Monday, March 30, 2015

tudung saji dari sabah





Pernah tengok tudung saji yang macam ni? Kalau kawan2 ofis akak, memang familiar la dengan tudung saji ni. Tudung saji ni made in Sabah. Orang tempatan Sabah yang membuatnya sendiri. Agak berbeza daripada tudung saji yang diperbuat daripada mengkuang. Anyamannya rapat2, susah lalat atau langau nak masuk.






Yang ini lain sikit designnya tapi fungsinya tetap sama. Dianyam agak tinggi daripada yang atas tu, rasanya lebih sesuai untuk menutup mangkuk2 makanan. Ada dibuat pemegang kat sebelah atas macam tudung saji biasa. Menarik kan.






Adakah ini pun tudung saji? Atau topi? Tapi ini pun tudung saji orang Sabah, very colourful. Pembuat produk2 ni muda2 lagi u olls. Memang kreatif kan.

Kalau u olls nak beli tudung2 saji ni, jangan lupa datang ke Kompleks Kraf KL, sempena berlangsungnya Hari Kraf Kebangsaan 2015. Harga tudung2 saji ni memang berpatutan dengan usaha untuk membuatnya. Bukan senang kan kita nak dapatkan produk2 dari Sabah. So, this is the time.

:)

Wednesday, March 25, 2015

tutti frutti lepas GST





Dah lama tak bawak anak2 makan tutti frutti sebab biasanya anak2 akan jadi excited bila pergi tutti frutti. Kopak purse akak. Tapi last day cuti sekolah hari tu, bawak la juga anak2 ke situ. Tambah lagi si adik dah banyak kali sangat cakap nak makan, kesian pulak akak tengok. 

Dah agak, bila sampai situ, budak2 ni terus capai mangkuk dan mula mengisi itu dan ini. Tak boleh nak kontrol dah gayanya. Harus kopak purse akak =).




Haaa...tu yang akak sendiri ambik. Ambik laici sebijik dan longan sebijik. Ada dua biji aje dah berat...timbang2 harga RM11.00 lebih. Dah kira GST gamaknya tutti frutti ni, mahal betul. Kalau penuh satu mangkuk tu, mau kena bayar RM30.00.

Anak2 dah senyum belaka sambil menyuap, tak tunggu ummi derang dah. Abih la dekat RM50.00 untuk tiga mangkuk. Tak dapat bayangkan kalau orang yang ada anak 6-7 orang. Satu mangkuk RM11.00, kali dengan tujuh mangkuk. Makkkkkk aiiiii....makan aiskrim je dah nak abih seratus ringgit.

Tu belum lagi kena GST. Kalau dah lepas GST, maksudnya kena buat aiskrim yogurt sendiri la uolls.





Tuesday, March 24, 2015

jakel happy hour



Ramai dah kawan2...sedara-mara pakat pergi wisma jakel. Semua cerita macam excited semacam :). Jumaat lepas during lunch hour, akak pun 'berjaya' tiba di Wisma Jakel...niat hati nak cari kain yang murah2 dulu untuk test skill tailor baru. Kalau upah tailor guna kain mahal, nanti baju siap..kalau tak best nak pakai, rasa terkilan pulak. Jadi beli kain murah dulu.

Apa nak kata, masuk je kat Jakel....kebetulan sungguh, jakel nak buat happy hour.  Maka makcik2 pun happy la =). One salesgirl for one customer, itu konsep yang Jakel buat. Salesgirl ni akan entertain sorang customer sampai customer tu abih shopping. I loike.

Rambang mata bila dah masuk situ. Time happy hour, memang berlaga2 montot. Masing2 nak cari yang berkenan di hati, dengan harga yang berpatutan. Niat akak pun dah berubah. Daripada nak cari kain yang murah, terus tukar fikiran beli kain untuk tempah baju raya. Yes!!





Jenuh nak memilih kain nak buat baju raya, kejap ke sana, kejap ke situ. Letih budak salesgirl tu mengikut akak agaknya. At last, dapat la lapan pasang uolls. Terkejut SRK bila dengar akak shopping lapan pasang terus. Alang2 menyeluk pekasam kan. Belikan kain untuk mak dan anak2 sekali, tu yang jadi lapan pasang. Alhamdullillah.

So, apa tunggu lagi ....moh ke Jakel KL hari ni juga... Kalau feeling macam mak datin, pegi Jakel naik kete mewah, boleh la letak kereta kat depan pintu masuk Jakel, atas kapet rumput tu lagi. Tak perlu nak letak kereta jauh2. Kelazzz gitu Jakel sekarang ni. Kalau nak shopping baju kawen yang harga RM5,000 ke atas pun ada. Pilih aje.

Dont miss it!!! 














Friday, March 20, 2015

kiwi ganti fiber instant






Akak suka makan buah kiwi sejak terjebak makan kat hotel2 ni. Kalau makan kat hotel mesti ada kan buah kiwi. Kat KL ni kalau tengok harga buah kiwi, kus semangat. Boleh tahan mahalnya, macamana nak makan banyak2... ;)

Bila balik kampung halaman, tengok pulak harga kat sana. Hmm...lebih murah rupanya. So selalu 'borong' buah kiwi kat kampung je. Banding dengan kiwi hijau, rasanya kiwi kuning lebih sedap, pada pandangan akak la. Tapi sebab kiwi kuning ni kadang2 ada, kadang2 tak ada, so rembat je kiwi hijau.

Akak ada masalah penghadaman, atau dalam erti kata lain sistem penghadaman tak stabil. Dulu2 akak makan fiber serbuk. Setiap malam minum satu gelas fiber, lepas tu pagi2 buta engko tak menyempat nak ke toilet. Semua toksin keluar terus. Tapi dah tak larat nak minum fiber tu, tak boleh nak kontrol =)).






Menurut fakta yang akak baca kat internet, setiap hari dua hidangan buah kiwi dijadikan aturan baru dalam diet kita. Buah kiwi mempunyai banyak manfaat kesihatan, kaya dengan nutrien yang boleh bantu mencegah penyakit. Samada kita tahu ataupun tidak, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding buah oren, dua kali ganda vitamin E berbanding buah avokado. Sesuai untuk orang yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetes sebab ia mengandungi indeks glisemik yang rendah dan kandungan fiber yang tinggi. Lebih kurang dengan hidangan emping bijirin. 

Buah kiwi sesuai dimakan begitu sahaja tapi boleh juga dimasukkan dalam masakan. Cuma akak tak pernah cuba. Selain mempunyai vitamin C, buah kiwi juga ada bahan lain seperti folat, potasium dan zink, sesuai untuk perempuan yang hamil. Anak2 akak pun suka makan buah kiwi ni dan boleh membantu melawan selsema, demam dan sembelit.

Boleh la kita makan buah kiwi kalau kita tak suka nak makan supplements. But meanwhile akak memang makan vitamin C dan Alfalfa Complex by Shaklee. 











Thursday, March 19, 2015

salad mudah dan cepat







Lately SRK suka sangat buat salad versi dia sendiri, ganti sayur. Anak pun suka makan. Kalau akak masak sayur, kebanyakan sayur memang SRK tak makan. Entah dia dapat idea dari mana, akak pun tak tau tapi dalam seminggu, dua tiga kali juga la makan salad buatan SRK.

Bahan2nya mudah sangat, samada nak bubuh ayam ataupun sotong tapi akak prefer sotong, lebih sedap. Potong kecik2 dan rebus sekejap. Kalau guna ayam, rebus la sampai empuk ayam tu. Kalau guna sotong, rebus not more than two minutes. Kalau lebih, sotong jadi liat. Tapi untuk buat salad ni, rebus sotong dalam seminit pun dah memadai rasanya. Sotong dah lembut.

Bahan lain, bawang besar atau bawang merah, timun jepun, buah tomato, cili api dan limau kasturi. Bawang, timun dan tomato tu boleh racik kecik2. Gaulkan semuanya dengan sotong atau ayam tadi. Perah limau kasturi dan bubuh sedikit garam. Dah siap, mudah kan. Kalau suka, boleh hiris halus2 kacang panjang atau kacang botol. Pun sedap,

Ni salah satu cara nak suruh anak2 makan sayur :).

Wednesday, March 18, 2015

i miss my previous house but...this is my life, now



Dulu akak duduk kat Bandar Puteri, Puchong since Januari 2011 until November 2014. Duduk kat tempat yang penuh dengan komuniti cina dan india..dan ...bangla...dan nepal..dan negro. Huh. Near also to Hatyai Malaysia. Huh again. Tapi akak rindu betul dengan rumah lama. Privacy dan well maintained. Ada garaj kereta, dapur rumah agak luas. Ada stor dalam rumah, bilik air pun cantik mozeknya...hehe. Walaupun balkoninya agak sempit tapi rumah tu memang menarik. Swimming pool yang luas dan cantik, ada bangku rehat sepanjang pool, ada ruang untuk bbq. Hmm... (walaupun akak tak pernah pun buat bbq...kikiki..).

Teruk betul bunyinya kan, macam ada kesalan. Tapi bila fikir pasal kos yang terpaksa ditanggung untuk ulang-alik pergi kerja, everything is back to normal =)). Now dah duduk kat KL, dah dekat dengan ofis, dekat dengan sekolah anak, dekat dengan ofis SRK. Boleh skodeng SRK at anytime and boleh lunch together with SRK walaupun tak dapat hari2. 


Bunga pemberian orang hidup sepi di balkoni baru,,,
Bangku kerusi tu RM20.00 sebijik, tempah khas kat ofis lama...

Dekat sikit nak drive balik kampung, boleh skip dua plaza tol. Jimat kan? Jimat masa juga untuk balik kampung, jimat about 40km. Tapi bila time cuti perayaan or cuti panjang, sama aje. 4-5 jam uolls nak sampai bandar ikan patin.

Now, duduk dalam komuniti melayu. Ramai melayu walaupun jiran sebelah tu bangsa yang gantung labu kat depan pintu masuk..hehe. Duduk kat rumah tinggi gini tak kenal jiran depan dan sebelah, semua buat hal masing2, nak balas senyuman pun macam payah. Life in KL uolls. Tapi yang bestnya setiap pagi dapat dengar laungan azan subuh yang terus masuk ke telinga ni. Bersahut-sahut laungan azan. Tak payah kunci jam nak bangun pagi.


Swimming pool yang "kosong"...malu akak nak terjun dalam pool tau...
sebab keliling tak ada cover apa2...hehehe.
 Pool is just infront of our house, hari2 tengok gelagat orang mandi..
orang mandi pulak tak kira masa...pagi..tengahari..petang dan malam...mesti ada..

Before and after. Jalan nak masuk rumah dulu tak sesak sangat tapi jalan nak balik rumah sekarang memang sesak, penuh dengan pemandu dan penunggang yang selfish, siapa cepat dia dapat jalan, kurang sivik...kurang hormat. Terpaksa buat macam tu disebabkan oleh keadaan, kot. Lambat sikit sure kena hon. Tapi masa untuk akak keluar rumah tetap sama macam dulu, pukul 7 pagi. Jalan nak pergi ofis sehala dengan jalan anak nak pergi sekolah.

Alhamdullillah, akak masih ada tempat untuk berteduh. Masih dapat duduk kat rumah yang selesa, ada macam2 kemudahan walaupun tak sebagus rumah lama. SRK kata akak banyak komplen. Mahu tak komplen, dah la tak dapat nak tengok dalam rumah ni sebelum pindah masuk...just tengok contoh rumah orang lain. So, tak dapat nak betul2 sure yang rumah tu ok walaupun agen tu kata ok. Rupanya rumah memang ok tapi benda2 kat dalam rumah yang kurang ok. Banyak yang terpaksa dibaiki sendiri. Feeling sad and bored.

But it's ok.


Lampu hiasan yang beli kat Ikea dah terkoyak kantungnya...gara2 pindah rumah...huhu
Boleh tampal semula ke??


Actually aktiviti pindah rumah ni memang sangat memenatkan tapi demi untuk memenuhi keperluan, terpaksa buat pilihan dan ini kali kedua akak pindah rumah selama 4 tahun duduk kat hutan batu ni. Kos untuk berpindah rumah memang banyak, kos sewa lori dan kos bayar deposit rumah. Setiap kali pindah, mesti hangus beberapa ratus dan ribu. Pindah kali ni memang banyak benda yang rosak walaupun pindah tak sampai 30km. Tension juga dibuatnya.


Ni selipar yang akak beli kat zalora, beli online. Beli saiz 6 tapi bila sampai kat tangan, dah macam saiz 7.
So agak longgar untuk akak pakai. Nak bagi kat anak dara tapi anak dara tak nak sebab bling2 sangat..
At last, akak pakai kat dapur. Kelassss kan selipar dapur pun bling2 =)...


Dapur rumah baru ni agak sempit tapi untuk famili yang ahlinya tak ramai, ok la. Got no choice untuk letakkan dapur. Tambah pulak tak ada table top. Nak buat table top, owner tak bagi. Akak letakkan peti ais dan satu kabinet, dapur dah penuh. Kalau rumah sendiri ni, mesti akak dah pecahkan dinding antara dapur dan ruang makan, bagi luas sikit.

That's it, my new home in KL. Suka atau tidak, itu kena tolak tepi. Life must goes on.









Saturday, March 14, 2015

After 18 years, this is my loves






After several years, this is my love. Sekejap je rasanya, baru lagi rasanya budak2 ni lahir. Sorang lahir di Kubang Kerian, sorang lagi di Mentakab. Punya raut muka yang berbeza dan perangai yang sangat kontra. Selalu 'bergaduh' kalau berjumpa tapi sering merindu jika lama terpisah. Teringat macamana akak dan SRK berebut nak bubuh nama anak2, akhirnya kedua2 nama pilihan didaftarkan. Waktu si kakak menduduki upsr, balik rumah komplen kat ummi sebab dia tak muat nak tulis nama kat kotak nama. Lucu.

Now, si kakak dah form 5, calon SPM tahun ni. Dah jadi senior kat asrama, dah remaja. Dah pandai pakai basic make-up. Kalau ummi pakai compact powder, dia pun nak compact powder. Dah memilih bila nak bergaya. 




Adiknya lahir di Mentakab, di hospital yang sama dengan umminya. Manja tersangat sebab tu kadang2 akak panggil dia "buntat".

* buntat = nama panggilan manja untuk anak bongsu or anak manja

Adik sangat aktif dan friendly sejak kecik. Suka tegur2 orang walaupun tak kenal. Suka tolong ummi kemas rumah dan memasak. No wonder umur 11 tahun dah reti masak nasi goreng. Now, setakat nak masak roti telur, ummi goyang kaki je. Semua dia buat sendiri.

Masa sangat cepat berlalu, adik dah masuk form 1 tapi still manja macam budak darjah 1. Bila anak2 dah besar, itu maknanya umminya dah semakin tua. Alhamdullillah Allah SWT bagi akak anak2 yang terang hati dan senang mendengar kata.

Syukur sangat2.