Wednesday, December 30, 2015

nasi lemak tanglin




sumber : mr. google


Semalam seharian akak ke Batu Gajah, Perak. Menerjah ke satu tempat yang berdekatan dengan Kampung Pisang. Rupa2nya cerita zombi kampung pisang tu memang real buat kat Kampung Pisang ek?

Menyusuri nostalgia kat Kelly's Castle, nampak suram tapi sekarang ni kalau nak masuk, tak ada yang percuma. Kena bayar dan masuk layan diri sendiri. Even masuk toilet pun kena bayar kan =)

Sebelum masuk highway PLUS, singgah kat Tanglin untuk breakfast. Penuh dengan abang2 dan kakak2 polis kan kat situ. Dah lama tak singgah makan nasi lemak kat Tanglin sebab kalau nak harap drive sendiri, akak tak mahir jalan ke situ. Bimbang sesat weh...

Tengok kan punya ramai orang beratur nak makan nasi lemak tu, akak terus makan meehoon jek, beli kat kedai lain. Then, terus duduk kat kawasan open air belakang kedai tu. Baru nak duduk dah kena sound dengan abang bertopi (tauke kedai kot) sebab akak tak makan nasi lemak dari kedai dia, so kena duduk kat tempat lain.

Tengok kan kedai2 lain macam free seating jek. Sukahati korang nak duduk mana asalkan ada kerusi kosong. Tetiba brader ni nak sound pulak. 

Okay, no komen. Rambut sama hitam kan, dalam hati sapa yang tau.




Tuesday, December 29, 2015

main kayak pun okay




Yang tengah tu budak dari Thailand...


Last three weeks, anak dara dah joined KL International Canoe Competition kat Tasik Titiwangsa. Excited sangat walaupun dapat nombor 6 jek. First experience kan, lama2 nanti terror la tu. Dua hari jugek la budak ni berkampung kat situ.

Walaupun tak dapat top 3 tapi selepas competition tapi dapat free coaching session daripada coach negara Thailand. Jarang2 dapat peluang yang macam ni. Benefit lain, dapat jugek kawan2 baru dari negara2 lain.






Memang menarik bila dapat tengok banyak kayak kat tasik ni, meriah jadinya. Nak main kayak ni kena ada minat dan kesungguhan, dan stamina. Bukan mudah kan nak kayuh dan kontrol kayak sepanjang masa. Kalau tak stabil, terbalik la kayak tu kan.



Budak2 ni nak tunjuk baju kayak yang sponsored by sorang auntie ni..

Last two weeks, budak ni joined pulak competition kat Tanjung Malim. Berkayak kat sungai pulak tu, lebih mencabar daripada berkayak kat tasik. Air sungai agak deras, manakala air tasik statik sikit. Rasa tak boleh tido akak dibuatnya, mengenangkan anak dara nak berkayak kat sungai. Alhamdullillah segalanya berjalan dengan baik.



Anak dara (kanan)


Gigih nampaknya budak ni main kayak, tak jemu2 gayanya. Tak kira panas ke hujan, derang ni redah semacam jek. Kita pulak yang bimbangkan dia demam ke apa. 





Sempat pulak mandi sungai waktu tengahari gitu, syok yer dapat mandi sungai dengan kawan2. 4-5 orang tu budak2 sekolah dia jugek.






Ramai jugek budak2 pompuan yang suka main kayak ni rupanya, tak padan dengan badan kecik. Masing2 bersemangat nak menang pertandingan. New experience main kayak kat sungai.






New experience lagi sebab bermalam kat asrama UPSI, terasa macam budak2 U dah katanya :). Dapat lagi kawan2 baru, rezeki la tu kan. rezeki persahabatan.

it's my day







Some people get wiser with age. Some people get richer with age.

But the truth is everybody gets older with age.

Age is only a number :)








Monday, December 28, 2015

mini BBQ









Ingat lagi last year we all buat BBQ jugek menjelang new year. Saja nak buat happening kat rumah mak abah. This year buat lagi tapi bukan sebab tahun baru...tapi sebab nak makan ramai2 jek. My bro berusaha gigih beli tempat BBQ sebab last year bakar benda2 tu semua guna jaring biasa :)

Tak cukup korum tapi still buat jugek. Yang penting mak dan abah happy sebab boleh makan ramai2 gitu.






Disebabkan tak la ramai sangat korum nya, so buat ala kadar jek. Nak cari ikan yang best2, takde la pulak. Last2 beli je ikan kembung empat ekor. Harga seekor ikan kembung kat Bandar Ikan Patin is RM3.00 yer.

My SIL beli sosej, udang sikit...dan ayam. Untung dapat SIL yang rajin, so that akak boleh rehat banyak. Woha!






Sementara SIL bakar ayam sambil gurau senda dengan asbennya (my bro), akak goreng nasi dulu. Plan asal nak masak nasi goreng cina tapi anak2 tak nak pulak. Sudahnya goreng jek la nasi ikut citarasa tukang masak kan.

Air asam nak cicah dengan ikan, SRK yang buat. Memang dia yang terer buat pun. Resepi ibu mertuaku gitu.





Sambal kicap pun SRK yang buat. Sambil tumbuk lada, sambil temankan isterinya yang ini goreng nasi. Sweet gitu kan ;)

At the end, apa yang kami cari ialah mak dan abah happy dengan anak2 dan cucu2. Tapi mulai semalam rumah mak abah dah sunyi semula.








Wednesday, December 23, 2015

beauty tips







Tips kecantikan ni semua anak dara yang share, walaupun budak ni baru form one tapi dah bersembang pasal kecantikan kat wechat. 






Semua barang2 ni ada kat dapur kita jek kan, tak payah susah2 nak pegi salon etc. Tinggal lagi rajin tak rajin jek nak buat.






Nampak macam kejam kan nak bunuh jerawat tapi kalau kita tak bunuh jerawat, alamatnya memang teruk la muka kita. Alhamdullillah muka akak bukan jenis yang banyak jerawat, sekali sekala jek timbul.






Parut hitam uolls...ada tak? Kalau ada tu, boleh la cuba2 dengan tips ni. Ada kentang lebih2 buat kari atau sup tu, boleh la tenyeh kat muka kan. Bukan kat muka jek, parut2 kat tempat lain pun boleh.






A ah kan, kenapa nak membazir beli skrub kalau boleh buat skrub sendiri. Akak pun baru tau yang gula perang ni boleh dijadikan skrub tapi jangan la skrub kasar2 kan, nanti scratch pulak muka.







Last but not least, kalau rasa2 nak kulit cerah tu, beli tepung beras ni. Ni dah macam bedak sejuk la...gitu. Kalau dulu2 memang selalu jugek pakai bedak sejuk tapi sejak kawen ni, akak stop pakai bedak sejuk. Bimbang SRK terkejut. Woha!

Tuesday, December 22, 2015

rambut sama hitam






Biasa dengar penyewa yang suka buat hal kat rumah yang disewa kan. Tapi owner rumah pun ada jugek perangainya. Rumah akak yang dikatakan kondo tu tapi mungkin belum boleh disebut kondo, owner memang macam susah nak bertolak ansur walaupun sama bangsa dan agama. Rambut sama hitam kan tapi dalam hati perut, tak ada sapa yang tahu.

Grill pintu masuk rumah sejak akak masuk rumah tu, memang rosak dan tak dibaiki. Bila kita nak baiki sendiri, owner tak setuju. Bimbang kita main harga, nanti tolak sewa rumah banyak sangat. Tunggu owner cari sendiri tukang baiki grill, dah masuk setahun...tak jugek baiki. 

Ada lagi yang dibiarkan rosak, lampu yard dan balkoni, paip air dalam kedua-dua toilet. Mana boleh jadi kan kalau paip air rosak, lepas tukar paip lain, akak send bil beli paip air baru kat owner. Jangan cakap RM140.00, 14 hinggit jek uolls. Yang 14 hinggit tu la owner gagal nak baiki.







Perihal penyewa rumah akak kat Kuantan tu pulak, lepas tak bayar sewa dua bulan, terus cabut lari dengan kunci2 rumah sekali. Rumah pun tak semenggah dengan paip air patah, dinding berlubang etc. Kecewa kami dengan perangai manusia macam ni.

Ahad lepas kami dah bersemuka dengan bekas penyewa yang macam baik hati ni. Penyewa "serah diri" bila kami ugut nak buat kes polis. Bila tengok muka budak tu, akak rasa macam nak pecahkan kepala dia jek lempang jek muka dia sebab muka dia macam tak bersalah. Nasib baik ada SRK yang cool, boleh tenangkan keadaan.

Sebab apa akak rasa nak lempang muka dia? Sebab tengokkan bil eletrik yang terakhir dia tinggalkan, ada RM1,000 ++ dan bil air RM140. Yang lawaknya, wife dia siap nak claim kos cat dinding2 rumah yang jadi kaler hijau tu. Ini la akibat tak faham isi kandung agreement kan, sendiri mau cat, sendiri la tanggung kan :)

At last, dia setuju untuk selesaikan semua masalah. Tengok nanti macamana, nak tengok dia buat ke tak sebab nak bayar sewa rumah pun payah. 

Rambut sama hitam kan. Boleh kena darah tinggi ni.

Saturday, December 19, 2015

baucer ayam penyet







Dah lama tak makan ayam penyet. Bila akak offer kat anak2 nak tak makan ayam penyet, laku rupanya offer akak ni. Sebenarnya ayam penyet bukan la luar biasa sangat kan, just nasi putih dengan ayam goreng dan tempe. Makan dengan sambalnya dan ulam2 sikit. Then ada extra soup. Yang berbeza mungkin rasa rempah ayam goreng tu dan macamana ayam tu dipenyetkan?? =)

Bawak anak2 makan ayam penyet kat Sunway Putra Mall, ni first time akak menerjah ke situ since tempat tu dah renovated. Kalau zaman dulu2, The Mall tu memang femes betul kan....salah satu mall yang popular.




Dapat pulak baucer ayam penyet, kena redeem sebelum atau pada 31/12/2015 ni, ada masa lagi kan. Daripada harga asal RM17.00. boleh dapat harga promosi RM10.90. Okay sangat dah tu sebab harga set ayam penyet ni boleh tahan jugek. Makan dua set dengan air sekali dah cecah RM30.00. Bayangkan kalau bawak anak2 empat orang, kempis jugek wallet kan.

Layan jek :)




Friday, December 18, 2015

room @ awana genting highlands







Since my roomate dari Kuching dah checked in dulu kat bilik, harus la dia dah bergolek2 kat atas katil kan. Katil single tapi boleh tidur berdua sebab besar. Kalau bawa dua orang anak, sedang elok kan. Kalau anak lebih daripada dua orang, boleh ambik extra room :)











Akak noticed something. 3 years ago bilik2 memang tak ada aircond sebab dah memang sejuk udara kat situ. Tapi sekarang, akibat global warming kan, dah ada aircond dalam bilik, selain daripada kipas angin.

One thing, tak ada lotion la kat bilik. Biasanya duduk hotel, complete ada syampoo, sabun dan lotion. Walaubagaimanapun nyenyak jugek tido :)

Thursday, December 17, 2015

jalan2 @ quill city mall







Tengok la betapa happynya budak baru habis SPM bila dapat jalan2 kat shopping malls. Zaman ni kan, Gen Y memang fikir shopping mall jek...fikir gadgets jek kan. Daripada tak ada mood, mood terus melompat-lompat bila ajak jalan2. Kus semangat.

Bawa anak2 jalan ke Quill City Mall untuk beli something. Actually nak terjah ke Aeon kat situ. Pegi naik tren je, tukar naik monorail kat Titiwangsa. 10 minit jek perjalanan berbanding dengan naik kereta, malas nak hadap jem.

Sampai2 jek kat situ, masing2 lapar dan haus, terus naik kat food court. Makan hot & rolls jek, depan restoran nasi kandar. Restoran nasi kandar ni sesuai untuk smokers sebab dia ada sediakan ruang makan yang open air kat sebelah luar.






Teringin nak main giant monopoly? Boleh pegi quill city mall, orang dewasa pun boleh main kalau nak test tahap IQ =)). But for me, bila dah terlalu besar, dah jadi macam susah untuk move dan game pun jadi macam slow.

Untuk penggemar Teh Tarik Place, kat situ pun ada branch...selain daripada kat Jalan Pahang (depan entrance HKL). So, tak payah pegi jauh2 untuk orang sekitar town centre ni. H&M pun ada, kedai buku MPH pun ada. Tak ketinggalan, TGV Cinema.





Budak addicted main kayak ni dah nampak gelap kulit muka, hari2 berjemur. Ada satu tempat / dinding kat quill city mall ni, nampak ada ramai budak2 suka posing ambik gambo kat situ. Dindingnya batu bata. So, my doters pun ambik kesempatan posing sama. Warna tudung creepe sedondong dengan warna dinding. Kebetulan.






Wednesday, December 16, 2015

makan-makan @ awana genting highlands






Apa yang paling best kalau pegi attend kursus atau meeting kat somewhere?? Of coz la pasal makan kan. Satu lagi faktor akak pilih Awana Genting Highlands ialah sebab kat situ ada banyak pilihan makanan. Better than kat The Zone Jalan Ampang...okay =).

Sayur2 tu konon nak makan tapi agak keras, tak cukup masak untuk dimakan. Tak tau pulak kalau2 ada orang memang ratah bunga kobis mentah2 gitu. Tak ada kot.

French toast memang one of my favourites akak sejak azali sebab mak dah didik makan roti telur since budak2 lagi.






Second day still makan french toast sebab nak elak makan pagi food yang heavy kononnya. Nak elak makan nasi lemak, padahal ada jek food lain nak makan tapi kata sorang kawan, mee goreng dia kurang ummpphhh that day. Okayyyy.

Sosej memang tak boleh nak tinggal kot kat hotel2 ni, mesti ada kan dalam menu derang. 






Jom tengok kerabu pulak. Banyak jugek kerabu kat situ, budu dan cencaluk pun ada nampaknya. So, kita ada pilihan nak makan. Kerabu ikan dia quite okay tapi macam terasa sangat ikannya. Half cooked, maybe. Kerabu udang tu macam biasa jek rasanya, tak ada yang special.






Nak jimat pinggan ataupun malas nak bangun banyak kali, tu la kisahnya. Kerabu dan kuih campur sekali dalam satu pinggan. This time ada kerabu daging, quite nice rasanya dan ada buah2an yang selalu kita buat jeruk tu, dia masak berlada aka pedas. Yang ni different taste sikit, di luar daripada kebiasaan.






Ini lunch for the last day before we go back to KL. Bila dah last day, meaning dah macam tak tau nak makan apa kan. Ambik la jugek sikit2...paru...udang...lala dan mr. crab. Nak tegur sorang kawan yang hari2 makan crab selonggok bubuh dalam pinggan walaupun dia ada sakit lutut. Tapi takkan nak larang orang nak makan pulak kan...hehe.

So...layan jek la ye.

Tuesday, December 15, 2015

awana genting highlands







Second time buat program kat Awana Genting Highlands ni, so tempat dah quite familiar. Senang sikit nak uruskan sebab dah tau macamana rooms and halls dia. Why pilih tempat ni?? Satunya sebab tak jauh mana dari KL, so tak penat nak travel. Keduanya sebab tempat ni ada facilities yang lengkap to fullfill our programme. Ketiganya sebab my boss suka golf. So...kita mesti pilih tempat yang ada golf. Woha!!

Ini kira programme of the year la. Kalau orang declare wedding of the year etc, so akak declare programme of the year sebab almost 200 participants yang berkampung kat atas bukit ni. Mahu tak pening kepada nak handle program macam ni tapi atas teamwork yang jitu among collegues, alhamdullillah semuanya berjalan dengan baik.






Third day, we all ada teambuilding...kena buat jungle tracking. Semua kena join kecuali yang sakit dan yang pregnant. Memang interesting sangat aktiviti ni, mencabar ketahanan fizikal masing2. Since akak dah tiga minggu tak buat workout kat gym, boleh la imagine macamana stamina akak nak daki bukit bagai tu. Ketat dada rasanya nak bernafas tapi akhirnya berjaya jugek sampai ke destinasi akhir jungle tracking, di temani dengan tiga ekor pacat.

Tengok tu..derang siap berehat kat dahan2 pokok sebab keletihan yang amat sangat.

My collegue ada yang keluar airmata nak habiskan aktiviti ni, memang penat sangat. Nasib baik cuaca kat situ elok...tak hujan dan tak panas.






Lepas jungle tracking, ada pulak aktiviti nih...ada berani ke? Pada mulanya akak nak join jugek aktiviti ni tapi since instructor tak bekalkan gloves pada kami, akak mula cuak dan tak nak ambik risiko. Lagi pun akak tak pernah praktis buat aktiviti ni. Tahniah kepada semua kawan2 yang berjaya menyahut cabaran ni.



Friday, December 4, 2015

rumah prima







Selepas meronda kat pesta buku hari tu, akak terus naik ke tingkat atas untuk meronda kat pameran perumahan prima pulak. Ramai orang kat situ, cabutan bertuah sedang berlangsung. Kaunter pendaftaran dibuka kepada orang ramai tapi akak dah pun mendaftar secara online. Dah pun buat pilihan lokasi.

Bercadang juga nak memiliki rumah prima kat area Kuantan. Kalau tak Gambang, kat Bandar Damansara, Kuantan pun okay jugek.  Rumah teres setingkat baru RM163,000.00. Sama dengan harga flat kos rendah kat KL ni.






Menggunakan model kanak2 yang sama, tu antara senarai projek rumah prima yang dilaksanakan kat KL. Kalau tengokkan lokasi2 tu, semua tempat sesak kan. Tapi kalau ada rezeki, apa salahnya.

Teringat rumah akak yang bukan projek prima kat Kuantan tu. Masuk bulan ni bermakna dah dua bulan penyewa tak bayar sewa. Whatsapp tak reply, call lagi la tak nak jawab. Betul la orang cakap, rambut sama hitam tapi hati perut tak ada sapa yang tau.

Muka lembut tak semestinya baik, muka gangster tak semestinya jahat kan.

Wednesday, December 2, 2015

pesta buku








Nasib baik ada kawan bagitau tentang pesta buku kat PWTC. Anak dara dah tak sabar nak pegi sebab budak ni tengah kemaruk baca novel fixi. Pengaruh kawan2 sungguh. Kalau boleh dia nak beli trilogi novel, cerita yang bersambung2 gitu.

SRK cakap jangan hampakan anak kecik dia. Ok. Naik tren jek nak ke situ, kalau naik kereta, harus akak menggagau cari tempat parkir. Ye la, sebut pesta buku jek, mesti ramai nak serbu kan.

Actually tak happening sangat pesta buku yang ini, biasa2 jek tapi harga buku memang agak murah dan memang ada yang murah giler. Teringat anak dara yang sorang lagi tu. So, why not belikan dia novel sebijik dua kan.

Trend bacaan anak2 dara akak ni agak berbeza. Adik lebih suka novel fixi atau fiction, thriller gitu. Kakak pulak suka novel2 cintan, terbuai2 dengan watak2 dalam novel... That is why drama2 yang di adaptasikan daripada novel, kakak dah tau dah jalan cerita. Apa pun pesta buku yang ni dah tamat hari ahad lepas.

Selepas membelek novel fixi tu, sapa2 yang berminat nak tulis novel fixi, ada kriteria dia sendiri. Antara kriterianya ialah ...tajuk novel mesti satu perkataan jek dan jalan cerita mesti ada unsur2 fiction dengan penggunaan bahasa yang mudah. Bahasa Melayu dan Inggeris boleh campur adukkan. Nak best lagi, mampu tulis novel secara trilogi.