Thursday, November 26, 2015

kabar dari Bandung







Tengah malam kelmarin, akak dan SRK berbesar hati menghantar abang long akak ke airport. Abang long dan wife dan anak dara tunggal dia nak pegi shopping kat Bandung. Dari Kuala Lipis ke Bandung la gayanya. Ini first time they all fly ke negara orang, nervous katanya tapi akak dah bagitau, keep cool. Yang tak cool, akak la sebab sampai rumah semula dah dekat pukul 3 am. Pukul 6 am dah bangun nak bersiap pegi kerja. Mamai dibuatnya, driving gaya orang tertelan air daun ketum extra.

Abang long dan family dah selamat tiba kat Bandung walaupun flight derang delay sejam sebab hujan lebat. Ok la tu kan daripada delay berjam-jam atau sehari...tak larat.





Sebaik dapat berjalan-jalan kat Bandung, dah hilang nervous agaknya. Banyak masuk pic2 derang kat sana kat whatsapp family group. Ye la, duit rupiah pun dah berjuta-juta ada dalam wallet. Rambang mata la kan.

Nak jugek join pegi shopping kat Bandung tapi SRK tu busy memanjang. Sabtu dan Ahad pun nak kerja, simpanan hari tua katanya. Mengaku pun dah tua =).






My SIL memang hobi dia, shopping. Pantang kalau pegi mana2 pun, mind dia mesti ingat nak shopping jek...hehe. Hobi ni ada la tempias sikit2 kat akak, tu yang SRK tak larat nak follow. 

Hopefully abang long enjoy kat sana. Kot2 ada la melayang satu dua souvenirs dari Bandung kat adik pompuan tunggal dia ni :)




Wednesday, November 25, 2015

daging black pepper








Musim masak daging pulak. Latest SRK masak daging black pepper atas permintaan anak dara kesayangan. Satu problem kalau SRK siang daging ialah....dia memang tak reti sangat nak siang daging. Orang hiris daging ikut urat daging tapi dia main hentam kromok jek, janji hiris. So dapat la tengok daging di hiris panjang2 gitu. Tak nak komen banyak, asalkan boleh makan :).

Mula2 rebus daging tu dalam kuali, sama macam SRK nak masak daging goreng jugek. Rebus sampai empuk dan bila air dah nak kering tu, masukkan minyak masak dan gaul dengan daging.

Sebelum tu, sangai black pepper dan tumbuk halus. Hiris bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan bahan2 ni semua dalam kuali dan gaul bersama daging tadi. Masukkan bancuhan tepung jagung dan daun bawang.

Siap untuk dihidang.

Tuesday, November 24, 2015

pelakon keluarga iskandar







Ini cerita anak dara yang aktif berkayak ni. Kat sekolah dia, mahupun kat event mana2, mesti ada budak2 yang cakap muka dia macam salah sorang pelakon drama keluarga iskandar. 

Baru2 ni akak pun tertengok ada slot drama ni kat tv, akak pun tunggu nak tengok yang mana satu pelakonnya yang orang cakap macam muka anak dara akak. Lama jugek tunggu tapi at last konfius kejap sebab tak nampak pulak pelakon yang mukanya lebih kurang.





Banyak kali dah orang cakap ni memang pelakon drama keluarga iskandar. Walaupun dinafikan tapi ada orang tak percaya. Akak pun mengiya-iyakan jek la.... =).

Well, kalau ada sapa2 nak ajak budak ni berlakon, boleh la panggil uji bakat. Mana tau memang betul2 ada bakat berlakon kan.

*_*

Saturday, November 21, 2015

singgang daging







Sekejap sangat masa berlalu kan. Baru lagi hari isnin, dah hari sabtu. Lepas tu isnin semula. Bumi sekarang bukan macam dulu, bumi sekarang dah semakin laju berputar. Global warming kat mana2 saja.

Nak share singgang daging, cooked by my lovely hubby, SRK. Tetiba ada stok daging dalam ice box dan tetiba SRK nak masak singgang daging. Pucuk dicita, ulam mendatang. Akak sokong 100% bila SRK nak masak singgang daging. Resepi ibu mertuaku...gitu.

*hopefully ibu mertuaku berada dalam keadaan sihat walafiat kat JB.






Itu dia bahan2nya, tak la susah nak sediakan tapi akak lebih suka kalau SRK yang masak singgang daging ni. Rasa air tangan dia lebih sedap. Bahan2nya cuma bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan lengkuas. Lagi banyak bubuh kunyit, lagi sedap. Boleh ratah kunyit2 tu macam tu jek. Elok untuk kesihatan kita.






Tumbuk lumat biji ketumbar dan cili api. Kalau rasa nak pedas meletup, bubuh la banyak sikit cili api tu. Campurkan bahan tumbuk dengan bahan yang tidak ditumbuk tadi dalam periuk. Bubuh air, asam keping dan masukkan daging sekali. Rebus la sampai air jadi surut sikit. Garam jangan lupa pulak ye.

Senang kan, boleh la cuba. Menyengat makan singgang daging ni. Kalau buat untuk makan malam, simpan sikit untuk esoknya. Rasa singgang akan lebih sedap sebab semua bahan dah serasi sangat.




Friday, November 20, 2015

anugerah bintang satu @ star one





Musim anak dara berkayak telah bermula lagi, walaupun sekarang ni musim hujan. Budak2 ni tak kira hujan ke tak, nak main jugek. Ada target katanya, nak masuk competition. Amboii...bukan main lagi ye. Kalau ujan, buat training kat dalam building. Kalau tak hujan, baru la masuk tasik.

So last weekend, budak2 ni ambik test untuk dapatkan sijil bintang satu berkayak. Kira macam kalau kita masuk taekwando jugek la kan...ada dapat tali pinggang itu dan ini. Berkayak pun ada jugek level2 dia sendiri. Dua hari sabtu dan ahad, full day budak2 ni duk kat tasik. Muka dah terbakar macam udang bakar. Tapi ada derang kisah.





I think berbaloi la kot dengan usaha dan komitmen budak2 ni main kayak. Anak dara siap baca nota sebelum test. Ada jugek nota ujian rupanya. Then next day ada test. Alhamdullillah semalam result dah keluar dan anak dara akak lulus ujian tu. Happy sakan ler, tidur pun senyum.

Test tu dibuat secara praktikal, main kayak kat tasik. Tak mudah kot untuk lulus dalam ujian tu sebab akak tengok macam2 kena buat. Tapi anak dara yang sorang ni memang kental jiwa dia, tak cepat give-up. Maka dapat la hasilnya.

Well, kita as parents kena bagi support pada minat anak2. Yang mana baik, kita support. 

Thursday, November 19, 2015

akad nikah adinda





Lambat betul nak update pasal adinda akak yang dah pun selamat menikah dengan gadis pilihan hatinya. Tak sempat nak update, banyak hal nak buat. Penat.

Alhamdullillah adinda akak dah bergelar suami orang sejak lebih kurang dua minggu lepas. Bertemu jodoh dengan orang senegeri, satu jalan kalau nak balik kampung. So lepas ni kalau time raya, tak wujud la kot gaduh2 bermasam muka sebab pening nak balik raya kat kampung sapa.. :)

Semoga berbahagia hingga ke Jannah, In Shaa Allah. Dah bertambah ahli family akak.





Orang lain yang nikah, orang lain yang terlebih happening. Selain daripada dua anak dara yang bertudung brown dan orange tu, yang lain2 tu semua my cousins. Available lagi semuanya. Boleh la usha2 kalau berkenan.

Sempat jugek my uncle jenguk kat tingkap, nak jugek enterframe. My uncle pun available. Woha!

Macam ni la kalau sesekali dapat berkumpul sama2 walaupun kat rumah orang..hehe. Janji dapat happy2 dan dapat bergambar ramai2.

Thanx to all yang sama2 memeriahkan majlis pada hari tu.

Thursday, November 12, 2015

menu lepas deepavali







Selesai bengkel ISO yang kelam-kabut tu, akak balik ke kampung untuk persiapan hari bahagia adinda tersayang. Isnin saja ambik cuti untuk melengkapkan cuti empat hari akak dan family. Empat hari cuti macam sekejap jek rasanya.

Tuhan itu Maha Mengetahui, plan asal akak nak tambah cuti hari Rabu sebab ada hal tapi oleh kerana SRK pun ada hal, so kami balik ke KL petang Selasa. Highway agak clear sehinggalah turun dari Genting Sempah hingga ke tol Gombak. Kat situ jek dah 40 minit. Kata la akak balik petang semalam, mungkinkah akak stranded kat highway disebabkan tanah runtuh...?? Alhamdullillah kami balik awal sehari. Moga semua yang stranded tu berada dalam keadaan baik2 jek.

Well, SRK layan first class balik dari kampung sebab dia yang masak semua lauk. Woha! Dia masak gulai masam ikan patin (all time favourite), dia masak ayam percik dan buat salad versi dia. Dessert makan buah mangga sebab pokok mangga kat kampung tak abih2 lagi berbuah.

Rezeki kami.



Friday, November 6, 2015

ISO pulak






Dua hari ni, akak kena attend Bengkel MS ISO 9001:2008. Tak semua orang tahu dan minat dengan ISO ni kan, menyampah ada la sebab nak kena buat dokumen itu dan ini. Melihat sejarah, sebenarnya akak dah "berkecimpung" mengendali ISO ni sejak umur akak 26 tahun lagi.  Hingga la dah kawen dan beranak-pinak, still jadi pentadbir ISO. Nak muntah hijau dah rasanya bilamana susah nak bagi orang faham tentang keperluan benda ni. Semuanya tentang certificate. Woha!

Era penjimatan uolls sekarang ni. PM cakap dalam bajet itu hari, macam tak potong bajet yang melibatkan kami tapi bila tiba hari kejadian, bajet dah tinggal sikit. So, buat bengkel ISO ni pun kat tempat yang murah jek, The Zon All Suite & Residence, Jalan Ampang. Driving 5 minit dari ofis akak. Memang we all synonym dengan hotel ni.

Eh, kuih yang colourful tu sedap tau. Bingka ubi sebenarnya tapi derang bubuh colour. Ingat nak ambik lagi kuih tu tapi rasa macam shy-shy gitu. Apple crumble tu pun sedap, makan dengan kuah kastard. Kuih lapis tu dah common dan satu lagi tu kuih apa entah tapi sedap. Kalau attend kursus atau bengkel, tu maknanya akak kena ready untuk tambah berat badan.

:)

Happy Deepavali. Masa untuk berehat panjang.

Wednesday, November 4, 2015

spm2015







SPM dah masuk hari ke-3 dan tiap2 malam akak akan berkomunikasi dari jauh dengan anak dara yang sorang ni. Kalau ada kat depan mata, boleh la jugek berbual panjang berjela. So far so good, walaupun budak ni memang nervous.

Dua tahun dulu semasa anak dara ni ambik exam PMR, akak pun nervous dan kali ni akak double nervous. In Shaa Allah dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan yang diidamkan. Aamiin.

Orang kata biar la anak2 berjaya lebih daripada apa yang mak dan ayahnya dapat. Untuk kesenangan di kemudian hari. 

Miss my princess very much.



Tuesday, November 3, 2015

khasiat ikan patin








Nak fokusnya pasal ikan patin sebab sebenarnya banyak khasiat ikan patin ni. Antaranya ikan patin mengandungi omega 3 dan asid amino, elok untuk ibu2 yang sedang hamil. Rasanya ikan patin ni pun elok dimakan untuk meningkatkan tahap kesuburan seseorang...kot. Woha!! 

Selain daripada tu, ikan patin juga ada mengandungi vitamin A, D, B6, B12. Tak sempat nak buat gulai, akak goreng jek sebab goreng pun sedap. Sejak adanya GST ni, harga ikan patin pun dah naik sikit. This time akak beli seekor dengan harga RM22.00.

By the way, nak share jugek antara tiga jenis ikan yang banyak toksik iaitu ikan pari, ikan bawal dan ikan terubuk. Ikan2 ni kalau dibakar, memang sedap kan...tapi banyak toksik. Mungkin boleh dikurangkan makan ketiga-tiga ikan ni.





Kalau nak licinkan muka, uolls patut amalkan makan belut. Samada goreng atau masak sup, memang best. Isi lembut jek. Boleh hilangkan jerawat.