Friday, October 30, 2015

muslimah workout








Akak nak share lagi pasal buat workout tapi akak sendiri pun dah dua minggu tak sempat nak masuk gym... ngeee. Kali ni nak share pasal muslimah workout. Benda ni pun akak baca dan share daripada laman web Kevin Zahri. Sapa tak kenal Kevin kan, program jom kurus dia kan famous. Kaedah Kevin untuk bantu orang ramai kuruskan badan dengan cara sihat memang berkesan.

Ada sorang kawan tu, dia mengurangkan berat badan dengan cara berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Kemudian ditambah dengan diet dan senaman yang betul. Memang dia berjaya kekal sihat dan fit. So, buat slow2.






Anyway, jangan terlalu paksa diri untuk buat workout. Mungkin ada senaman yang macam menyakitkan badan kita, tak selesa. So, buat setakat yang mampu. Yang penting senaman kena selari dengan pemakanan (diet). Biar tak nampak kurus sangat tapi badan fit dan sihat, daripada badan kurus tapi tak sihat dan tak fit. Boleh buat kat rumah secara berkala.

Selamat bersenam!

Tuesday, October 27, 2015

mee mamak jek pun






Hari ni lunch kat Briyani House, The Royale Chulan. Teringin nak makan mee mamak sebab rasa malas nak makan nasi. Semalam dah full dengan nasi, tengahari makan nasi, malam pun makan nasi. Dah gemuk rasanya :P

So, ajak my friend temankan makan kat Briyani House ni. Lagipun dah lama tak terjah ke situ, merajuk kejap sebab service macam slow. Tapi tadi service dah okay, cuma masalah komunikasi pulak dengan waiter. That's why awal2 akak dah tanya, "can you speak Malay?". "Yes, madam". Waiter tu angguk tapi akak order coffee, dia buat bodoh. Bila tanya ada tak mee mamak, dia macam blur. Bila dah tunjuk kat menu, baru dia cakap "ada". Cool.




Sumber : Mr. Google


Tak sempat nak snap foto mee mamak kat Briyani House ni, actually tak teringat nak snap sebab asyik berborak pasal hal jual beli kereta. Rasa nak terlekat mee bila dengar kadar interest kereta agak tinggi sekarang ni. Nasib baik dah plan awal2 dulu.

Itu perihal kereta. Ini...makan mee mamak jek dah RM8.00 ++. Nasib baik agak puas hati dengan rasanya. Alhamdullillah rezeki untuk hari ini.










Monday, October 26, 2015

late breakfast








Rezeki bila balik kampung, mak dah ready dengan buah mangga. Ini la untungnya kalau duduk kampung, boleh tanam sendiri pokok buah-buahan. Sebakul mak ready untuk akak dan abang long yang kebetulan balik kampung jugek. Banyak betul buahnya, sampai mak dan abah tak termakan. Akak tak tolak sebab ni memang favourite akak. Boleh makan macam tu jek ataupun buat sambal mangga. Memang menambah nasi la....






Biasanya during weekend, we all akan breakfast lewat sikit. Kalau hari kerja, pukul 8 pagi dah berduyun pergi breakfast tapi hari sabtu dan ahad, pukul 10 baru nak breakfast. SRK pulak nowadays nak kurangkan breakfast yang heavy, kononnya la. So, kalau akak masak roti tu, memang sesuai la. 

Masak roti telur yang digoreng dengan hirisan bawang merah dan lada merah. Goreng dengan marjerin atau butter. Masak tujuh keping, sekali hadap jek dah licin. Telur separuh masak macam dah jadi wajib setiap minggu, makan sebijik sorang. Kalau terlebih masak, anak dara reject pulak. So, didihkan air, bila dah didih, masukkan telur dan matikan api dapur. Rendam dalam 20 minit, untuk telur gred A. Kalau telur gred B ke bawah, saiz agak kecik...memadai rendam 15 minit. Ni versi akak.

Ramai kan yang failed buat telur separuh masak?? Kan..kan...kan...sebab dulu2 akak pun failed =).

For dessert, of coz buah mangga fresh from my village.

calon SPM2015



Jumaat lepas akak ambik cuti, khas untuk menghadiri perjumpaan dengan cikgu sekolah anak dara yang calon SPM 2015 tu. Pentingnya nak bagi moral support kat anak yang nak tengah nervous dan stress sebab SPM dah tinggal kurang lebih dua minggu jek lagi.  Maka, ummi uruskan anak dara yang besar, manakala abahnya uruskan anak dara yang kecik. Anak dara kecik tak boleh nak dipontengkan sekolah walaupun dah dapat cuti free empat hari angkara jerebu.

Hari jumaat tu la jugek cikgu dia nak buat exam akhir tahun, walaupun jadual exam tak bagi lagi. Zaman ni, cikgu bagi info thru whatsapp dan thru wechat jek. Camna pulak kalau ada anak2 atau parents yang tak ada wechat??

Either cikgu dia suka atau tak suka, akak terus whatsapp cikgu untuk bertanyakan hal yang sebenar. Panjang lebar cikgu explain tapi okay la...boleh terima :)



Subjek utama foto :  KUCING

Drived alone to Bandar Ikan Patin di pagi jumaat memang tak ada masalah. Terus ke sekolah anak dara tapi akak antara ibu / bapa yang terakhir berjumpa dengan cikgu. Berbincang sedikit sebanyak dengan cikgu, nampaknya cikgu suka speaking masa berbincang. Owh...cikgu kelas English rupanya =).

Alhamdullillah potensi untuk score banyak A tu ada. Setiap student memang ada potensi untuk score, tambah lagi usaha daripada diri sendiri tu penting, solat kena jaga, doa banyak2 kepada Allah SWT dan selebihnya baru la tawakal. In Shaa Allah.

Doakan yang terbaik untuk anak2 kita.







Monday, October 19, 2015

wedding & reunion



2 dalam 1, gitu la yang boleh akak katakan bila bertemu dengan kawan2 lama kat kenduri kawen kawan, sabtu lepas. Biasanya kalau kami plan nak buat reunion kat mana2, mesti susah betul nak jumpa ramai2. Yang datang berapa kerat jek, maybe disebabkan lokasi reunion atau tarikh yang dicadangkan. Tapi bila mendapat jemputan kawen, alhamdullillah this is the best time nak jumpa kawan2. Orang mesti pergi jemputan kawen.

Ramai yang datang tanpa pasangan, bawa anak2 jek, termasuk la akak sendiri. SRK ada meeting pada waktu yang sama, so dia suruh akak layan diri ditemani oleh anak dara yang sorang tu. Walaupun kurang mahir dengan jalan2 sekitar Lembah Klang ni tapi akak main terjah jek. Nasib baik tak sesat.





Ni semua kawan2 kat business school dulu. Memang happening bila jumpa balik ramai2, ada yang tak berubah muka...ada yang berubah saiz... ada yang berubah style etc. Sorry to say, yang pompuan nampak vogue2 lagi tapi yang lelaki...hmmm...tak reti nak jaga perut =). 

Walaupun ada yang dah jadi boss, ada yang memilih untuk jadi housewife, kerja gomen dan swasta, bisnes sendiri tapi bila jumpa macam ni, jawatan2 tu semua letak tepi. We are friends. Siapa la kita tanpa kawan2...kan. 

Alhamdullillah akhirnya kawan akak ni bertemu dengan the other half walaupun umur kami sebaya. Jodoh dan pertemuan segalanya ketentuanNya. Pengantin baru ni dah pun selamat tiba di Hong Kong untuk sesi honeymoon. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.


Thursday, October 15, 2015

kerabu perut by SRK




Dah lama tak makan kerabu walaupun kerabu is one of my favourite foods. Petang semalam, sementara tunggu anak dara training kayak kat tasik titiwangsa, akak cuci mata kat Setapak Sentral. Memang ada niat nak cari present untuk wedding kawan, sabtu ni. Then, niat juga nak cari belt untuk anak dara dan beli barang dapur sikit2. Alhamdullillah SRK pun free dan boleh temankan. Tak best jenjalan sorang2..kan.

Eh, punya la ramai orang kat tasik titiwangsa, petang semalam. Tak ada function atau program apa pun tapi car park memang full. Sesak dengan orang ramai, balas dendam kot nak keluar bawa famili pergi rekreasi. Couples bukan main ramai lagi...seronok ek dating kat tasik =).






Sampai kat Setapak Sentral, SRK pulak yang lebih2 nak survey kasut sukan. Dia tengah giler main badminton, lepas tu berangan nak jogging kat tasik. Bagus la tu kan untuk kebaikan bersama :).

Lama juga we all ronda2 kat situ. Owh...sekarang dah ada buskers kat situ, tak kira maghrib ke apa, they all semacam jek menyanyi. Please la sensitif sikit, kan. Hormati waktu solat.

Masuk ke Econ Save, SRK terus capai bakul...ewah..kalah makcik. Terus pergi beli perut lembu, nak buat kerabu katanya. Okay, I follow. Dia memang suka makan kerabut perut. Dulu2 dia makan perut rebus ni cicah gitu jek dengan budu. Setel dua pinggan nasi.

Balik rumah terus rebus perut ni, sebelum tu basuh dulu dengan tepung dan cuka. Actually perut tu dah pun bersih dan putih, so kita ulang basuh lagi untuk lebih bersih. Lama merebusnya dekat sejam gitu, tu pun still keras. Eloknya rebus selama sejam setengah, pastu baru la potong2 untuk dibuat kerabu. Kerabu simple ni perut + timun jepun + tomato + cili api + ikan bilis + air limau kasturi + garam + gula. Siap untuk dihidang.





Wednesday, October 14, 2015

Awal Muharram








Dengan segala rendah hati, akak dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram. Mohon maaf atas segala kekurangan dan segala kelebihan itu tentunya datang daripadaNya.

Kita tutup buku lama dan buka buku baru. Semoga buku baru kita nanti dipenuhi dengan kebaikan2. In Shaa Allah.

Tuesday, October 13, 2015

cyberview resort & spa



Hari ni kalut sikit, kena pergi Cyberjaya untuk attend seminar. Kalau tengok kan modul seminar ni macam tak berapa ada kena-mengena dengan department akak jek tapi tak pe, no problem. Dapat makan free uolls. Lagipun ini first time akak menerjah ke Cyberjaya, koman betul kan. Naik highway mex, kejap jek dah sampai Cyberjaya, zon jerebu tak hengat. 




Seminar hall tak penuh pun, ramai tak datang kot. Majoriti participants ialah travel agencies, rasanya. Chinese ramai datang sebab topik hot yang dibincangkan ialah kebenaran visa untuk pelancong dari China. Baru akak tau dan faham yang China ni antara negara yang berisiko, ramai pelancong cina yang datang ke negara kita tapi hilang dalam negara kita, tak balik2. So, can uolls imagine kat mana derang ni lesap?? So, that's why undang2 untuk visa pelancong dari China diperketatkan. Meanwhile, negara kita menghadapi kemerosotan kedatangan pelancong dari China since kes MH370. Okay, understood.






Cantik resort ni, chalet dalam garden la katakan. Kat tepi hall ada kolam tapi macam bukan kolam renang. Nice view, penuh dengan pokok2 hijau. Snap gambo sambil minum teh, cover perasaan mengantuk.






Air kolam ni berombak-ombak gitu, pastu macam nampak ikan2 dalam tu. Takkan la kolam renang kot. Susah jugek nak maintain taman dalam resort macam ni.






Walaupun begitu, still ada kerusi rehat kat tepi kolam tu. Ini jek gambo2 yang dapat akak snap sebab kaki lima hall mengadap pool ni. Ada la sorang dua mat dan minah saleh membakar badan dalam jerebu...hehe.



Carrot cake dia memang sedap, terbaik. Sambil makan kek, makan jeruk buah pulak.


First time tak sempat nak snap gambo food sebab nak cepat. Mak aiiii...food kat situ memang giler banyak, memang tak termakan. Set nasi jek dah ada 4-5, setiap set nasi, ada lauk-pauknya sendiri. Macam2 ada...kalau tak nak makan nasi, boleh makan pelbagai mee. Jeruk ada, ikan bakar pun ada. Nak makan kambing, pun ada. Tak suka kambing, boleh try set ala2 timur tengah. Kalau tak suka lagi, boleh try set nasi ala2 kampung sebab uolls akan jumpa budu, cencaluk etc. Kelassszzz. Pendek kata konsep dia memang nak puaskan hati pelanggan.

Sesuai kalau kita nak bawa family atau nak organize kursus kat situ. Santai.



Monday, October 12, 2015

international wedding



Weekend yang agak busy. Sabtu, busy memontengkan anak dara daripada sekolah sebab dia nak tengok game polo air kat tasik titiwangsa. Kelab Kayak KL masuk game, so dia tak nak terlepas. Kat sekolah katanya cuma ada program anugerah ko-kurikulum untuk students. Budak zaman sekarang, awal2 dah plan dengan kawan2. Sorang kawan lagi tak hadir ke sekolah sebab rumah tak ada air...so tak dapat nak mandi. Harus..kan :)

Petang sabtu temankan one of my best friend shopping keperluan kawen kat sekitar Jalan Masjid India dan Kenanga Wholesale Center (KWC). Jenuh satu petang temankan dia. Decided to get married at last minute. Not with Malaysian but with Bangladeshi. Woha!!!

Akak yang terperanjat lebih walaupun dah lama tau affair dia tapi walau kita mengelak macamana sekalipun, kalau dah jodoh tak ke mana kan. Yang penting perlukan restu mak dan ayah. Mak dia dah tak ada, tinggal ayah. Walaupun pada mulanya ayah tak bersetuju 200% tapi akhirnya ayah mengalah jugek. Tapi kita tak tau apa yang tersirat dalam hati ayah, kan.






Membuat satu keputusan yang sukar adalah sukar. Tambah lagi keputusan itu melibatkan masa depan diri sendiri dan keluarga. Apa pun, hanya doakan yang terbaik untuk kedua2nya.

Preparation dibuat last minute tapi alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar, walaupun ada problem bahasa sikit semasa akad nikah. Yang lawaknya, SRK jadi peneman pengantin lelaki sebab dia tak ada sapa2. Tok kadi pun jadi berpeluh bila pengantin lelaki susah nak menyempurnakan akad nikah. Maklum la, international wedding. Tapi lana nodin dan nurul wahab pun boleh kawen dengan mat saleh kan. No problem at all. Islam itu memudahkan.

Akak dan pengantin pompuan jek yang tak abih2 gelak dari jauh, tengok gelagat lelaki.






Yang wajib dan ikut adat budaya mesti ada, mas kawen dan cincin nikah. Kalau lelaki melayu selepas nikah mesti gelojoh nak terus pergi kat pengantin pompuan, nak sarung cincin. Tapi this man macam tak reti2 nak pergi sarung cincin. Memang lawak. Hinggakan akak terpaksa bagi signal kat SRK suruh pengantin lelaki sarung cincin. Actually akak bukan bagi signal tapi terus melaung panggil SRK. Seposen betul muka akak semalam. Ngeeeee....

Semoga berbahagia hingga ke Jannah...Aamiin.








Thursday, October 8, 2015

sambal tomato vs. pancake







Malam tadi masak simple2 jek, makan berdua dengan anak dara sebab SRK ada hal, jam 11.45pm baru dia sampai rumah. Tapi dia still nak dinner kat rumah sebab dia memang type yang kurang minat makan nasi kat luar. Sebab dia makan banyak... :)

Simple sangat menu malam tadi, singgang ikan selayang, buat dua ekor jek. Goreng ikan jaket untuk anak dara. Ikan jaket ni sumbat dulu dengan cili boh + bawang + kunyit + garam sebelum goreng. Makan panas2 memang sedap. Then buat sayur air bayam, buat seikat kecik je...bimbang tak abih makan. Last sekali buat sambal tomato, penambah selera.

Sambal tomato ni akak tumbuk dulu cili api dan ikan bilis. Lepas tu tumis sikit, hiris bawang merah dan masukkan sekali untuk ditumis. Dah agak masak, baru la masukkan buah tomato. Masa tumbuk tadi dah bubuh garam sikit. Memang best makan dengan nasi ni...macam sambal hitam Pahang la lebih kurang fungsinya. Yang penting, SRK suka.



Pancake atau lempeng ni  menu minum petang yang disediakan oleh SRK, kelmarin.
Hati isteri mana yang tak berbunga2 bila balik kerja...buka pintu jek dah nampak tersedia pancake...uolls.
Bismillah...terus makan jek la.


Minum petang kelmarin dulu. Balik awal dari ofis tapi sampai rumah jam 6.00pm juga.

One thing yang akak tak puashati ialah bila akak masak pancake, tak jadi cantik macam SRK masak. Heran betul...hehe. Maybe sebab ingredients nya yang berbeza. So, oleh kerana SRK masak pancake lagi cantik, elok la dia take over terus... =).

Pancake ni menu wajib masa akak kecik2 dulu, selain daripada cekodok bilis. Kalau mak yang buat pancake dan cekodok, memang tak cukup kami makan adik-beradik. Eh...adik-beradik ada tiga orang jek...bukannya ramai.. Menu yang tak jemu, evergreen.




Wednesday, October 7, 2015

menu zon jerebu



Ada kawan tanya macamana akak basuh daging kambing supaya tak berbau hamis. Actually daripada proses mula sembelih lagi dah memainkan peranan. Kalau orang tak reti sembelih, memang daging akan berbau hamis. Hari tu, akak basuh daging kambing guna tepung gandum dan daun kari. Then my mom cakap boleh jugek basuh guna air limau kasturi atau limau nipis. In Shaa Allah daging tak berbau hamis bila masak nanti.

Tapi kambing kan sinonim dengan tabiat tak mandi, mesti la berbau kan.




Goreng kacang buncis dengan daging kambing, korang pernah masak?? Mesti jarang dengar kan tapi akak masak. Sama macam kaedah goreng dengan daging lembu atau kerbau, tak ada beza. Sedap.





Dah lama tak masak stew ayam...memang lama sangat dah. Entah macamana teringat nak masak stew ayam, terus buat. Patut bubuh lobak merah nak bagi rasa manis dan kaler sikit tapi akak bubuh kobis jek sebab tak ada lobak merah. Nak bagi ada rasa masam sikit, patutnya ada buah tomato tapi stok dah abih. Ganti dengan air lemon. Okay jek kot.

Stew ayam pun tak susah nak masak. Budak2 pun reti nak masak.





Ada pulak mee goreng versi untuk budak2. Campur sayur sikit2 jek, bubuh ayam dan fish cake. Akak kalau masak mee goreng, mesti bubuh sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap masin, sos tiram dan kicap pekat untuk kaler.

Ni la menu zon jerebu :)





Tuesday, October 6, 2015

salon lagi



Mentang2 orang bagi free service kan tapi taukenya sendiri yang invite pergi salon dia, selagi dia tak puashati dengan treatment rambut yang akak buat. Well, sepetang lagi kat salon. Bawak anak dara jugek as peneman. Punya la lama duk kat salon sampai anak dara cakap dia dah mereput tunggu ummi. Kasi chance la kat ummi ni nak manja2kan diri jugek.

Layanan derang kat salon ni memang best. Dihidangkan air nescafe untuk akak sebab lama menunggu. Sedap nescafe yang budak Elly tu buat. Fyi Elly tu pekerja salon yang berambut blonde tapi dah berpunya dan berasal dari Sumatera, Indonesia. Putih melepak orangnya. Elly cerita baru2 ni keluarganya datang dari Sumatera untuk beraya kat KL. Kesian jugek Elly ni, tiga tahun sekali baru dapat balik kampung.






Selain air nescafe, Elly suruh akak test makan buah dari Sumatera ni. Sori...akak pun tak tau nama buah ni tapi yang pastinya bukan buah pisang kaki. Sekali tengok macam buah ciku tapi kulit ciku macam keras sikit. Sambil manjakan diri, sambil minum nescafe sambil makan buah. Sapa2 yang tau buah apa ni, boleh la tinggalkan nama buah ni kat comment box..ye.





Macam ni la isi buah ni bila dibuka. Lembik tapi rasanya tak manis sangat. Lebih kurang buah delima tapi isinya besar sikit. 

Selain Elly, Rose pun tolong entertained akak. Ajak lunch kat sebelah salon tu. Rose ni pun dah berpunya dan jugek berasal dari Indonesia. Apakah orang Malaysia dah tak minat dalam bidang dandanan rambut, hingga terpaksa mengupah pekerja2 dari Indonesia? Derang ni kerja kat salon jek terima gaji RM3,000.00 sebulan, mana nak dapat...kan...

Walaupun lama kat salon tapi yang paling sabar menunggu akak...tak lain tak bukan, SRK. Actually SRK yang rekomen suruh akak buat treatment etc. Walaupun SRK tunggu macam biskut chipsmore tapi dia nampaknya redha dengan aktiviti hujung minggu akak. 

Ini la namanya tolak ansur dan sabar dengan karenah bini. Woha!!



shaklee : GLA complex



Sekolah cuti lagi..uolls, frust anak dara tak dapat sekolah. Budak kecik tu suka sekolah, ramai kawan2, boleh berdiskusi dengan cikgu etc. Anak dara sorang lagi pun awal2 cikgu dah "halau" balik rumah, kosongkan hostel sebab cikgu-cikgi semua nak pergi kursus uruskan jerebu. Eh...bukan. Btw, memang bagus kalau pengetua boleh bekalkan mask, kan. Tanda prihatin kepada pelajar2, pahala pun dapat. Tapi so far tak ada lagi dapat free mask.






Akak ada blog untuk share cerita pasal vitamin Shaklee tapi lama2 rasa macam tamak pulak nak tulis dua blog. Padan dengan satu blog jek kot. So ni kira selingan la iye. Saja nak share dengan korang. Ni pun untuk kesihatan jugek. GLA ni actually untuk pompuan, untuk kesihatan dalaman pompuan. Kalau period tak teratur, boleh makan ni. Kalau senggugut heavy giler, boleh try makan vitamin ni. Kalau tak ada masalah tu semua pun boleh makan. Akak makan untuk support kesihatan body.

Kalau ada yang jenis susah nak makan pills, kena air segelas baru boleh telan sebijik, GLA ni jenis softgel. Lembik2 gitu, tak terlekat punya kat tekak uolls :). GLA ni ada vitamin E dan sunflower seed oil. Selalu ada yang beli kat farmasi jek kan, so this time uolls should try Shaklee GLA complex. Tak rugi beli dan makan vitamin ni. Sebijik jek makan, dua atau tiga kali sehari.

Okay, selamat mencuba.



Friday, October 2, 2015

gym lagi



Dua minggu sebelum raya memang tak sempat nak masuk gym, banyak hal nak buat. Akak masuk gym bukan la nak bagi body jadi sado tapi nak bagi body ni fit sikit, nak bagi lemak pecah sikit2. Kalau nak slim, kena exercise hari2 uolls tapi kalau nak bagi fit jek, tiga kali seminggu dah memadai. Uolls jangan ikut orang lelaki exercise, pengsan. Cukup la dengan cycling 20 minit, fast walking 30 minit. Kalau larat boleh jogging kejap. Then buat sit up 30 kali, 10-10-10. In Shaa Allah body akan rasa lebih selesa dan fit. For our own healthy.


Minggu ni ramai pulak orang kat gym, maybe sebab derang nak elakkan exercise kat luar, jerebu. So, berebut nak guna equipments. Sesak pulak rasanya.






Once kita nak mulakan exercise atau dah mula exercise tapi stop for a few days or weeks, memang sakit la nak mulakan semula exercise. Tapi bila dah mula, jadi ketagih. Exercise bukan untuk orang lain tapi untuk kesihatan diri kita sendiri jugek. Kalau pergi kat tasik titiwangsa tu, macam2 jenis exercise yang orang buat. Seronok tengok. Even makcik yang ada anak kecik pun datang untuk main basikal dan letak anak kecik dalam tempat duduk khas kat basikal. But not for babies, okay.

That means kalau nak buat exercise, kena ada pengorbanan sikit. Korbankan masa kita sikit. Nak masuk gym rasanya tak mahal sangat. Apa la salahnya bayar sikit untuk upgrade tahap kesihatan kita. Alangkan handbag gucci boleh beli...kan.






You know something, if uolls tengah heart broken atau stress dengan environment or orang lain, buat la exercise sebab ini salah satu cara untuk redakan rasa stress tu. Lepas exercise akan rasa release, walaupun sedikit. Ada bonus lagi untuk body kita, kan.

Untuk yang lonely in the night, malam pun sesuai untuk exercise. Lepas solat isyak, boleh masuk gym dan exercise. Lepas exercise mesti nyenyak tidur sampai pagi. 






Buat exercise kat gym kena fokus supaya kita dapat capai apa yang kita target. Kalau kita asyik berborak dan bergosip dengan kawan2 yang lain, kita dah kurang fokus pada exercise sebab minda nak fokus jugek pada gosip...hehe. Akak memang kurang suka kalau banyak sangat conversation dalam gym. Sikit2 tu, okay. Tapi kalau nak selamat, pakai earphone or headphone, pasang music dan kuatkan sikit volume. Confirm orang tak kacau dan kita boleh fokus.






Kannn....dalam perkahwinan kita tak boleh menipu, kena jujur dengan pasangan. Sama la kalau kita buat exercise. Kalau kita menipu, hasilnya juga akan mengecewakan. Then, jangan pelik tengok orang lain dapat hasil yang memuaskan. Tak perlu tipu diri sendiri, yang nak sihat diri kita juga.

Okay, jangan cakap akak tak payung ye :)


Thursday, October 1, 2015

ikan patin vs kambing



Dah dekat tiga minggu juga anak dara akak tak berkayak. Minggu yang pertama tu tak berkayak sebab itu minggu exam. Minggu lepas minggu cuti raya. Then, minggu ni minggu jerebu teruk. Sian budak kecik ni, terbantut aktiviti kegemaran dia. Nak berkayak macamana, dari tasik titiwangsa tu pun tak boleh nak nampak klcc. Tak sihat udaranya. Lagipun bahaya kalau berkayak time jerebu gini, jarak penglihatan terhad. Risau.


**************





Antara food yang wajib dimasak bila balik kampung ialah gulai masam ikan patin. Actually akak malas dah nak makan gulai ni, dah selalu sangat. Kalau ikan patin bakar, syok jugek. Beli ikan patin yang fresh tu, lepas tu bakar dan bila makan cicah dengan sambal kicap. Terangkat uolls.

Kali ni SRK yang mengada-ngada nak makan gulai masam ikan patin, mintak mak akak masakkan. Nak bermanja gitu kononnya. Mak pun masak jek la, lagipun cucu2 dia mesti nak makan jugek. Akak pun heran tengok mak masak gulai ni, main tumbuk2 bahan dan campak2 jek, tapi hasilnya jadi sedap. Mak bubuh sembilan biji cili padi tapi tak rasa pedas sangat pun. Hari tu SRK try masak bubuh lima biji cili padi, dah bersiut makan.

Anyway sapa2 yang nak ikan patin fresh, boleh la contact akak iye :)





Ada lagi engko citer pasal masak kambing ni. Balik dari Lipis, terus rebus tulang kambing, nak buat sup. Akak main hentam jek buat sup ni, janji sedap di makan. Guna sup bunjut jugek tapi campur la bahan2 tumis yang lain dan jangan lupa black pepper. Reneh sup kambing ni kena lama sikit, bagi daging tu lembut sikit. Letak kentang dan carrot untuk nampak menarik tapi rasanya kentang tak begitu sesuai dengan sup kambing. Kalau sup ayam, okay.