Posts

Showing posts from June, 2016

mood republik @ saharul ridzwan

Image
Giler ramai manusia menerjah ke PWTC, pertamanya memang nak cari baju raya. Keduanya mungkin sebab nak tengok artis2 kesayangan dari dekat. Mau tak sesak jalan nak ke situ. Akak balik kerja dah pukul 10pm pun masih sesak, macam nak balik raya jek gayanya. Rugi minyak kereta!
Anak2 akak pun tak ketinggalan ajak pergi mood republik. Okay, dapat la beli sehelai palazo untuk si kakak, harga not bad. Si adik pulak ada aim lain nak pergi mood republik...





Ni la aim budak2 ni nak pergi mood republik. Beriya cari dengan gigih gerai yang ada mamat ni. At last, jumpa jugek. Sedang elok mamat ni baru nak mula promote biskut2 raya dia, tak sampai seminit...dah penuh dengan budak2 pompuan kat depan gerai mamat ni. Makcik2 pun ada. Eh...makcik???
Mamat ni memang friendly, sentiasa senyum menawan. Mentang2 la kan drama dia tengah hot kat tv sekarang ni. Sure la tengah panas lagi. 
Siapa nak berselfie dengan mamat ni, syaratnya kena beli biskut raya. Haaa...gitu dia promote. 






Kakaknya pun takkan nak …

iftar @ ofic

Image
Ni program iftar minggu lepas tapi tak sempat nak update, busy memanjang. Ofic buat program iftar dengan kementerian, kami boleh tumpang makan. Alhamdullillah. Macam2 food yang ada, pendek kata penuh la meja dengan macam2 jenis makanan. Maklum la, nafsu tengah puasa memang luar biasa hebat, semua macam nak makan. Tapi bila dah berbuka, tak seberapa jek makannya.
Jarang jumpa pulut dengan serawa durian, so akak pun ambik la untuk rasa2 gitu. Makan banyak2 nanti muak pulak. Nasib baik sedap serawa durian tu. Makan kuih-muih dan buah pisang, then perut dah rasa macam kenyang. Tak boleh nak masuk nasi dah.
Tengok kawan2 lain makan nasi, semua macam berselera gitu.






Haa..tengok member sebelah ni makan, macam2 dibubuhnya atas pinggan. Ayam percik ada, gulai lemak nenas + ikan kering, sayur air petola dan bendi celur cicah dengan sambal belacan. Sekali suap...alamak..nasi pulak macam lembik je. Terbantut selera =)






Ada macam2 buah nak makan, pulasan, dokong dan laici. Kawan tolong ambikkan mu…

mee mamak @ agar2 sirap bandung

Image
Teringin nak masak mee mamak, macam sedap kan. Biasa makan kat kedai mamak jek...ada yang sedap, ada yang kurang sedap. So, cuba pulak masak sendiri mee mamak. Apa sebenarnya punca dipanggil mee mamak? Akak agak2 la kan...sebabnya masa kita tumis bahan2 asas nak masak mee ni, ada bubuh serbuk kari sikit. Kari kan sinonim dengan mamak =)
Ok, nak share sikit resepi mee mamak versi akak. Tumiskan bawang putih, bawang besar, serbuk kari ayam dan cili boh sampai naik minyak. Bila dah naik minyak, baru la masukkan ayam, fish ball dan fish cake. Kalau ada udang atau sotong, lagi sedap. Of coz.
Masukkan kicap pekat, sos cili dan sos tomato serta garam. Gaul lagi dan masukkan mee kuning. Gaul sampai rata dan pecahkan kepada dua bahagian (buat lubang kat tengah kuali). Pecahkan telur kat tengah2 tu dan gaul la dengan mee. Siap. Oppsss....sawi limited sangat dalam resepi akak ni sebab nak jimatkan masa anak2 bila nak makan. Tak la anak2 kena kutip sayur satu2...dan buang.
Sebelum tu, akak dah k…

iftar @ hotel dorsett, KL

Image
Entri banyak tertangguh sebab feeling busy dengan kerja. Termasuk jugek mood nak shopping raya tengah naik =).
Last tuesday ada jamuan iftar kat Hotel Dorsett, KL. Actually not far from our office, kami menapak jek pegi ke Dorsett. Last year pun pernah iftar sekali kat Dorsett, masa tu we all makan kat restoran dia, happening sangat. Tapi this time, we all makan kat hall sebab ramai, lebih daripada 30 orang. Makan still konsep buffet.






Aiskrim memang tak pernah tinggal sebab...sedap! Akak ambik aiskrim vanilla dan strawberry. Actually ada tiga pilihan jek, so akak tinggalkan perasa durian. Tak minat sangat.






Terliur bila nampak pengat pisang + sagu, lama betul akak tak makan pengat pisang ni. Teringat pengat pisang yang mak masak, hmmm...
Nun..sebelah pengat pisang, tiga jenis sushi. Nak merasa makan sushi sebab kalau nak tunggu pergi kedai jual sushi, memang tak la. So dah ada kat depan mata, boleh la merasa. Sedap sushi2 tu.





























Campur jek dalam satu pinggan > kambing bakar + black pe…

ikan berlada @ salad timun

Image
Teringin pulak nak makan ikan selar masak berlada. So akak pun masak la tiga ekor. Tiga ekor pun dah cukup kami empat beranak sebab anak2 dara tak nak makan ikan selar. So, cukup sangat sampai ke sahur. Ikan selar pun saiz tak besar mana, sedang2 jek.
Then, ter-rajin pulak nak buat salad timun. Timun + lobak merah + buah tomato + bawang merah + cili api + garam + gula. Siap. Jangan lupa perah air limau kasturi atau lemon. Akak suka beli timun jepun tu sebab less biji. 
Nak share sikit pasal khasiat timun ni, antaranya dapat menurunkan suhu badan dan menyegarkan mata. Selain daripada tu, timun jugek dapat menurunkan tahap kolestrol. Sebab tu kalau orang mengalami sindrom badan sejuk2 gitu, boleh la elak daripada makan timun. Nanti lagi sejuk badannya.
:)


kari ikan tenggiri @ karipap

Image
Hello monday. Bulan puasa ni rasanya tak ada pulak feeling monday blues, maybe berkat berpuasa agaknya. Hari ni hari ke-15 kita berpuasa, alhamdullillah dapat berpuasa dengan tenang.
Weekend memang hari yang boleh akak "main2" kat dapur. Semalam anak2 request nak buat sendiri karipap sebab dah rindu dengan karipap yang wan (nenek) derang buat. Kalau beli karipap kat bazar ramadhan, belum tentu rasanya sedap kan. Lagipun, 3 biji @ seringgit gitu, nak makan banyak2 tak best. So. suruh anak2 buat karipap sendiri.
Walaupun rupa karipap tu tak la cantik sangat macam orang2 lain buat tapi budak2 ni puas hati la dengan hasil usaha gigih masing2. Akak guide jek cara nak buat dan tolong masakkan inti kentangnya. Bila dah siap karipap tu, muka masing2 memang puas hati dan excited gitu =). To share camna akak buat doh karipap ni, mudah jek. Tepung gandum dicampur dengan minyak panas dan air garam. Tak guna marjerin pun. Uli la ikut kelembutan doh yang uolls nak. Done.
Meanwhile, SRK t…

" Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 "

Image
Break kejap daripada topik makan sebab nak story pasal Raya Giveaway by nile.com.my ni. Since akak memang beberapa kali pernah membeli online kat Nile ni, so rasanya best jugek kalau join. Mana tau kan ada rezeki untuk akak, boleh beraya sakan LOL.






Actually akak jarang join giveaway macam ni sebab kadang2 tak dapat info dan kadang2 "tertinggal bas". Al-maklum la akak bukan 24 hours nak hadap blog dan buat blog walking. Tapi semalam tengah cari resepi, ternampak pulak giveaway ni kat Blog Lyssa Faizureen.
So kena pilih 5 jenis produk yang paling kita suka untuk miliki. Jom pilih!




Product:  European Style 4-in-1 Women Bag JLM2016 Sales price: RM29.90 Date: 16/06/2016 Time Start: 2.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 300 units only




Product: Waterproof Backpack JLM2016 Sales price: RM22.90 Date: 27/06/2016 Time Start:4.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 100 units only




Product: Men Shoes JLM2016 Sales price: RM21.50 Date: 24/06/2016 Time …

penne goreng

Image
Juadah ni pun anak dara kecik yang request. Dah jemu makan makaroni, nak makan penne pulak. Padahal rasa lebih kurang sama jek kot. Ralik masak sambal sotong, tak perasan pulak lama sangat rebus penne ni. Dah jadi over gebus! Dah jadi gemuk2 =)
Tak susah mana nak goreng penne ni tapi akak masak versi akak ler. Ikut suka hati, janji rasa jangan ke laut mahupun ke sungai.
Entah bila we all mula suka makan pasta ni...rasanya terpengaruh dengan channel AFC..hehe. Memang tiap2 hari channel AFC la yang akak buka. 


iftar @ hotel istana

Image
Kadang2 kita tak tau rezeki kita macamana dan jangan pulak kita cakap rezeki tu datangnya daripada manusia melainkan daripada Allah SWT. Manusia itu perantaraan jek. Ni rezeki berbuka puasa kat Hotel Istana, KL. Tak sangka pulak SRK ajak join iftar kat situ, dengan kawan2 dia. Bawak anak2 sekali.






Makanan memang mewah la, sampai tak tau nak makan apa. Anak2 jadi jakun kejap, kalau boleh semua nak makan tapi tak mampu..hehe. Aiskrim keladi + durian ni memang sedap sebagai dessert pembukaan. Ada wafer lagi tu dan coklat, hebat rasanya.







Ronda punya ronda, ada nasi beriyani...ada kueteaw, ada noodles soup, ada western foods dan macam2 lagi la yang kita impikan nak makan waktu berbuka. Pendek kata memang banyak sangat food dia, sesuai la dengan harga satu kepala RM168 / RM148. At last, teringin nak rasa lemang pulut hitam. Makan dengan serunding daging dan kerutup daging (kot?).







SRK ambik kan kambing bakar, sedap..tak bau hamis, sos black pepper pun menikam kalbu gitu. Licin sepinggan, sha…

mee bandung

Image
Mentang2 umminya tak kerja kan, so anak2 request makan itu ini...macam2 menu ada dalam kepala budak2 ni. Bukan main lagi masing2 nak makan, macam la hari lain tak boleh nak makan dah. Kadang2 bila pikir, pelik jugek kan. Kalau puasa ganti tu, tak kisah pun nak makan apa. Roti telur dengan air teh pun jadi. Tapi bila tiba bulan puasa, nafsu masing2 macam tak hengat.
Ok...layan kehendak anak2, suruh masak mee bandung. Actually tak ada stok keledek atau kentang kat rumah. Kentang sebijik pun tak ada...adehhh..kalau tak, boleh juga lenyekkan dan masukkan dalam kuah mee bandung ni. Disebabkan itu, kuah mee bandung jadi cair jek.






Akak dah balik dari pasar, baru la anak2 request masak mee bandung. Ok fine, kita masak guna bahan yang ada jek. No problem, janji rasa kuahnya tak ke laut....gitu.. =).
Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar. Masukkan ayam, udang (ada udang cenonet jek!) dan fish ball. Masukkan air dan biar hingga mendidih. Then masukkan kobis (kalau ada sawi lagi ok), s…

gulai ikan patin

Image
Gulai ikan patin ni wajib ada dalam juadah berbuka puasa, even all the time. Balik kampung mesti bawak balik sini stok ikan patin fresh. Kat KL ni...akak tak tau kat mana nak cari ikan patin fresh, yang selalu jumpa ikan patin sejuk beku jek. Then, silap haribulan isi ikan dah rasa tawar jek bila kita masak. Tak sedap langsung.
Petua basuh ikan patin jangan bagi ada bau hanyir atau bau tanah, basuh la dengan air yang dicampurkan dengan perahan limau kasturi atau limau nipis. Tapi jangan lama sangat rendam dalam air tu, nanti hilang la rasa manis ikan patin tu. In Shaa Allah bila masak dah tak ada bau hanyir.





Masak dalam periuk tanah macam ni lebih best rasanya, kuahnya pun boleh panas dalam tempoh yang lama. Just to share the ingredients : Ikan patin segar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, bunga kantan, daun kunyit, cili api, daun kesum, asam keping, cili hijau / merah dan garam.
Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, bawang putih, cili api dan garam. Gaulkan dengan ikan patin d…

burrito ala kampung

Image
A burrito is a type of Mexican and Tex-Mex food, consisting of a wheatflour tortilla wrapped or folded into a cylindrical shape to completely enclose the filling (in contrast to a taco, which is generally formed by simply folding a tortilla in half around a filling, leaving the semicircular perimeter open). The flour tortilla is usually lightly grilled or steamed, to soften it and make it more pliable.
In Mexico, meat and refried beans are sometimes the only fillings. In the United States, burrito fillings generally include a combination of ingredients such as Mexican-style rice or plain rice, beans or refried beans, lettuce, salsa, meat,guacamole, cheese, and sour cream, and the size varies.





Amboiii...nama food tak boleh blah, konon nak buat mexican food tapi sebenarnya lempeng kampung yang akak bubuh inti kentang. Macam buat inti karipap gitu. Anak dara kecik teruja bila tengok umminya tengah menggulung-gulung.

"Yeayyyy..ummi buat burrito!" katanyaaaaa...padahal ummi tengah…

french toast @ sambal kentang @ patin goreng

Image
Petang semalam hujan lebat otw balik ke rumah. Biasa la KL ni kalau hujan jek, selalunya mesti jem. Tambah lagi banyak construction sana sini. Dekat pukul 6pm baru sampai rumah. Hazab redah jem.
Terus mintak tolong anak2 dara potong2 roti gardenia, sapu marjerin dan hancurkan ikan sardin. Nak buat roti sardin. Abih la satu paun roti tu, tinggal kulit je... 100% anak2 dara yang masak. Done.






Bila dah suntuk masa nak memasak ni, tangan mesti ligat nak siapkan juadah sebelum waktu maghrib. Akak masak sup ayam dan at the same time celur mee hoon, boleh makan dengan sup ayam tadi + sambal kicap. Settled. 





Rebus kentang 4 biji, nak buat sambal kentang. Akak tumiskan kentang ni dengan ikan bilis dan mempedal ayam. Cara masak sama la dengan cara kita nak masak sambal tumis ikan bilis tu. Sebab tu stok ikan bilis kena sentiasa ada kat rumah.





This one fresh ikan patin from Temerloh. Goreng pun sedap. Plan nak buat gulai masam ikan patin tapi sebab bunga kantan pun tak ada, goreng jek la. Ikan p…

kueteaw kungfu

Image
Semalam, walaupun balik pukul 4.30...dekat 45 minit jugek la akak baru sampai kat rumah.Yang agak bengangnya...(eh...puasa tak boleh nak bengang...), ada polis traffic tahan kereta bangla2 kat tepi jalan. Disebabkan hal ni, jalan jadi sesak. Masing2 nak balik cepat, yang kiri ke kanan. Yang kanan ke kiri. Semua main hentam jek.

Anak dara nak makan apam balik, bawak la kejap kat bazar ramadhan. Nasib baik bazar ramadhan dekat jek dengan rumah. Then balik rumah prepare untuk masak kueteaw kungfu, memang anak2 suka makan, akak pun suka makan jugek.






Sedap pulak kueteaw yang jenis ni, less oil. Biasa tu akak beli mesti kueteaw agak berminyak. Ok, mula2 pukul 2-3 biji telur dengan serbuk lada hitam. Akak guna instant black pepper jek. Basuh kueteaw dan toskan sampai kering. Agihkan kueteaw kepada 4-5 bahagian. Celup setiap bahagian tu dalam telur tadi dan goreng sekejap, sampai kaler kueteaw jadi brown sikit.
Akak suka garing sikit sebab suka dengar kruk krak tu...bila makan :)





Walaupun ak…

kacang buncis @ ikan pekasam

Image
Petang semalam baru balik dari kampung, selepas bercuti dua hari. Saja nak mula berpuasa dengan mak dan abah. Agak penat semalam sebab ada beberapa hal nak settle kat kampung. Sampai kat KL ni, terus masuk dapur tapi dalam ice box macam sepi jek. Ada ikan selayang tiga ekor jek..dan udang beberapa ekor.
Terus goreng kacang buncis dengan udang, goreng ikan selayang dan nak buat penyedap makan, goreng ikan pekasam ori from Bandar Ikan Patin.
Nasib baik SRK balik awal, sempat bawak anak2 beli juadah kat bazar ramadhan dan sempat beli stok lauk sikit2. So, makan la apa yang ada. Alhamdullillah.
:)
Sahur pagi tadi pulak, sempat masak ayam goreng kunyit untuk anak2.

mee sup bujang

Image
Ini namanya mee sup bujang sebab sangat limited bahan2 nak masaknya. Mee sup bujang ni sesuai untuk anak2 yang "rimas" kalau ada banyak sangat bahan2 dalam mee sup tu. Mana nak makan lagi, mana nak buang sayur2 lagi...
Kalau orang bujang memang la sesuai sangat nak masak mee sup bujang ni, tambah lagi kalau banyak vitamin M dalam badan =)
Tumis jek bawang putih, masukkan hirisan ayam + fish cake dan air, tunggu mendidih. Masukkan telur ayam, masukkan sayur, garam dan kiub pati ayam. Tunggu kuah mendidih lagi dan masukkan mee.
Bila nak makan tu, bubuh la black pepper powder untuk rasa yang lebih uuummmppphhh.
Orang bujang boleh cuba ya! =))

lets fly with FELDA

Image
Ada lagi sampai kat inbox akak tentang tiket2 penerbangan yang murah2 ni. This time promotions untuk fly ke Europe dan Istanbul....I likeeeee.
Promotions ni valid untuk uolls booking sehingga 30 Jun 2016 dan 21 Julai 2016 dan travel period sehingga 30 November 2016. So, ada masa lagi untuk uolls buat kutu travel atau buat saving untuk melancong.
However, sukacita diingatkan yang payment methodnya ialah CASH. So, no credit card atau payment method yang lain. No money, no ticket...gituuu... :)
Selamat terbang!

MAS promotions

Image
Akak just nak share apa sampai ke inbox akak, about MAS promotions bulan Jun ni. Kot2 la ada yang tengah tercari-cari lagi tiket2 yang sesuai dengan bajet masing2, so uolls boleh tengok promotions ni. Rasanya harga2 tiket yang ditawarkan by locations tu agak berbaloi.
Jangan lupa tengok booking period dan travel period yang MAS nyatakan tu. 
Ok jugek kan kalau nak beli tiket untuk balik raya. 
:)