Friday, January 29, 2016

hidangan simple (2)






Tengah sibuk pindah rumah, lagi. Lima tahun duduk kat KL ni, dah tiga kali pindah. Kalau ikutkan memang rugi dari sesetengah aspek tapi keadaan tak menyebelahi kami. Lepas ni kena usaha beli rumah sebijik kat KL ni, susah jugek duduk kat rumah orang, macam2 hal. Nasib kita la kalau dapat owner yang baik dan boleh bertimbang-rasa. So far, tiga rumah, sorang owner cina, sorang india dan sorang melayu.

Paling okay takat ni, owner cina tu. Rumah baru dengan harga yang berpatutan, ada garaj kereta lagi. Rumah agak besar dan selesa dan privasi gitu. Yang rumah owner india tu, jap2 owner nak check rumah. Rumah apartmen biasa jek, ground floor. Komuniti campur termasuk foreigners. Jap2 owner call, nak remind bayar sewa. Rimas jugek.

Yang owner melayu ni pulak ada perangai lain. Rumah tak proper tapi tak bagi tenant repair, bimbang tenant main harga agaknya tapi owner tak repair2 jugek. Kadang2 owner wasap cakap we all bayar sewa tak cukup. Bila dah send slip bank, baru la minta maaf. Sesekali tu tak pe la, tapi kalau dah banyak kali, faktor umo kot. Umo 30an memang tempoh mencabar. Woha!

*******

Well, bila nak pindah rumah, kena la cuba untuk abihkan stok lauk dalam ice box. Masak hingga stok abih, tak kira la masak apa. Janji SRK dan anak2 boleh makan. Tapi dah banyak hari dapur tak berasap, pinggan mangkuk dan kuali duk dalam kotak lagi. Mana nak cari senduk dan sudu. 

=) peace.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...