Friday, May 13, 2016

pot luck on good friday





Spagetti goreng, murtabak megi, roti goreng, nasi lemak special, roti canai



Banyak pahalanya kan kalau kita bersedekah. So lewat petang semalam kami plan nak makan2 kat ofis, meraikan bos yang outstation seminggu... hari Jumaat yang penuh barokah. Masing2 masak atau beli apa yang patut dan bawak ke ofis. Dan...ini la hasil kesungguhan kami yang nak makan pelbagai jenis food untuk breakfast ni =)



Nugget special, kek batik by ibu mengandung, terlajak laris, biskut


Actually bebas jek nak masak apa asalkan jangan masak atau beli food yang sama. Murah rezeki masing2 sebab bawak macam2 food. Boleh rasa macam2...uolls, kenyang perut ni, siap boleh repeat makan lagi. Siap boleh invite jiran2 satu department lagi, alhamdullillah.



Cekodok cafe pun ada...ngeee..., buah-buahan


Orang lelaki memang confirm la tak masak kan, so derang beli roti canai dan ada yang suruh mak masakkan sambal telur rebus untuk makan dengan nasi lemak. Terasa kekeluargaan tu wujud...cewah...




Cheese tart terlajak special...




































Walaupun plan last minute petang semalam, sejurus sebelum balik rumah, tapi semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Semua sporting. Air nescafe dan teh tarik jek yang tempah kat cafe, yang lain semua bawak sendiri. Janji bawak something to eat, tak kisah la apa pun...semua boleh telan..

Semoga ikatan silatulrahim terus terjalin diantara kami dan sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin.


No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...