat titiwangsa ada jogging track dan ada tempat yang khusus untuk buat exercise macam kat gym tu.
Sesuai sangat exercise kat tasik ni, pukul 7pm dah settled dan duduk kat tepi tasik...tengok anak dara baru habis training kayak. Dengan sunset kat belakang t…

workout semula

Image
Lepas kena tazkirah dengan gym instructor, paksa kan diri masuk gym...nak start exercise semula walaupun vitamin M banyak sangat dalam badan ni. Badan tak bersalah, kepala ni yang banyak "menerawang" benda2 lain. Pukul 6pm baru masuk gym, clear...sunyi sepi....tak ada manusia pun.
Bila tak ada manusia lain dalam gym ni, that means akak boleh exercise sesuka hati, tak kisah cara mana dan banyak mana pun nak exercise, tak ada orang peduli. Biasanya kalau ramai orang, kena tunggu turn nak guna threadmill, tunggu nak situp, tunggu nak cycling. Bila sorang2 diri kat gym, memang heaven giler!
Oleh kerana dah dua purnama tak buat workout, petang semalam cuma jogging 25 minit dan situp 10 minit. Nak buat yang tu pun...letih macam angkat kayu balak. First day workout memang macam ni. Bila dah sampai rumah, time2 rehat tu la baru rasa sakitnya kaki ni. Betis memang stress giler...rasa nak tercabut..huhu. Tapi selepas beberapa hari nanti, semuanya akan jadi okay.
Bukan nak slim tapi n…

open house @ muslim world biz

Image
Last Thursday sempat menerjah ke Sunway Putra Hotel bagi memenuhi jemputan open house Muslim World Biz. Sejak The Mall dah transformed to Sunway Putra, ini first time akak menerjah ke hotel ni. Menarik hotel ni dan jangan konfius sebab main lobby dia kat level 9.
Okay, makan nasi impit dengan serunding ayam dan nak rasa lemang pulut hitam, so ambik la sekeping. Nun di sana tu, my fren ambik black pepper lamb grill untuk share makan. Terbaik!





Tak larat nak makan banyak actually sebab badan dah rasa heavy lepas raya ni. Hujung puasa dah turun 4kg tapi semalam timbang dah naik balik 2kg. Apa maknanya tu??? Kebetulan sangat, malam tadi instructor gym share website untuk bodybuilder, termasuk la kaedah nak turunkan berat badan, nak bina muscle untuk perempuan, menu diet yang sesuai etc. Sesuai sangat la dengan "masalah" akak ni =)
Nota:  Dah dekat 2 bulan tak buat workout.








Very nice and clear programme. Tujuan utama derang ni buat open house, selain daripada mengeratkan silatulra…