Thursday, March 31, 2016

last day working









Bukan la dah nak pencen tapi last day working at current unit. Mulai esok dah bertukar ke unit yang lain, new task, new responsibility, new environment, new community but with the same boss :). So, ni kali ke-4 kena tukar.

Actually, changes are good for our career, in fact kalau agensi2 bawah KDN, after 5 years mesti kena tukar. It's ok, no problem. Jangan tukarkan ke branches, sudah la. Dah penat PJJ dengan SRK, almost 10 years stay independent. Banyak dah sacrifice itu dan ini, banyak dah sacrifice duit dan banyak dah sacrifice quality time with family. So, enough.

Think positive and start do your work. Be yourself.




Wednesday, March 30, 2016

gym lagi









Errkk...actually berat badan dah naik 2kg, dah cecah berat yang akak tak jangka dan ukuran pun macam dah lebih. Buat2 terkejut tapi sebenarnya dah realiti dan dah terasa ketat bila pakai certain baju / jeans. Ada jugek terima beberapa gurauan sinis pasal figure yang dah berubah. Tak sentap tapi diri sendiri terasa yang something perlu dilakukan. Lagipun apa jadi kat baju2 yang dah malas nak dipakai tu kan... :)

Bila lama stop buat exercise, memang malas giler nak mula balik. So petang semalam after ofic hour, akak mula balik. Buat workout yang heavy sikit, 20 mins cycling, 30 mins kat threadmill, buat 3 set sit-up (30 / 1 set) dan buat light plank exercise untuk perut. Then malam tadi bila dah nak tido, terasa perut ni "stress". Itu maknanya exersice tu berkesan.





Ramai yang buat exercise untuk kurus tapi boleh tak kita betulkan sikit target dan persepsi kita tu. Exercise untuk fit dan sihat, bukan setakat untuk nampak lebih slim. Exercise boleh mengecilkan saiz ukuran tapi berat badan still maintain. Tapi rata2 orang target untuk turunkan berat badan tapi saiz tetap sama. Kurus tapi tak sihat, memudaratkan diri kita jugek kan.

So, akak prefer kecikkan saiz ukuran, contohnya ukuran pinggang, rather than kurangkan berat badan tapi ukuran tetap sama. Meaning before you go for workout, saiz pinggang 32, then after few months workout, still maintain 32... what for kan?






Try kita tengok bacaan BMI kita, kat mana kedudukan kita sekarang. Akak perlu bekerja keras untuk dapatkan normal weight tu, baru sesuai dengan ketinggian. Jangan sampai kita termasuk dalam extreme obesity, bila dah kat situ, forsure penyakit pun datang.

Peace :)




Tuesday, March 29, 2016

the divergent series : allegiant







Plan asal nak bawak anak2 tengok Kungfu Panda 3 tapi sebab seats penuh, tinggal seats yang paling depan jek, tukar tengok Batman. Pun penuh! I thot cerita2 ni orang KL dah tengok tapi rupanya panggung still penuh. At last, anak dara pilih nak tengok Allegiant. Last choice but I like :)

Mujur tak tengok Boboi Boy, kalau tidak mahu akak fokus makan popcorn jek dalam panggung.

Very interesting film, tak rugi beli tiket tiga beranak RM43.00. Filem ni memang best dan penuh suspen. Admire heroin filem ni very much, cool tapi cepat dan tangkas, bijak dan cantik. Heronya pun handsome dan sado. Memang terpukau tengok teknologi penghasilan filem ni, canggih.

Dah lama tak tengok filem yang macam ni. Akak minat tengok filem2 yang macam James Bond, Mission Impossible etc. Filem2 macam ni penuh dengan taktik, suspen dan kebijaksanaan. Nak pulak hero MI tu, Tom Cruise. Minat jugek filem2 lakonan Johnny Depp sebab "membesar" dengan Johnny Depp. Hero2 sekarang akak kurang tahu.

Dealed dengan anak2, one month, one movie only.


Monday, March 28, 2016

cekodok serunding daging







Pagi semalam plan nak goreng cekodok untuk breakfast. Cekodok ni antara food yang paling laku kalau hidang kat rumah ni. Banding dengan mee goreng or nasi goreng. Tapi pagi kelmarin masak mee hailam, laku jugek ;-)

Dah bancuh tepung, baru perasan yang stok ikan bilis dah abis...sekor pun tak ada. Kalau tak bubuh ikan bilis tumbuk, akak rasa cekodok jadi tak complete la. Kena bubuh ikan bilis jugek.
At last bubuh serunding daging je dalam adunan tepung tu. Letak garam sikit bagi ada rasa. Then...kacau2 lagi. 

First time bubuh serunding daging ni, i think kalau bubuh serunding ikan lagi best. Letak jugek telur ayam sebijik. Done.

Peace :-D


Eh..pic tu terbalik ler :D

Saturday, March 26, 2016

paintball challenge 2016








Salam sabtu untuk semua :)

Akak nak share satu info pasal paintball ni, since akak ada dealed dengan Felda Travel sebelum ni untuk uruskan certain programmes, jadi Felda Travel ni kerap jugek bagi update pasal aktiviti derang. Ada yang pasal pakej umrah etc.

Yang ni pulak pasal Paintball Challenge 2016, buat kat Felda Residence Hot Springs. Kalau ada yang tertanya2 kat mana Hot Springs ni, lokasinya kat Sungai Klah, Sungkai, Perak. Cantik tempatnya, boleh view kat google.

Lumayan tu hadiahnya, cash money. Kalau menang, boleh belanja untuk preparation raya puasa tahun ni =). Akak minat jugek paintball ni, last main kat Morib. Main tak hengat, sampai berbirat lengan kena tembak tapi sangat fun. Akak suka la sukan yang lasak2 macam ni.

So, sapa2 yang berminat dengan challenge ni, boleh la contact incharge person seperti nama dan nombor telefon yang tertera. 

Good Luck!

Friday, March 25, 2016

temerloh @ global warming








Salam Jumaat yang penuh barokah.

Semalam my SIL yang duk Lipis tu tanya, betul ke sungai Pahang dah jadi macam ni??

Last kami balik ke bandar ikan patin, on 18-20 Mac 2016, few days ago. Ada lalu tepi sungai Pahang, saja lalu situ sebab nak cari gerai cendol sebenarnya, bukan nak tengok sungai. Tapi tertengok sungai jugek la sebab dah depan mata kan.

Round town sebab survey kedai jual shawl dan my mom bercadang nak makan cendol. Jenuh jugek la cari gerai jual cendol..hingga la ke tepi sungai Pahang tu tapi nampaknya tak ada rezeki.

Then, nampak budak2 main kat tengah sungai...(??), owh...dah jadi macam padang bola gayanya. Air sungai kering.





Pernah jugek dulu air sungai agak kering dan budak2 boleh main2 kat atas pasir tu, then macam ada "pesta" pulak kat situ. Kuasa Allah SWT, tak siapa yang boleh melawan kehendakNya. Biar pun waktu musim tengkujuh, air sungai Pahang ni bagaikan lautan tapi bila musim panas, macam ni la rupanya.

Fenomena macam ni menarik perhatian warga tempatan, gerai2 minum kat tepi2 sungai tu sentiasa penuh dengan pelanggan. Bot2 penambang yang ulang-alik ke seberang pun terpaksa mencari port yang sesuai untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Kalau ada orang nak berenang pun boleh..gayanya.

Thursday, March 24, 2016

santai @ artwood






Lama dulu this place tempat makan/minum biasa2 je, ada few wakaf dan kerusi/meja macam gerai2 lain jugek. But lately, with somebody's support, tempat ni dah bertukar wajah. Dah jadi ceria dan unik, boleh lepaking. Rasanya banyak jugek kos yang dikeluarkan oleh taukenya hingga jadi macam ni. Nice place to lepak.





Tempat ni kat depan Kompleks Kraf KL, Jalan Conlay. Ini la tempat yang kerap akak lepak + minum dengan kawan2 selepas selesai sesi exercise kat gym. Punya la dah biasa dengan budak2 waiter kat situ, even kalau tak bawak duit pun, still boleh minum/makan. Pay later la. Regular customer kata derang. Kalau 3-4 hari tak jengah situ, rasa macam tak complete...ewah...iye ke... =).





Kat situ ada masakan panas, kalau datang time lunch hour, boleh makan nasi kukus dengan ayam. Akak selalu request lamb or chicken chop, tak dapat2 lagi ni sebab still tak ada dalam menu...hehe. Kalau untuk minum petang, ada roti bakar, french toast, cekodok pisang dan pisang goreng, panas2 lagi. Laksa pun ada.






Since tempat ni sebelah Hotel Royale Chulan, kat situ dah jadi tempat lepak driver2 VIP. Kadang2 berlonggok driver2 ni sementara tunggu bos2 derang. Budak2 yang kerja kat hotel tu pun selalu turun makan kat situ, mungkin sebab harga lebih sesuai.






Dibina bertingkat2, ada corner untuk privacy, ada yang untuk group...it depends to you. Dah banyak kali jugek orang luar booked untuk buat birthday party kat situ. Malam pun still available.





Pic selepas hujan, 1st time akak menapak naik ke tingkat atas untuk feel yang berbeza =))



Tuesday, March 22, 2016

wedding photo shoot by tengkolokungu








Untuk penjimatan @ bajet, my cousin ambik TengkolokUngu sebagai photographer. TengkolokUngu ni is a new name tapi dah banyak tempahan diterima especially musim cuti sekolah. Owner TengkolokUngu ni kelulusan civil engineering tapi minat nak buat fotografi. 

Nak share beberapa keping foto yang fresh dari kamera TengkolokUngu ni.







I like this pic very much and much. They all ni my cousins, daughters and SIL. Muka memang nampal sepesen except pengantin pompuan, kacukan Kelate. Pengantin lelaki dari Bota. Bertenggek kat atas dahan pokok, kat tepi Pantai Sepat, Kuantan. Nice tempat ni.

Can see our happiness and "gila-gila" sebab bkn senang pakai baju kurung tapi nak panjat pokok. Woha!






Ahaaa..lawak ekspresi muka pengantin lelaki. Actually the photographer susah nak snap angle yang betul2 ngam untuk pengantin ni sebab pengantin lelaki quite tall. Banyak scene yang macam tak berapa kena. Ini adegan "dilwale", jenuh action...cut...action...cut.


Pelakon tambahan terdiri daripada tukang jahit berijazah, budak lepas SPM, ahli farmasi, student U cyberjaya dan budak fanatik main kayak yang baru form 2 =).


*Akak tak enterfrem sebab dah lebih umur...hehe.






Kesungguhan photographer nak snap pic yang terbaik untuk pengantin, dibantu oleh isteri tercinta. 

Jambatan ni kami panggil "jambatan cinta" sebab memang ramai pengantin yang buat photo shoot kat situ. Memang cantik. 

Untuk tempahan photographer @ TengkolokUngu ni, boleh la hubungi 
IKRAM 013-9988310. Location: Kuantan.
fb : tengkolokungu


Monday, March 21, 2016

from Bota to Kuantan, with luvs








Usai sudah majlis kawen adik sepupu di Kuantan, sabtu lepas. Banyak dugaan kali ni sebab kena tipu dengan pembekal canopy dan catering. Actually pakej sekali dengan mak andam dan mak andam la yang jadi dalangnya. Macam2 orang buat zaman ni, nak cepat kaya kot. Tak tau macamana derang ni menipu orang tapi tak rasa guilty pun.

Last minute, nasib baik dapat ganti dan alhamdullillah majlis berjalan seperti biasa. Teringat kata seorang sahabat...jangan percaya sangat pada orang walaupun orang tu dah lama berkawan dengan kita. Kalau dah kawan lama, mesti la sincere kan.






Ni hantaran pompuan kepada lelaki, tengok ler apa yang budak lelaki ni nak =).

Jarang2 tengok tapi memang ada orang buat PS sebagai hantaran kan. 






Waahhh...hantaran ni buat anak2 akak "terliur". Ewah...kecik2 lagi dah berangan nak pakai itu dan ini, pengaruh gajet kan.





Suka tengok jam tangan ni, menarik pilihan pengantin lelaki. 






Kasut pilihan pengantin pompuan, sweet jugek colornya. Akak minat jugek kasut macam ni sebab akak memang peminat wedges.






Barang2 kecantikan of coz kena ada kalau buat hantaran, baru la macam lengkap. Since kulit muka pengantin pompuan ni agak sensitif, jerawat senang naik...so kena pilih betul2.

Semoga derang ni kekal bahagia hingga ke Jannah.

Eh...akak nak bagi tips sikit untuk uols yang ada masalah jerawat senang naik ni. Cuba cari facial cleanser yang berasaskan tumbuh2an, natural gitu. In Shaa Allah ada impak yang positif. 


Thursday, March 17, 2016

juadah bajet








Just to remind, 06.06.2016 adalah tanggal kita mula berpuasa di bulan Ramadhan. Macam biasa, ada lagi saki baki puasa yang tak berganti. Eh...jangan ingat pompuan jek yang kena ganti puasa, lelaki pun ada "ponteng" puasa kan...jangan buat2 lupa pulak.

Kalau bulan puasa, belum tengahari lagi dah pikir nak masak apa untuk juadah berbuka puasa. 10 minit tu mesti buka blog masakan, nak cari idea untuk masak. Last2 on the way balik rumah, singgah bazar Ramadhan jugek.. =)

Tapi kenapa ye kalau ganti puasa, tak de la akak nak mencari idea bagai nak rak pasal menu nak berbuka puasa. Cukup la makan nasi dengan kari ayam, ikan kering dan ulam pegaga cicah dengan sambal kicap. Sebelum tu makan kek chiffon beli kat 7E dan nescafe latte. Hidangan macam ni sama kenyang jugek dengan hidangan yang hebat2 masa bulan Ramadhan tu.

Tu la namanya nafsu, kan. Nafsu nak membeli, nafsu nak memasak dan nafsu nak makan. Sudahnya makan banyak tu la jugek.

Eh..nak share sikit khasiat ulam pegaga ni. Yang ni akak beli kat pasaraya OTK, daunnya lebar...pahit giler. Khasiatnya banyak, untuk awet muda, kecutkan peranakan, lancarkan peredaran darah, tambah kekuatan fizikal, hilangkan bintik2 hitam kat muka, kurangkan berat badan, rawat demam dan penyakit nyanyuk, rawat pompuan lepas bersalin etc.

Tapi kena konsisten makan ulam pegaga ni, baru la ada hasilnya ye. 

Peace :)







Wednesday, March 16, 2016

canoe addicted







Hobi anak dara semenjak sekolah kat KL ni dan mungkin kebetulan rumah kami dekat jugek dengan tasik titiwangsa. Bermula dengan suka2, sekarang dah jadi addicted. Kalau boleh budak ni nak berkayak hari2. Mahu tak hari2 ummi sampai rumah pukul 8 pm...huhu.






Katanya tak semua negeri ada kelab kayak yang macam kelab kayak KL ni dan tak semua kelab yang ada tu aktif. Tapi kelab KL ni memang aktif, derang punya ahli2 muda remaja lagi. Dah macam2 competition derang masuk sampai ke Labuan nun, lebih hebat lagi sampai ke Thailand.





Ni semua muka2 ceria tak hengat walaupun berkayak tengah panas. Katanya tak pe muka sunburn, beli jek stok aloe vera untuk hilangkan kesan sunburn. Yup, berkesan. Uols kalau sunburn muka, sapu la aloe vera kat muka setiap malam sebelum tido. In Shaa Allah.

Dah pakai sunblock tapi still nampak gelap muka tu. Last2 someone cadang pakai aloe vera ni. Terima kasih banyak2. Walaupun pegi sekolah kena ejek muka hitam dengan kawan2 dia, budak ni memang slumber. 






Ini cerita hari sabtu lepas, budak ni attend klinik kayak buat sekian kalinya, nak achieve something katanya. Air tasik titiwangsa ni kadang2 "berombak" tapi budak2 ni okay je. 

Kalau sapa2 teringin nak main kayak during weekend, bayar RM5.00 je kat kelab ni, then uols dah boleh main kayak. One thing, sebaik2nya kena reti berenang la ye.






Kena ada kawan2 yang memang minat dengan aktiviti ni, kalau tak...latihan tak dapat nak buat konsisten. Biasa la budak pompuan kan, kena ada kawan kalau nak buat satu2 benda tu. Kawan tak datang, dia pun tak join la.





Nice view from tasik titiwangsa, boleh nampak KLCC.

Peace :)

Monday, March 14, 2016

mara digital







Nak snap pic elok2 tapi ramai sangat yang keluar masuk kedai ni, malu la pulak =)

Ok, semalam SRK ajak jenjalan hala ke Sogo. Actually dia nak survey handphone sebab handphone lama dia tu dah rosak, tak boleh nak slide. FYI handphone lama dia tu, akak yang hadiahkan.

Bukan nak pegi Sogo, bimbang jugek SRK kalau akak terlepas ke Sogo, mahu kopak beg duit sebab memang tengah plan nak beli handbag baru...tahun ni banyak kenduri, kena ada handbag baru (sangattttt...). Tak sampai Sogo pun, letak kereta kat depan Maju Junction dan menapak ke Pertama Complex.

Survey lebih kurang, haus tekak tawar-menawar, dapat la sebijik handphone. Amboiii...kalau dia nak beli, tak menyempat dah. Terus rembat. Kalau akak yang nak beli, siap tazkirah jangan membazir...kui3x ;)

Keluar dari Pertama Complex, terus terjah Mara Digital Mall. Hari tu dengar2 cerita jek pasal tempat ni, semalam berkesempatan menerjah sendiri. Ramainya orang kat situ. Akak dan anak dara cuma nak cari flip cover dan casing handphone, terus masuk kedai Ustaz ni. Rasa macam pernah terbaca pasal Ustaz ni kat FB. Memang ramai betul pelanggan kat situ.

Bukan nak tipu, tapi barang2 kat Ustaz ni memang murah. Kalau sengkek sangat, uols boleh beli casing handphone dengan harga seringgit, jangan tak percaya. Material macam sama dengan kedai2 lain yang jual aksesori handphone tapi harga memang menjunam. Kalau terdesak nak beli bateri handphone Samsung tu, boleh dapat kat Ustaz ni dengan harga RM35.00.

Kalau cakap pasal kualiti, I think lebih kurang sama walaupun ada ternampak barang dari China. Tapi forsure uols berpuashati sebab kalau beli yang mahal2 pun tapi pakai 3-4 bulan dah kondem, so kalau barang yang beli murah ni kondem, tak ralat sangat kan.





Dah puas pakai flip cover yang harganya antara RM25.00 - RM30.00 tapi sampai 2-3 bulan dah koyak, this time beli casing jek dengan harga RM10.00. Ada macam2 jenis ikut brand handphone. Lengkap, SRK dan anak dara pun beli, alang2 dah sampai Ustaz.

Untuk yang sedang mencari laptop yang sesuai, boleh la ke Mara Digital ni, banyak pilihan laptop. Nampaknya mall ni penuh dengan bumiputera, okay. Kat tingkat bawahnya banyak booth yang jual jubah dan dress, dengan harga paling murah RM100.00. Akak pun dah survey, boleh la nanti nak shopping untuk pakai raya =).

Saturday, March 12, 2016

myadinda @ online shopping







Akak follow blog Dr.Halina, suka baca life stories dia yang santai tapi complete. Bermula daripada tabiat dia yang suka main Fashion Design World game, game tu dah jadi realiti dalam hidup dia. Zaman sekarang kalau ada modal, In Shaa Allah plan akan jadi realiti. 

Maksudnya bertambah la online shopping website yang perlu akak visit =)

Last akak online shopping a few months ago, stop kejap sebab kena sound dengan SRK..hehe. Iye la kan, walaupun guna duit sendiri tapi kadang2 tak hengat, jadi syok pulak. Yang jadi syok tu sebab tak payah susah payah pegi shopping mall, redah jem etc, tup2 barang dah sampai kat tangan.







So far, barang2 yang akak beli secara online tak ada masalah. Tak pernah lagi pulangkan barang sebab rosak etc. Cuma nak elakkan beli barang yang mahal, bimbang kualitinya indah kabar daripada rupa. Nowadays duk usha wallpaper pulak, memang banyak yang berkenan tapi belum decide. Tunggu masa yang sesuai.

Semuanya kat hujung jari, kan :)

Friday, March 11, 2016

sentap tu tanda sayang









Risau kalau cakap2 akak, ada orang lain yang sentap, walaupun akak cakap main raban jek, tak tembak sapa2 tapi itu la...rambut sama hitam tapi dalam hati sapa yang tau =)

Bak kata sesetengah kawan, kalau sentap tu tandanya sayang. (????)

Akak jenis cakap direct, apa yang keluar daripada mulut, itu la faktanya. Bukan kat mulut lain, kat hati lain. Kadang2 tak perasan yang kata2 tu menyentap orang lain. Tapi tu tandanya orang lain mengambil perhatian terhadap kita..kan.

Kalau ikutkan maknanya, sentap tu dah macam marah. Berbuku kat hati, marah atau geram la tu. Ada something yang macam tak lepas. Kita lepaskan marah dengan pelbagai cara. Ada dengan cara maki hamun orang, lempar barang, diam seribu bahasa..dan ada jugek yang lepaskan geram dengan menulis..tu semua normal.

Di hari Jumaat yang mulia ni, jom akak sharekan ubat untuk meredakan kemarahan kita. Ye la...kalau asyik nak sentap atau marah, boleh stress dan stress tu punca kepada penyakit. Baik kita coolkan diri, ada jugek manfaatnya.

Tak nak bagi contoh orang lain, akak bagi contoh diri sendiri. Kalau akak marah, memang akak berdiam diri dalam tempoh yang agak lama, buat hati kering. Hati kering ni maksudnya akak tak pedulikan persekitaran, ambik masa untuk bertenang. Sebab apa? Sebab kalau akak terus bercakap, mungkin ada words yang keluar daripada mulut akak, tak begitu disukai oleh orang lain. So, lebih baik diam..kan.

Actually, it depends on how we manage the situation.





Marah boleh membuatkan otak mengeluarkan hormon noradrenalin beracun dan menyempitkan pembuluh darah. Sama2 kita beringat. Teringat pesan seorang sahabat yang rapat, kalau rasa stress dan marah, perasaan tu akan reda bila kita bersolat. Contohnya..kalau kita marah pagi tadi, kita solat zohor...reda sikit marah tu. Then, jumpa pulak dengan solat asar...makin reda marah. Jumpa lagi dengan solat maghrib dan isyak...lagi reda rasa marah tu. At the end, kita boleh tido dengan lebih tenang.

Bayangkan..buruknya kita semasa marah :)

Peace.





Wednesday, March 9, 2016

chicken curry in a claypot









Chicken curry ni cooked by SRK, guna periuk tanah. Suka pulak SRK nak masak guna periuk tanah, best katanya. Cepat panas dan cepat masak. Lauk panas dalam tempoh yang agak lama berbanding dengan periuk biasa.

Tak payah la kot share resepi chicken curry, resepi biasa2 jek...cuma SRK tak suka bubuh kulit kayu manis. So each time dia masak chicken curry, memang tak bubuh kulit kayu manis. To me, kureng la sikit rasanya. Punya la pekat kuah...banyak sangat santan la tu.

Nak guna periuk tanah, ada peraturannya sikit. Tak boleh basuh periuk waktu periuk tengah panas lagi. Biar periuk sejuk dulu, baru basuh. Ada macam2 saiz periuk tanah ni, ikut kapasiti hidangan keluarga. Kalau masak tomyam, memang sesuai guna periuk ni.

Yang ini akak beli dengan harga RM8.00, harga kawan2 :)


Tuesday, March 8, 2016

pets day



Anak2 dara memang minat sangat dengan kuceng, kalau boleh nak dukung..nak tido dengan kuceng tapi my mom dah tetapkan peraturan, not pets allowed in the house. Nak main kuceng just kat luar rumah jek. Nak bawak masuk rumah sekejap2 gitu, okay la.




Baru2 ni ada pertandingan kuceng oleh Kelab Kucing Malaysia, macam2 jenis kuceng ada. Memang best la tengok sebab jarang tengok saiz kuceng yang beso gitu. Macam anak harimau. Tapi kuceng2 tu semua macam pemalas, tido jek kejenya.





Pandai sorok muka kalau orang nak snap pic dia. Ye la, ada aircond...sedap tido kan. Ada yang pakai selimut lagi, kus semangat. Kuceng ni semua manja terlebih, makan pun pilih2. Kalau kuceng2 kat rumah mak akak, semua jenis lidah kampung. Makan mee goreng pun okay.. =)





Of coz kena melabur banyak sikit kalau nak kuceng2 kita cantik dan sihat. Bulu memasing siap boleh sikat kan...tebal...gebus. Nak jaga kuceng macam nak jaga baby la, ada jadual nak kena injection. Boleh..gitu? =)






Comel dan rapi bulu kuceng  ni, geram tengok. Anak dara tak lepas peluang nak dukung kuceng2 tu semua, except kuceng yang type tak ada bulu tu. Geli pulak tengok.






Come on...susahnya nak snap pic dia ni. Ni pun jenuh anak dara pusing sana pusing sini nak snap pic kuceng2 tu. Semua macam sorok  muka, sejuk sangat kot.





Walaupun muka penyet tapi dipanggil the cutest. Memang cute dalam type dia. Asyik tido memanjang, baru umor tujuh bulan. Banyak juga yang type muka penyet ni masuk pertandingan.






Tengok bulu dia...kus semangat gebussss. Geram tengok tapi akak tak minat nak dukung2 kuceng ni. Banyak bela kuceng tapi layan gitu2 jek.

:)